ADA RAMAI
KES MATI
DALAM LOKAP
ATAU DITEMBAK
OLEH POLIS
AMIN
KUGAN FRANCIS
AMINULRASHID
BENG HOCK
AMIN
DURIAN TUNGGAL
TIGA MATI
DITEMBAK POLIS
APA CERITA?
KHALAS
KUALA LUMPUR – Kematian Noorizwan Zulkefly ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras diklasifikasi semula sebagai kes menyebabkan cedera parah dengan sengaja bagi memeras pengakuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar berkata, siasatan kes itu kini dilaksanakan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera parah bagi memeras pengakuan atau memaksa pemulangan harta benda.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan dikenakan denda.
“Keputusan mengklasifikasikan semula kes itu dibuat susulan kenyataan dirakam daripada pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), yang menjalankan bedah siasat terhadap mangsa.
“Pakar forensik mengesahkan terdapat kecederaan luaran pada beberapa bahagian tubuh si mati, dengan corak kecederaan konsisten dengan trauma akibat hentakan objek tumpul dan bukan kecederaan yang dilakukan sendiri,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Tambah Kumar, siasatan berhubung kematian Noorizwan pada 1 Oktober lalu kini diambil alih oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman.
Allahyarham ditahan di IPD Cheras berhubung beberapa kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Peruntukan berkenaan masing-masing berkaitan kesalahan dadah, pecah rumah atau pencerobohan dengan niat melakukan kesalahan serta kesalahan mencuri.
Pada 30 September lalu, Noorizwan dirujuk ke HCTM di Cheras untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Kumar berkata, laporan penuh bedah siasat bagi menentukan punca kematian belum diperoleh kerana analisis makmal belum selesai.
Beliau berkata, polis sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak hospital.
“Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti pegawai dan anggota polis yang terbabit dalam mengendalikan serta menguruskan si mati sepanjang tempoh dia ditahan di IPD Cheras.
“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan profesional tanpa sebarang unsur melindungi pihak tertentu, bagi memastikan keadilan jenayah ditegakkan mengikut undang-undang,” katanya.
Kumar menegaskan polis kekal komited terhadap prinsip ketelusan dan integriti sepanjang siasatan dijalankan.
Beliau berkata, pasukan itu akan memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku. -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan