Jumaat, 23 Oktober 2026

KERENAH YAM SENG BELUM SELESAI


KERENAH

YAM SENG

BELUM SELESAI

AMIN

BERDEKAD KITA DISERANG JELEBU - WAJIB DI HENTIKAN


BERDEKAD

TIAP TAHUN KITA

DISERANG JEREBU

AMIN

MASA DAH SAMPAI

UNTUK TAMATKAN

JEREBU

KHALAS

PROJEK TELO UNTUK DAP


APAKAH INI

PROJEK TELO

UNTUK DAP

AMIN

ATAU TUNJUK

SAMSENG PADA

MAT BURUT

KAH KAH KAH

AMIN



DUN Sarawak bubar


 berkuat kuasa 26 Okt


Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan berkuat kuasa 26 Okt ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) ke-13.

Premier Sarawak Abang Johari Openg mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah memperkenankan permintaan saya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Yang di-Pertua Negeri, selaras dengan Perkara 21(2) Perlembagaan Negeri Sarawak, telah memperkenankan agar DUN dibubarkan berkuat kuasa mulai 26 Oktober 2026,” katanya.

Mengikut Perkara 21(4) Perlembagaan Sarawak, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN.

Abang Johari berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dimaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran itu bagi membolehkan persiapan pilihan raya dimulakan.

Katanya, kerajaan negeri akan menjalankan tugas sebagai kerajaan sementara sepanjang tempoh pilihan raya.

Dia turut menyeru parti yang bertanding supaya menjaga keharmonian dan melaksanakan tanggungjawab demokrasi secara aman.

Pada PRN ke-12 yang diadakan pada 18 Dis 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Abang Johari memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN.

Parti Sarawak Bersatu (PSB) pula memenangi empat kerusi manakala DAP memperoleh dua kerusi.

MASUK TERUS KEM TAHANAN REJIM TENTERA


PELARIAN

PULANG 

KE MYANMAR 

DARI MALSYSIA

SAH TAK SELAMAT

AMIN

TERUS MASUK

KEM TAHANAN

REJIM TENTERA

KHALAS

Kebimbangan pelarian

 ternyata benar, rejim

 Myanmar   kurung

 ratusan orang

 dihantar pulang 

oleh Malaysia

Lebih 400 penduduk etnik Rakhine yang dihantar pulang dari Malaysia
kini ditahan tentera Myanmar, mengesahkan kebimbangan utama yang disuarakan kumpulan hak asasi manusia mengenai perjanjian Perdana Menteri Anwar  bin Ibrahim dengan junta itu untuk menghantar pulang beribu-ribu pelarian dan etnik Rohingya di sebalik kempen kebencian yang menyasarkan golongan migran.

Sebuah portal berita bebas terkemuka yang membuat liputan perkembangan di Myanmar melaporkan bahawa kumpulan berkenaan sebahagian daripada 1,476 orang yang dipulangkan di bawah program yang didakwa sebagai “penghantaran pulang secara sukarela” oleh kerajaan Malaysia.

Portal berita Democratic Voice of Burma (DVB) melaporkan sebaik tiba dengan tiga buah kapal tentera laut Myanmar di Pelabuhan Thilawa, Yangon pada 4 Oktober, mereka terus dibawa ke pusat tahanan di sebuah biara di Thanlyin, selatan Yangon, serta ke beberapa lokasi yang tidak didedahkan di Hlaingtharyar.

“Kami menyangka mereka akan dibenarkan pulang ke rumah sebaik sahaja tiba di Myanmar,” kata seorang ahli keluarga kepada salah seorang yang dihantar pulang, seperti dipetik oleh DVB.

“Mereka sudah pun menempuh pelbagai kesukaran dalam tahanan imigresen Malaysia dan sangat berharap dapat bersatu semula dengan keluarga secepat mungkin.”

Perkembangan itu berlaku di sebalik jaminan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, bahawa proses penghantaran pulang 5,000 pelarian Myanmar tidak akan diteruskan sekiranya nyawa atau keselamatan mereka terancam.

Ratusan ribu warga Myanmar yang bertaburan di seluruh Asia Tenggara – termasuk etnik Muslim Rohingya yang dilucutkan kewarganegaraan – hidup dalam ketakutan kemungkinan dipaksa kembali ke tangan junta tentera yang tidak menghiraukan kecaman antarabangsa dan menyerang orang awam di Arakan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyifatkan krisis pelarian membabitkan Rohingya sebagai yang paling teruk di dunia.

Sejak 2016, kira-kira 200,000 pelarian Myanmar mencari perlindungan di Malaysia, termasuk kira-kira 130,000 penduduk Islam Rohingya.

Namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, mereka menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian yang menyasarkan khalayak Melayu di Malaysia melalui video berunsur xenofobia yang dihasilkan AI untuk menaikkan kemarahan awam terhadap komuniti pelarian dan migran, yang disebarkan oleh bot serta akaun media sosial palsu, sebelum disusuli tindakan kumpulan vigilante yang turut menyasarkan wanita dan kanak-kanak.

Ahli politik di kedua-dua belah pihak bagaimanapun kebanyakannya berdiam diri terhadap kempen kebencian itu, bimbang akan tindak balas negatif daripada sebahagian segmen pengundi mereka.

Tekanan yang direkayasa dalam talian mendorong pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelarian, yang kemudian terserlah melalui pengumuman mengejut Anwar bin Ibrahim mengenai perjanjian dengan junta Myanmar untuk menghantar pulang beribu-ribu pelarian.

Selepas mengabaikan amaran kumpulan hak asasi dan menghantar pulang beribu-ribu pelarian ke Myanmar, Anwar bin Ibrahim  kemudian mengalu-alukan pemimpin rejim Myanmar Min Aung Hlaing pada 8 Oktober, kali pertama kerajaan Malaysia meraikan lawatan rasmi seorang ketua negara yang dikehendaki atas tuduhan jenayah perang oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Langkah tersebut merupakan pusingan U terhadap dasar yang diamalkan selama beberapa dekad untuk tidak mengiktiraf rejim Myanmar yang terkenal dengan penindasan rakyatnya.

Sebuah laporan penyiasatan yang diterbitkan oleh kumpulan hak asasi manusia Myanmar mendedahkan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia, termasuk yang berkait dengan kerajaan, dalam urus niaga membekalkan alat ganti pesawat serta perkhidmatan penyelenggaraan kepada tentera Myanmar.

Urus niaga itu berlaku meskipun junta Myanmar terus melancarkan serangan udara terhadap orang awam.

“Dengan secara sedar memberikan sokongan kepada tentera Myanmar ketika ia melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, syarikat-syarikat Malaysia ini boleh dianggap bersubahat dalam jenayah-jenayah tersebut,” menurut kenyataan Justice for Myanmar.

PRU16 MILIK BN-PN



JIKA KERJASAMA

DI TERUSKAN

PRU16 MILIK

BN - PN 

AMIN

TAPI AWAS!!!

PROJEK SALAH

BENDERA PASTI

DI RANCANG

KHALAS


PRN Melaka: Agihan Kerusi BN dan PAS bawa kelebihan strategik

KUALA LUMPUR: Langkah Barisan Nasional (BN) mengesahkan bertanding 21 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, manakala PAS bersama rakan gabungannya di tujuh kerusi memberikan kelebihan strategik dari segi mengurangkan pertembungan sesama sendiri dan perpecahan undi.

Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis, berkata penyelarasan pertandingan itu membolehkan kedua-dua pihak menumpukan jentera serta sumber di kawasan masing-masing, namun ia bukannya jaminan kemenangan mutlak memandangkan sokongan pengundi tidak boleh dipindahkan secara automatik.

"Kelebihan formula ini ialah BN dan PAS dapat mengekalkan identiti serta kekuatan masing-masing dengan BN memanfaatkan pengalaman pentadbiran, manakala PAS menggerakkan sokongan tradisionalnya.

"Penggunaan logo BN sendiri menunjukkan kerjasama ini tidak memerlukan kedua-dua parti meleburkan identiti politik, bagaimanapun keberkesanannya bergantung kepada kesesuaian calon dan realiti sokongan setempat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mujibu berkata, agihan kerusi yang baik perlu mengambil kira rekod keputusan pilihan raya terdahulu, komposisi pengundi, jaringan tempatan dan kemampuan jentera, bukannya sekadar persetujuan di peringkat kepimpinan semata-mata.

"Situasi berkenaan menuntut Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi persaingan yang lebih tersusun, walaupun gabungan itu masih berpeluang mencabar menerusi kekuatan calon, isu ekonomi rakyat serta tawaran alternatif yang meyakinkan.

"Kekuatan utama kerjasama itu terletak pada gabungan sumber organisasi dan jaringan akar umbi, tetapi berdepan risiko utama jika menganggap sokongan pemimpin akan diterima bulat-bulat oleh penyokong bawahan.

"Terdapat sekurang-kurangnya tiga risiko utama, iaitu pemindahan undi yang tidak sempurna antara penyokong kedua-dua parti, potensi ketidakpuasan hati jentera serta risiko percanggahan identiti dan mesej politik.

"Jika timbul rasa tidak puas hati kerana terpaksa menyerahkan kawasan kubu, ia boleh mencetuskan sabotaj senyap, kempen tidak bersungguh-sungguh atau kelemahan mobilisasi pengundi," katanya.

Mengenai sentimen pengundi di Melaka, Mujibu berkata, penerimaan masyarakat tidak boleh dibaca melalui pembahagian kaum semata-mata kerana faktor prestasi kerajaan, kredibiliti calon dan ekonomi keluarga turut menjadi pertimbangan utama.

"Bagi pengundi Melayu, kerjasama itu berpotensi membawa mesej penyelarasan kekuatan politik, namun naratif penyatuan Melayu hanya berkesan sekiranya disertai dengan tawaran dasar yang jelas dan bukannya sekadar slogan semata-mata.

"Pengundi bukan Melayu, mereka akan menilai kedudukan BN dalam kerjasama itu serta jaminan bahawa kepentingan semua komuniti kekal dipelihara tanpa terhakis oleh pendekatan politik tertentu," katanya.

Pengundi muda tak terikat dengan parti

Mengulas mengenai pengundi muda, Mujibu berkata, kelompok berkenaan adalah lebih terbuka dan tidak terikat dengan kesetiaan parti tradisional, sebaliknya lebih berorientasikan isu seperti peluang pekerjaan, gaji dan kos perumahan.

"Kelebihan BN-PAS ialah keupayaan menawarkan penyelarasan sokongan dalam kelompok pengundi tertentu, manakala kelebihan PH pula bergantung pada kemampuannya membina keyakinan menerusi mesej yang konsisten dan inklusif.

"Penerimaan pengundi tidak akan ditentukan oleh identiti gabungan semata-mata, sebaliknya sejauh mana kerjasama itu dianggap mampu membawa manfaat nyata kepada kehidupan mereka," katanya.

JEREBU RACUN PEMBUNUH SENYAP


JEREBU IALAH

RACUN PEMBUNUH

BERJALAN SENYAP

AMIN 

BILA KITA AKAN

NIKMATI KEBALI 

LANGIT BIRU?

AMIN

TIDAK DI LAWAN

KITA SEMUA

MERANA DISEKSA

AMIN



16 stesen catat IPU tidak sihat


KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari ini, dengan Negeri Sembilan iaitu di Seremban (160) dan Nilai (159) mencatatkan bacaan tertinggi.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), lima stesen di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Klang (158), Johan Setia (158), Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) dan Banting (152).

Di Kuala Lumpur, dua stesen turut merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing Batu Muda (156) dan Cheras (111).

Di Melaka, tiga kawasan direkodkan bacaan tidak sihat iaitu Bukit Rambai (152), Bandaraya Melaka (126) dan Alor Gajah (118); manakala di Johor dua stesen iaitu Batu Pahat (152) dan Tangkak (151).

Di Sarawak hanya satu stesen iaitu Sri Aman (151) dan Putrajaya (137).

Sebaliknya, dua stesen di Sabah dan Terengganu merekodkan bacaan IPU pada tahap baik, iaitu Kimanis (46) dan Kemaman (45).

Sebanyak 50 stesen lain pula merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Sementara itu, berdasarkan laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa buah negeri sehingga jam 3 petang ini.

Amaran itu dijangka berlaku di Perlis; Kedah (Kulim, Bandar Baharu, Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik dan Baling); Pulau Pinang; Perak (Hulu Perak, Kerian, Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Larut Matang dan Kuala Kangsar); Kelantan (Bachok, Pasir Puteh dan Jeli); Terengganu (Kemaman, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang); Pahang (Temerloh, Kuantan, Rompin, Pekan dan Raub) dan Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor).

Kawasan lain ialah di Sarawak di Sarikei (Pakan, Maradong dan Sarikei), Miri (Miri, Marudi, Beluru dan Subis), Mukah, Limbang (Limbang), Betong (Kabong), Bintulu (Bintulu); Sabah di Pantai Barat (Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Papar dan Ranau), Pedalaman (Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Keningau dan Tambunan), Tawau (Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Kunak) dan Labuan.