Jumaat, 18 September 2026

MAT BURUT TAK BERANI TOLAK UMNO


MAT BURUT

TAK AKAN BERANI

TOLAK UMNO

KAH KAH KAH

DAP TAK AKAN

KELUAR 

KERAJAAN

KERANA NAJIB

DI BEBAS

AMIN

RAKYAT TUNGGU

HIMPUNAN UMMAH

KHALAS



Mesyuarat PH petang ini dijangka bincang kedudukan BN dalam Kerajaan Perpaduan


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat Majlis Presidennya pada petang ini bagi membincangkan beberapa isu berkaitan perkembangan politik semasa.

Difahamkan, mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada jam 5.30 petang.

Mesyuarat berkenaan, antara lain dijangka menyentuh mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan, susulan kenyataan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 minggu lalu.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid mencabar mana-mana pihak yang mahu parti itu menamatkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Isnin lalu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dilapor mencadangkan kepada Anwar supaya mengadakan mesyuarat Majlis Presiden PH dengan segera bagi membincangkan perkembangan politik semasa.

Loke dilaporkan berkata, mesyuarat itu wajar diadakan sebaik Anwar pulang daripada lawatan rasminya ke luar negara bagi meneliti perkembangan dan beberapa kenyataan politik yang dibuat kebelakangan ini yang disifatkan tidak baik dari segi kepastian dan kestabilan politik negara.





Tiada ulasan: