Ahad, 1 November 2026

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN


EKONOMI EROPAH

EKONOMI DUNIA

MAKIN KACAU

AMIN

INI TANDA 

PERANG DUNIA

AKAN SAMPAI

AMIN

SAMA MACAM

1939 EKONOMI

DUNIA MELESET

AMIN

JALAN KELUAR

HANYA PERANG

KHALAS



Rusuhan memuncak di Perancis, lebih 500 ditahan


PARIS: Pertempuran meletus di Paris dan beberapa bandar utama Perancis sejak Sabtu selepas ratusan ribu orang menyertai tunjuk perasaan minggu ketiga bagi membantah peningkatan kos sara hidup.

Lebih 500 orang ditahan manakala pihak polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi membubarkan kumpulan perusuh di pinggir perhimpunan.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez, mengecam tindakan anarki sesetengah pihak, termasuk kes di Paris yang menyaksikan seorang anggota polis diserang menggunakan bom Molotov.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan polis menahan 565 orang di seluruh negara menjelang lewat Sabtu. Seramai empat anggota polis dan seorang gendarme cedera di Paris, dengan tiga daripadanya mengalami luka terbakar.


Rusuhan Gen Z gegar Jerman, kedai dirompak di Frankfurt

FRANKFURT: Kumpulan perusuh bertopeng merompak beberapa premis perniagaan di Frankfurt ketika gelombang demonstrasi berskala besar sejak Sabtu bertukar ganas di seluruh Jerman,

Ia menyaksikan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan meriam air ke arah kumpulan belia yang membaling bom Molotov.

Beberapa anggota polis dilaporkan cedera dalam keganasan berkenaan selepas puluhan ribu orang menyertai tunjuk perasaan diterajui golongan muda di bawah anjuran kumpulan 'GenZ regelt!' atau 'Gen-Z Mengambil Alih'.

Perhimpunan itu, yang mengambil iktibar daripada gerakan serupa di Perancis dan Itali bagi menuntut elit politik memberi perhatian kepada kebimbangan generasi muda, pada awalnya berlangsung secara aman sepanjang hari.

Namun, ketegangan mula memuncak menjelang malam apabila sebahagian kumpulan belia enggan bersurai, sekali gus mencetuskan pertempuran di beberapa bandar utama termasuk Berlin, Cologne dan Hamburg.

Keadaan dilaporkan paling buruk di pusat kewangan Frankfurt, apabila pihak polis berdepan serangan balingan batu, bunga api dan bom petrol daripada penunjuk perasaan, sebelum bertindak balas menggunakan meriam air dan semburan lada.

"Rusuhan ganas sedang berlaku. Cermin premis perniagaan dipecahkan di beberapa kedai dan bom Molotov turut dilemparkan ke arah anggota keselamatan," kata pihak polis dalam satu kenyataan.

Antara premis yang dirompak termasuk sebuah kedai senjata selepas cermin tingkat hadapannya dipecahkan. Pihak polis memaklumkan telah menahan seorang suspek dan merampas dua laras senjata.

Menteri Dalam Negeri Negeri Hesse, Roman Poseck, mengesahkan bahawa kira-kira 100 pelampau sayap kiri telah meresap masuk ke dalam perhimpunan di Frankfurt hingga mencetuskan anarki.

"Ia amat memalukan bagaimana perhimpunan di Frankfurt ini berakhir," katanya.

Di Hamburg dan Cologne, polis turut menggunakan meriam air selepas penunjuk perasaan menyasarkan petugas perkhidmatan kecemasan dengan balingan bunga api, batu dan botol.

Manakala di Berlin, perhimpunan berasingan oleh penganjur lain turut bertukar kecoh apabila polis dilemparkan dengan telur dan botol.

Penunjuk perasaan dilihat membawa sepanduk tertera 'Masa untuk menentang' dan 'Merz mesti berundur', merujuk kepada Canselor Jerman daripada larti konservatif, Friedrich Merz.

Tuntutan gerakan berkenaan merangkumi bantahan terhadap kos sara hidup yang tinggi, prasarana sekolah yang terabai, serta pemotongan perbelanjaan kerajaan.

Secara umumnya, mereka membantah tindakan ahli politik yang membuat keputusan tanpa memikirkan masa depan generasi muda.

Selain itu, mereka turut tidak berpuas hati dengan peningkatan mendadak perbelanjaan ketenteraan serta model perkhidmatan sukarela baharu bagi menambah bilangan tentera, yang dikhuatiri menjadi langkah awal ke arah pengenalan semula kerahan tenaga.

Kumpulan GenZ regelt! mendakwa kira-kira 120,000 orang menyertai demonstrasi di seluruh negara, sedikit rendah berbanding sasaran awal 180,000 peserta.– AFP






Tiada ulasan: