Khamis, 5 September 2024
PANDANGAN YB HASSAN KARIM
Oleh Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Ahli Parlimen Bera kelahiran Temerloh di Kampung Lubuk Kawah, Pahang dibesarkan dalam suasana sejarah perjuangan bangsa dan tanahair.
Penglibatan Sabri, nama panggilan saya kepadanya di dalam politik bermula sebagai ahli dan Pemuda Umno di Pahang di bawah kepimpinan Sabarudin Chik, Ketua Umno Temerloh, mantan Menteri Kerajaan Persekutuan dan Setiausaha Agung Umno.
Saya cuba mengajak Sabri menjadi anggota Partai Rakyat (PRM).Tetapi dengan hormat Sabri menolak.Hatinya telah terpikat kepada Umno.Inilah perjalanan hidup.Jika beliau menjadi anggota Partai Rakyat mungkin Sabri tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia kesembilan.
Semasa Sabri menjadi Perdana Menteri dalam beberapa belas bulan bermula berakhir zaman pandemik Covid19 hingga Pilihanraya Umum 2022, banyak pencapaian yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan pimpinannya.
Di zaman kepimpinan Sabri, suasana politik Malaysia tenteram.Seperti Sabri yang tenang maka begitulah cuaca politik Malaysia ketika itu.
Dua pindaan Perlembagaan Persekutuan dengan sebulat suara telah berjaya dilakukan oleh Parlimen di bawah teraju Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Pertama adalah pindaan kepada Perkara 1(2) mengenai status wilayah Sabah dan Sarawak.Kedua ialah mengenai Perkara 49(A) berkaitan apa yang dipanggil Akta Anti-Lompat Parti.Di bawah kepimpinan Sabri dengan dibantu oleh de facto Menteri Undang-Undang Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ( sekarang Gabenor Sarawak) maka pindaan-pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dapat dilakukan di dalam suasana aman damai tanpa kecoh-kecoh dan hiruk pikuk.
Semasa Sabri menjadi Perdana Menteri sistem kehakiman berjalan bebas dan penuh berwibawa.Tiada tokoh-tokoh besar politik yang diberi hadiah pelepasan secara DNAA.
Di bawah PM ke-9 ini yang dilihat lemah dan longlai bila dia berjalan kita dapat saksikan jika mahkamah memutuskan orang yang dituduh itu bersalah dan dihukum penjara maka keputusan mahkamah itu dilaksanakan walaupun tertuduh itu seorang bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden Parti yang ada anggota lebih tiga juta orang.Di sinilah kekuatan anak bungsu Pak Yaacob yang saya kenali.Inilah juga kekuatan adik lelaki Kamarazaman Yaacob yang masih bersekolah ketika abangnya Kamarazaman, mantan Presiden Mahasiswa Universiti Malaya ditangkap dan disumbat ke Penjara ISA di Kamunting, Taiping, Perak bersama-sama Anwar Ibrahim dalam kes kebangkitan mahasiswa dalam Peristiwa Baling 1974.
Sekarang ketika karangan ini ditulis negara Malaysia kita ini sibuk di media sosial dan media perdana tentang isu peruntukan kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.Timbul soal deraf MOU dan sebagainya.Tetapi ketika Ismail Sabri Yaakob memimpin kerajaan tidak jadi isu besar soal itu.Sabri dengan mudah memberikan peruntukan yang adil kepada ahli-ahli parlimen pembangkang.Wataknya sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam yang sentiasa ingin menegakkan keadilan tercermin dalam perlaksanaan peruntukan kepada ahli-ahli parlimen yang telah dipilih rakyat tanpa mengira mereka di pihak kerajaan ataupun pembangkang.
Di Parlimen ketika Sabri sebagai Perdana Menteri berdiri berucap di Blok Kerajaan, manakala saya sebagai ahli parlimen pembangkang duduk memandang Perdana Menteri kesembilan itu dengan rasa penuh bangga dan syukur.
Walaupun kami berbeza Parti politik tetapi saya berbangga kerana Ismail Sabri itu adalah bekas pelajar saya ketika saya menjadi guru dan pengetua di sebuah Kolej di Kuala Lumpur. Malah isterinya Muhaini yang saya panggil Nani juga murid saya.
Semoga Sabri terus memimpin.Saya bukan berkempen tetapi saya rasa Umno dan BN memerlukan pemimpin baik sepertinya.
04 September 2024
Pasir Gudang
ALANG ALANG - TERUSKAN PERANG
Tidak perlu cadangan gencatan senjata baharu di Gaza - Hamas
KAHERAH: Hamas, berkata tiada keperluan untuk cadangan gencatan senjata baharu bagi Gaza dan tekanan harus diberikan kepada Israel untuk bersetuju dengan rancangan Amerika Syarikat (AS) yang sudah diterima kumpulan pejuang Islam itu.
AS dijangka membentangkan cadangan gencatan senjata baharu yang bertujuan memecahkan kebuntuan antara Hamas dan Israel.
Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berusaha untuk menggagalkan perjanjian dengan menegaskan yang Israel tidak akan menarik diri dari koridor Philadelphi di selatan Gaza.
"Kami memberi amaran supaya tidak terjerat dalam perangkap dan helah Netanyahu kerana beliau menggunakan rundingan sebagai alasan untuk melanjutkan pencerobohan terhadap rakyat kami," kata kenyataan itu.
Pegawai kanan Hamas, Izzat Al Risheq memberitahu Reuters pada Rabu bahawa kumpulan itu akan menangani cadangan baharu yang 'memenuhi tuntutan penentangan dan tuntutan rakyat kita', tanpa memberikan butiran khusus.
Hamas berkata, ia menerima cadangan yang dikemukakan AS pada 2 Julai lalu dan tidak ada keperluan untuk cadangan baharu, serta menuduh Netanyahu cuba menggagalkan perjanjian.
Sementara itu, Rumah Putih sedang berusaha untuk mengemukakan cadangan baharu bagi gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan oleh Hamas dalam beberapa hari akan datang, kata dua pegawai AS, dua sumber keselamatan Mesir dan seorang pegawai yang mengetahui perkara itu, kepada Reuters.
Cadangan baharu itu bertujuan untuk menyelesaikan kebuntuan selama berbulan-bulan dalam rundingan yang diketengahkan oleh AS, Qatar dan Mesir bagi mendapatkan gencatan senjata.
Sebahagian besar perjanjian telah dipersetujui, kata seorang pegawai kanan pentadbiran Biden, tetapi perunding masih cuba menyelesaikan penyelesaian kepada dua halangan utama.
Ia adalah tuntutan Israel untuk mengekalkan pasukan di koridor Philadelphi, zon penampan di selatan Gaza bersempadan dengan Mesir, dan individu tertentu yang akan dimasukkan dalam pertukaran tebusan Hamas dan tahanan Palestin di Israel.
Pegawai pentadbiran berkata pembunuhan enam tebusan oleh Hamas, yang mayatnya dikembalikan ke Israel pada hujung minggu, merumitkan lagi usaha itu.
Ketua perunding AS, Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns, mengetuai kumpulan kecil pegawai kanan AS yang mengusahakan deraf itu termasuk penyelaras Rumah Putih untuk Timur Tengah Brett McGurk dan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.
Pada rundingan di Qatar pada Isnin, delegasi Israel yang diketuai oleh ketua Mossad, David Barnea, memberitahu pengantara bahawa Israel bersedia untuk mengundurkan tenteranya dari koridor selepas fasa 42 hari pertama gencatan senjata.
Namun, beberapa jam kemudian, Netanyahu mengadakan sidang akhbar di Baitulmaqdis dan menegaskan bahawa Israel mengekalkan kawalan koridor Philadelphi.
Netanyahu pada Rabu mengulangi penolakannya secara terang-terangan terhadap penarikan diri dari koridor itu dalam fasa pertama , sebaliknya Israel hanya akan bersetuju dengan gencatan senjata kekal jika ada jaminan koridor itu tidak digunakan sebagai laluan untuk menyeludup senjata dan bekalan ke Gaza untuk Hamas.
"Ini telah meletakkan pihak pengantara dalam kedudukan yang sukar. Jika Israel kekal di koridor Philadelphi, Mesir mahupun Hamas tidak akan bersetuju dengan sebarang perjanjian," kata pegawai yang mengetahui perkara itu. - REUTERS
ALANG ALANG
TERUSKAN
BERPERANG
AMIN
KALAH JADI ABU
MENANG JADI
ARANG
AMIN
KAHLAS
ORANG MELAYU TOLAK ZAHID
ORANG MELAYU
TOLAK ZAHID
AMIN
Unknown commented on
"ZAHID KEMBALI
PADA RAKYAT - WAJIB SOKONG"
Nak bodek orang kampung le tu!!! Orang kampung meluat tengok kau....pembelot, penipu dan penyamun. Kau ingat orang bagan datok nak undi kau ke? Sorry le wak.
SOLDADU CHINA MERAH DAH MASUK KE TANAH MELAYU
SOLDADU
CHINA MERAH
DAH MASUK
KE TANAH MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"CHINA MERAH
TUNJUK BELANG"
Mudah nak faham dan hadamkan
China saja provokasi Malaysia kena ingat 1.2 juta rakyat China yg hilang lesap di Malaysia tak dapat di kesan kemungkinan adalah tentera China yang akan berperang dari dalam Malaysia...
RASUAH MENJADI JADI
RASUAH
MENJADI JADI
KHAMIS 5 SEPTEMBER 2024
BERITA RASUAH MAKIN BANYAK
MAKNANYA RASUAH MAKIN MENJADI JADI
RASUAH INI
MAKIN MENJADI JADI
KERANA KETUA SPRM
ITU SENDIRI DULU
DIKATAKAN TELIBAT
DALAM KES JUAL BELI SAHAM
PATUT SPRM
SIASAT AZAM BAKI
MACAM KES DAIM
TANYA AZAM BAKI
DARI MANA DIA DAPAT DUIT
BELI SAHAM JUTA JUTA
JENG JENG JENG
RASUAH MENJADI JADI
KERANA TIMBALAN PERDANA MENTERI
JUGA PADA SATU KETIKA DULU
TERLIBAT DENGAN 47 KES RASUAH
TUP TUP
KES TUTUP
DUA KEPALA INI
JIKA TAK SELESAI KES
MAKA KEMPEN LAWAN RASUAH
OLEH MADANON
HANYA MAIN WAYANG
JUSTERU
RASUAH MENJADI JADI
CIK GU RASUAH
LEBAI RASUAH
DOKTOR RASUAH
RASUAH BUKAN LAGI
HANYA POLIS
HANYA PEGAWAI KERAJAAN
PEGUAM PUN
ADA KES RASUAH
AMIN
UKRAINE
PRESIDEN ZELENSKIY
ROMBAK KABINET
DIA MAHU TENAGA BARU
CANADA
LANGKAH KURANKAN
PENDATANG
BANYAK VISA DI TOLAK
VISA NAK DATANG BELAJAR
DI KURANG
KEMPEN ANTI PENDATANG
BERMULA
PRU TAK LAMA LAGI
BANGLADESH
LEBIH DARI 80 BUAH KILANG
DITUTUP
KERANA KESELAMATAN
BILA BERLAKU DEMO
RATUSAN PEKERJA KILANG
MENUNTUT GAJI NAIK
ISRAEL
SETANYAHU KATA
ISREAL TIDAK AKAN UNDUR
DARI SEMPADAN GAZA-MESIR
ISRAEL MAHU TERUS
MENGAWAL WILAYAH INI
HOKKIEN
PAGI INI KERING
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI CAHAYA DITUTUP AWAN
KL & KL SENTRAL
BERKABUS TEBAL
HUJAN TAK JADI MALAM KEMARIN
LANGIT ARAH SHAH ALAM BIRU PUTIH
ARAH KL SENTRAL PUCAT
GUA MASUK HOKKIEN
DENGAR KUAT
MESIN PEMOTONG RUMAPUT
DUA PEKERJA SEDANG
POTONG RUMPUT
DIJALAN PINTU MASUK
DARI JAUH GUA DENGAR
SUARA TERKUKUR
DAN CHIP CHIP CHIP
HARI INI AKAN PANAS
PETANG JIKA TAK HUJAN
AKAN BERANGIN SEJUK
SEPERTI MALAM KEMARIN
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI
KHAMIS
BRO
MIMPI BESAR
DAN SELALU BERANI
GAGAL
BRO
KESULITAN YANG BENAR
IALAH MENGATASI
CARA KITA BEFRFIKIR
MENGENAI DIRI
KITA SENDIRI
BRO
JANGAN KATA
TAK MUNGKIN
SEBELUM LU CUBA
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)




