Jumaat, 23 Oktober 2026

WUJUDIAH ISRAEL MAKIN TERUGUGAT


WUJUDIAH ISRAEL

 MAKIN TERGUGAT


Taufan Al-Aqsa  - 7 Oktober 2023  - berlaku tiga tahun dahulu.  Israel membalas. Gaza  diserang oleh soldadu Israel  dari  darat dan dari udara  - warga Gaza dibantai. Pada 10 Oktober 2025 Perjanjian Gencatan yang diatur oleh Presiden Trump telah ditandatangani.

Hingga ke hari ini walau pun gencatan senjata  telah di tanda tangani tapi kematian dan kemusnahan warga Palestin tetap bertambah. Serangan Zionis  tidak berhenti.  

Laporan dari Kementerian Kesihatan Palestin menunjukkan seramai 74,480 warga Palestin tua muda dan kanak-kanak telah  terkorban. Seramai 175,539 cedera dan memerlukan rawatan hospital. Juga antara 8 ke 10 ribu dilapur hilang terkambus dalam runtuhan bangunan.  

Angka korban  dan cedera hingga  ke hari ini  belum ada noktah berhenti.

Serangan oleh Hamas pada 7 Oktober 2023 telah mengorbankan kira-kira 1,200 orang di Israel. Ini termasuk antara 1,139 hingga 1,195 orang  semasa serangan awal pada 7 Oktober itu. Ini termasuk 971 soldadu Israel.

Sebagai balasan terhadap Taufan Al-Aqsa Zionis Israel telah melancarkan genosid – pembunuhan beramai-ramai ke atas  warga Palestin.  Projek Genosid Gaza ini telah membuka satu perubahan baru.  Perubahan ini belum pernah berlaku sebelum ini.

 Semenjak Israel di wujudkan di Palestin pada tahun 1948 telah di jaja cerita :  Bangsa  tanpa negara dan  negara tanpa bangsa. Bumi dan tanah Palestin dihebohkah sebagai kawasan kosong. Cerita  dongeng ini di terima pakai untuk menghalalkan penjajahan  ke atas bumi Palestin yang didongengkan tidak berpenduduk.

Kesah dongeng kaum Zionis ini sedikit demi sedikit disangkal. Tetapi semenjak 7 Oktober 2023 dogeng ini  terbarai.  Manifestasi terbarainya dongeng Zionis ini   paling menonjol berlaku di Amerika.

Bila Projek Genosid Gaza bermula – imej  kematian pembunuhan dan rumah tempat tinggal meledak runtuh  mula tersebar di media sosial.  Internet memainkan peranan baru.

Imej dan gambaran ini mempengaruh sensitiviti rasa kemanusiaan  anak muda siswa dan pelajar dari universiti elit Amerika. Mereka mula menyedari apa itu genosid – justeru mereka bersuara dan  mula membantah.  

Pelajar dari Yale, Havard atau Colombia  mengadakan tunjuk perasaan – tanda bersimpati dan menyokong rakyat  Palestin. Anak muda Amerika mula bersuara mengutuk apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.

Trump dengan segala kuasa yang ada dengan   cepat dan pantas mematahkan gerakan pelajar ini. Ini dibantu oleh media arus perdana Amerika yang di miliki oleh Zionis.

Pemimpin dan aktivis pelajar yang menyusun demo pro Palestin dibuang  dari universiti. Pelajar dari luar negara  di lupuskan visa pelajar dan di hantar pulang. 

Pada bulan Mac 2025, Mahmud Khalil  pelajar Palestin pasca siswazah dari Colombia Universiti telah  di tangkap. Isterinya warga Amerika.  Kes Khalil  yang mahu di hantar pulang menjadi isu besar di Amerika.

Dalam masa yang sama Presiden Havard Universiti Claudine  Gay meletakkan jawatan kerana mendapat tekanan dari universiti kerana dia  di tuduh sebagai anti-Semitik.

Projek Genosid Netanyahu kini menjadi perbualan nasional bukan hanya di Amerika malah di seluruh dunia.  Seperti biasa  media Amerika milik Zionis dan pro Israel terus  menjual cerita dongeng tentang Hamas.

Dilaporkan bagaimana pada pagi Sabtu 7 Oktober itu gerila Hamas telah merogol dan membunuh wanita Israel. Di laporkan juga bagaimana kanak-kanak telah di tangkap dan di tembak mati dan ada yang di bakar.

Trump  cuba memasuki Rumah Putih  untuk kali ke dua. Ketika berkempen Trump melaungkan  semangat nasionalis Amerika. Trump berkempen   untuk menjadikan Amerika gagah kembali.  Gerakan MAGA  - Make Amerika Great Again – di susun di seluruh negara. 

Anak-anak muda berkulit putih terpukau dengan slogan MAGA. Janji dan retorik   Trump ketika berkempen menjerut  hari dan perasaan warga Amerika berkulit putih dari gulungan  kelas pekerja.

Kelas pekerja Amerika berkulit Putih merasa mereka selama ini telah di pinggirkan. Justeru Trump di lihat dan di nobat sebagai penyelamat.

Dari suasana ini muncul anak muda  bernama Charles Kirk . Anak muda berumur 32 tahun ini adalah aktivis  politik berhaluan kanan. Dia juga seorang usahawan dan tokoh media.

Kirk bersama pelajar dan anak muda telah menubuhkan  organisasi  pelajar konservatif, yang di panggil  Turning Point USA (TPUSA), pada tahun 2012. 

Kirk menjadi salah seorang yang paling menonjol dalam gerakan MAGA. Menjadi sekutu Trump yang rapat. Malah berkempen hebat untuk kemenangan Trump kali ke dua.

Sosok muda dari Parti Republikan ini pernah dianggap  dan di baca sebagai bakal  Presiden masa depan untuk Amerika. Begitu hebat  penampilan  dan pengaruh anak muda ini melalui  siaran radio : The  Charlie Kirk Show.

Tertiba pada 10 September 2025 dalam satu ceramah  rapat umum di Utah Valley University  Charles Kirk telah di tembak mati di hadapan ribuan pendengar.

Amerika terkejut. Siapa penembak Charles Kirk ? Kenapa  Charles Kirk  di bunuh?   
  
Pada 21 September 2025 – di hari pengebumian – lebih dari 100,000  orang telah hadir  untuk memberi penghormatan terakhir. Majoriti yang hadir ialah anak muda dan penyokong MAGA.

Sama seperti pembunuhan John F Kennedy  pada  22 November 1963 – pembunuhan Charles Kirk juga  menimbulkan banyak teori. 

Pelbagai teori muncul. Si Penembak  yang di tangkap polis di katakan marah terhadap Kirk kerana Kirk ini tidak bersimpati dengan LGBT.

Berita paling hangat  mula tersebar bagaimana Kirk dikatakan tidak lagi menyokong Zionis Israel kerana apa yang di lihat berlaku di Gaza.  Organisasi TPUSA di katakan pada awalnya ada menerima dana dari Yahudi kaya di Amerika kini mula mengkritik Israel..

Kini TPUSA telah  menolak untuk mengadakan apa-apa hubungan dengan kumpulan Zionis di Amerika. Malah  ada juga dilaporkan  bagaimana Charles Kirk telah menolak jemputan Benjamin Netanyahu untuk melawat Israel.

Tanpa di jemput  tanpa diminta Netanyahu pula bersuara menafikan  pembunuhan Kirk ini ada pertalian dengan Israel. Penafian ini menyemarakkan lagi teori bahawa Kirk di jimatkan kerana sosok ini tidak lagi menyokong Zionis Israel.

Charles Kirk sama seperti Tucker Carlson – personaliti media arus kanan – yang menolak dan mengkritik Zionis Israel. Dua sosok ini berpendapat  Presiden Trump telah di tipu atau di perangkap oleh  Netanyahu  untuk berperang dengan Iran.

Organisasi TPUSA ini amat berpengaruh di kalangan anak muda berkulit putih.  Charles Kirk  terus diingati  sebagai sosok yang akan menjadi calon Presiden masa depan Parti Republikan. Bayangkan jika bakal Presiden Amerika tidak lagi bersimpati terhadap wujudiah Israel. 

Pembunuhan Charles Kirk ini menimbulkan banyak teori yang  dilihat sama seperti pembunuhan JFK. 

Pada tahun 1963, Presiden John F. Kennedy memberikan tekanan yang kuat terhadap Israel. JFK mahu  Amerika memeriksa rapi Pusat Penyelidikan Nuklear Israel. JFK memberi amaran kepada para pemimpin Israel bahawa sokongan Washington boleh "terjejas dengan serius" jika permintaan ini di tolak.

Apakah JFK dijimatkan kerana berani mengkritik Israel ? Hingga ke hari ini masih belum di temui secara tuntas siapa di belakang pembunuhan JFK.

Teori JFK dan Kirk ini hampir sama. Apa kah Charles Kirk di tembak mati  oleh Tyler Robinson  yang baru berumur 23 tahun kerana Kirk telah mula mengkritik Israel?

Yang memperkuatkan teori ini ialah ketika Kirk di tembak tidak jauh dari pentas ceramah ada seorang Mamat yang menjerit : Aku yang menembak !

Menurut pihak berkuasa,  George Zinn  71 tahun yang ditahan seketika sejurus selepas pembunuhan Charlie Kirk. Dia membuat pengakuan palsu  menjerit untuk  membantu suspek penembak melarikan diri.

George Zinn ini dibebaskan dan dianggap ‘ Orang Tua Sasau ‘. Untuk  menangkis tuduhan orang ramai Orang Tua Sasau ini telah di dakwa menyimpan  gambar lucah kanak-kanak. Ini menjadikan  kenyataan polis tidak di yakini ramai.

Tyler Robinson tidak mengaku salah. Kes masih lagi dalam perbicaraan.

Apa yang jelas disini ialah telah berlaku satu anjakan politik di Amerika.   Generasi muda Amerika  semakan ramai tidak lagi memberi sokongan membuta tuli  terhadap Israel.

Malah sosok seperti Charles Kirk dan Tucker Carlson yang berfahaman kanan telah  mengkritik dan mengutuk para politikus Amerika yang bersimpati terhadap Zionis Israel sebagai : Isreal First. 

Anjakan politik terhadap wujudiah Israel  juga sedang  melanda Eropah.  Negara mana di Eropah sedang berubah dasar terhadap wujudiah Isreal ? Tunggu minggu hadapan. Amin (TT)



    TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/887663-kolum-wujudiah-israel-yang-semakin-tergugat. 
















Tiada ulasan: