Jumaat, 2 Oktober 2026

LEBIH ZALIM DARI MAHATHIR


ANWAR BIN

IBRAHIM

LEBIH ZALIM

DARI MAHATHIR

BIN MUHAMAD

KHALAS


'Kerajaan bertukar


 tapi aktivis tetap


 diheret ke mahkamah 


kerana protes'


Aktivis Wong Yan Ke menyuarakan kebimbangan mengenai masa depan demokrasi Malaysia selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan denda RM10,000 terhadapnya kerana menghina Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu, Abdul Rahim Hashim, serta hadirin majlis konvokesyen dalam satu protes pada tahun 2019.

Dalam satu kenyataan, Wong menyatakan dia menghormati kuasa mahkamah namun memberi amaran bahawa keputusan itu boleh mewujudkan duluan yang membimbangkan bagi tindakan menyatakan perbezaan pendapat.

Menurutnya, ia boleh menyukarkan lagi aktivis mahasiswa, gerakan sosial, dan rakyat yang menggunakan hak mereka untuk berprotes.

"Hampir tujuh tahun telah berlalu sejak saya mengangkat plakad itu. Malaysia telah bertukar kerajaan, namun legalisme autoritarian masih berterusan.

"Tangkapan, tahanan, dan pendakwaan—yang berselindung di sebalik prosedur undang-undang—digunakan untuk melemahkan semangat masyarakat sivil.

"Prosiding yang berlarutan memaksa aktivis untuk terus berulang-alik ke mahkamah, sekali gus mengalihkan masa dan sumber daripada usaha memperjuangkan reformasi serta menuntut akauntabiliti kerajaan, demi mempertahankan diri sendiri.

"Apabila proses itu sendiri menjadi satu bentuk hukuman, kesan menakutkan (chilling effect) itu akan tersebar luas," kata ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor itu.






Tiada ulasan: