Jumaat, 2 Oktober 2026

KEMPEN ANTI PENDATANG


LIBERAL 

DEMOKRASI

GAGAL

AMIN

LAHIR KESEDARAN

BARU DI EROPAH

AMIN

KESEDARAN 

DI EROPAH

DI PANGGIL

NATIVISM

AMIN

DITANAH MELAYU

DI PANGGIL

BUMIPUTERA

KHALAS


EU lulus undang-undang baharu pengusiran migran

LUXEMBOURG: Menteri Dalam Negeri Kesatuan Eropah (EU) memberikan kelulusan akhir kepada undang-undang baharu yang bertujuan meningkatkan pengusiran migran.

Ia diluluskan di tengah-tengah desakan untuk langkah lebih tegas susulan kemasukan beramai-ramai migran ke Ceuta, wilayah Sepanyol, pada akhir Julai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Undang-undang yang diluluskan pada Khamis itu menyediakan asas perundangan untuk menubuhkan pusat pengusiran yang kontroversi di luar EU bagi migran yang diwajibkan meninggalkan blok itu secara sah tetapi tidak dapat dihantar pulang ke negara asal mereka.

Ia turut memperkenalkan kewajipan baharu serta kemungkinan dikenakan penalti terhadap pemohon suaka yang permohonannya ditolak.



Kapal tentera laut Myanmar bawa pulang hampir 1,500 rakyatnya dari Malaysia

YANGON: Hampir 1,500 rakyat Myanmar yang dihantar pulang dari Malaysia menaiki kapal tentera laut dijangka tiba di Yangon, hab komersial negara bergolak itu, dalam tempoh beberapa hari, lapor media kerajaan.

Penghantaran pulang itu dibuat walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi memberi amaran bahawa mereka yang dihantar pulang mungkin berdepan risiko susulan konflik sivil yang berterusan di Myanmar.

Tiga kapal tentera laut Myanmar membawa 1,476 rakyat negara itu memasuki perairan Myanmar pada Khamis, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

Mereka dihantar pulang dari pusat tahanan imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman kerana tinggal di negara ini secara tidak sah dan melanggar peraturan imigresen.

Tiada ulasan: