Jumaat, 9 Oktober 2026

BERJUTA TAK SEMBAHYANG JUMAAT?


KAH KAH KAH

BERJUTA YG TAK

SEMBAHYANG

JUMMAT

KAH KAH KAH

NAK TANGKAP

SEMUA KE?

KAH KAH KAH

JIKA MAMAT NI

TAK NAK GI

SYURGA DIA

PUNYA PASAL

AMIN

MEREKA PILIH

NERAKA

AMIN

ITU MEREKA

PUNYA PASAL

AMIN

BUATLAH KERJA

BERFAEDAH

AMIN

KUTIP DANA

UNTUK GAZA

SEBAGAI CONTOH

AMIN



2 beradik diberi notis, diminta hadir ke pejabat agama kerana tak solat Jumaat


YAN: Dua beradik, masing-masing berusia 37 dan 23 tahun diberi notis untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Yan bagi membantu siasatan selepas didapati tidak menunaikan solat Jumaat, hari ini.

Mereka dari Kampung Sungai Daun Tengah, di sini, mengaku tidak menunaikan solat Jumaat ketika diperiksa penguat kuasa agama dalam operasi hasil maklumat awam dan risikan.

Pegawai Agama Daerah Yan, Mohd Ikmal Hafif Azmi, berkata operasi itu pendekatan baharu yang dilaksanakan pihaknya bagi memastikan umat Islam menunaikan kewajipan solat Jumaat.

Katanya, operasi selepas solat Jumaat itu membabitkan 18 anggota terdiri penguat kuasa agama wanita, polis wanita serta bantuan anggota Penguat Kuasa Pihak Berkuasa Agama (PPA) lelaki.

"Selain penguatkuasaan, kita mahu masyarakat faham bahawa tidak menunaikan solat Jumaat bukan saja bertentangan hukum syarak, malah satu kesalahan mengikut undang-undang negeri.

"Kita menyeru umat Islam, khususnya di Kedah supaya mengutamakan syariat dan takut kepada hukum Allah SWT, bukan sekadar takut kepada undang-undang," katanya.

Mohd Ikmal berkata, undang-undang yang dikuatkuasakan itu juga bertujuan mendidik masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tuntutan agama.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya lebih banyak menggunakan pendekatan dakwah secara individu dan memberikan peringatan kepada mereka yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat.

"Namun, kali ini kita mengambil pendekatan perundangan bagi mendorong masyarakat supaya lebih patuh kepada perintah agama.

"Menjadi tanggungjawab pemerintah untuk memastikan masyarakat Islam melaksanakan kewajipan mereka, manakala orang ramai juga perlu memainkan peranan dengan menasihati sesama sendiri serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 berkaitan kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat.

Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: