Jumaat, 9 Oktober 2026

SEMBURIT KEMBALI KE ASAL


SEMBURIT

KEMBALI KE ASAL

KAH KAH KAH

MALIKUL KEMBALI

KE SEMBAB

KAH KAH KAH

KHALAS



PRN Melaka: Blok PH-BERSATU, BN-PAS dijangka bersaing


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 dijangka menyaksikan persaingan antara dua blok gabungan politik iaitu Pakatan Harapan (PH)-BERSATU dan Barisan Nasional (BN)-PAS.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan, berkata meskipun PH masih mempertimbangkan bentuk kerjasama dengan parti lain, senario dua blok berkenaan mempunyai kemungkinan tinggi untuk berlaku.

"Walaupun nampak samar-samar sama ada PH boleh bekerjasama dengan BN atau tidak. Ataupun PH dengan BERSATU.

"Saya andai (senario) apa yang akan berlaku adalah PH-BERSATU lawan dengan PAS-BN. Itu yang akan menjadi dua blok utama yang akan bersaing di PRN Melaka," katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap (KS) pada hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin kanan kedua-dua parti mengadakan pertemuan dalam satu jamuan makan malam tertutup sempena program Pra PRN Melaka di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Pertemuan itu antaranya dihadiri Ketua Penerangan BERSATU,  Tun Faisal Ismail Aziz; Pengarah Pilihan Raya Melaka yang juga Pengarah Pilihan Raya BERSATU Melaka,  Mohamad Ali Mohamad; Ketua Bersekutu BERSATU merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti,  R Sanjeevan dan Ketua Penerangan BERSATU Melaka, Hishamuddin Abdul Karim.

Pertemuan berkenaan mencetuskan spekulasi mengenai agenda pertemuan, terutama ketika rundingan kerjasama politik menjelang PRN Melaka sedang berlangsung.

Shahril berkata, kerjasama antara PAS dan BN juga dijangka memberi kesan terhadap kedudukan Parti Wawasan Negara (WAWASAN), khususnya dalam aspek rundingan pengagihan kerusi pada PRN Melaka.

"Barangkali yang betul-betul akan tercedera dalam hal (kerjasama PAS-BN) ini adalah WAWASAN sebab parti itu tidak boleh menunggang logo Perikatan Nasional (PN).

"Mereka akan terpaksa sama ada menggunakan logo PAS atau BN, yang sudah tentu melemahkan kuasa Presiden WAWASAN,  Hamzah Zainudin, bukan secara keseluruhan, cuma dalam senario ini sahaja.

"Saya tidak kata kuasa beliau melemah secara keseluruhan kerana kita perlu akui beliau menjadi antara pemain utama yang membolehkan gabungan mutakhir ini berlaku," katanya.

Mengulas mengenai keterbukaan PAS untuk menggunakan logo BN pada PRN Melaka, Shahril berkata langkah itu dilihat sebagai usaha memberi ruang kepada parti yang mempunyai kelebihan untuk bertanding di negeri yang menjadi kekuatannya.

Katanya, keputusan berkenaan juga dijangka memberi keyakinan kepada BN untuk tampil sebagai parti dominan dalam gabungan berkenaan.

"Kita tahu BN dan UMNO sangat suka apabila dilihat sebagai nombor satu. Mereka suka dilihat memimpin dan dominan.

"Kalau PAS pandai untuk memberikan keyakinan itu kepada UMNO dalam negeri-negeri yang mana PAS tidak begitu kuat, barangkali pertimbangan PAS adalah apabila ada Pilihan Raya Umum (PRU) atau PRN berlaku di negeri-negeri yang PAS lebih kuat, dia akan gunakan alasan sama," katanya.





 

Tiada ulasan: