Jumaat, 18 September 2026

RIBUT TAUFAN YANG DI TUNGGU


INILAH RIBUT

TAUFAN UJAN

YANG DI TUNGGU

AMIN

DATANG SEGERA

PUKUL MATI JEREBU

AMIN

BANTAI GASAK

CURAHKAN AIR

ORANG RAMAI

TETAP GUMBIRA

 MENYAMBUT

KHALAS



Amaran ribut petir, hujan lebat di 8 negeri, Labuan hingga tengah hari ini - MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Labuan serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas di Kedah ialah Bandar Baharu, Kulim, Pendang, Pokok Sena, Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Yan dan Baling.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Hulu Perak, Kerian, Selama, Larut Matang, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah dan Kuala Kangsar, manakala di Johor melibatkan Muar, Tangkak dan Batu Pahat.

Di Sabah, amaran sama membabitkan Pedalaman Sabah (Kuala Penyu, Beaufort, Membakut dan Sipitang), Pantai Barat (Papar, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang), manakala di Sarawak melibatkan kawasan Miri (Marudi, Beluru, Miri dan Subis).

Tiada ulasan: