MAHKAMAH
saya baru pulang
dari mahkamah tinggi
hukuman telah dijatuhkan
saya dipenjara 9 bulan
tersabit tuduhan
akta hasutan 1948
hukuman ditangguhkan
sementara buat rayuan
maka saya dikenakan
jaminan 6 ribu ringgit
semua telah dibereskan
bila saya pulang
saya lihat dalam twiter
banyak twit yang menyokong
banyak memberi semangat
ramai sama bersimpati
untuk mereka ini
saya ucapkan terima kaseh
salut!
ada juga yang menulis
dengan marah
.... kenapa 9 bulan..
patut beri sembilan tahun...
kepada si polan ini
saya tidak marah
kerana apa yang telah
kerana apa yang sedang
kerana apa yang akan
saya lakukan juga
untuk kebaikkan
si polan ini juga
untuk kebaikan kaum
keluarga si polan ini
untuk masa depan
anak cucu cicit
si polan ini juga
apa yang saya lakukan ini
bukan untuk diri saya
juga bukan untuk jai & ezi
tapi untuk seluruh
warga malaysia
untuk anak semua bangsa
untuk bangsa semua agama
amin!
-
-
BERSAMA PEGUAM - DI JAGA OLEH KOPRA POLIS
TERIMA KASEH PEGUAM
------------