Jumaat, 27 September 2024
CARA BETUL SELAMATKAN HUTAN
800 pokok hutan ditanam pulihkan Hutan Simpan Bertam yang diceroboh
CAMERON HIGHLANDS: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menanam 800 pokok hutan spesies Merawan Siput Jantan sebagai usaha memulihkan kembali kawasan Hutan Simpan Bertam, di sini yang terkesan akibat pencerobohan haram.
Melalui fasa pertama, penanaman bermula kelmarin meliputi kawasan seluas dua hektar yang terbabit operasi pemusnahan bersepadu selama lima hari sebelum ini, membabitkan beberapa agensi penguatkuasaan.
Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) JPNP, Dr Grippin Akeng, berkata penanam pokok hutan dilaksanakan bersekali operasi dalam kawasan ceroboh itu.
Katanya, penanaman pokok hutan dilakukan berperingkat bermula semalam hingga selesai di kawasan Hutan Simpan Bertam berkeluasan 9.16 hektar.
Selain Hutam Simpan Bertam, penanaman akan dilakukan di kawasan ceroboh Hutan Simpan Mentigi seluas (5.7 hektar), Hutan Simpan Batu Gangan (1.22 hektar) dan Hutan Simpan Sungai Ichat (0.9 hektar).
"JPNP menganggarkan lebih 8,000 pokok hutan ditanam dalam kawasan ceroboh di empat hutan simpan terbabit dalam operasi pemusnahan bersepadu kali ini," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Penolong Pengarah Silvikutur Pahang Zon Pahang Barat JPNP, Wan Ghazali Wan Ali berkata, menjadi tanggungjawab selepas pemusnahan kebun haram dilakukan untuk memulihkan semula kawasan terbabit dengan menanam beberapa jenis tanaman sesuai di tanah tinggi seperti pokok Gerok, Meranti Bukit, Damar Minyak dan Merawan Siput Jantan.
"Selepas kerja penanaman kita akan terus membuat pemantauan dan tinjauan bagi memastikan semua pokok ditanam hidup. Kerja menyulam dilakukan bagi menggantikan pokok mati," katanya.
INI CARA BETUL
UNTUK BAIKI
HUTAN
AMIN
TANAM SEMULA
POKOK
AMIN
BERI KESEDARAN
PADA ORANG RAMAI
POKOK PENGELUAR
OXYGEN
AMIN
OXYGEN WAJIB
UNTUK BERNAFAS
TANPA OXYGEN
KITA SEMUA MATI
AMIN
KHALAS
TAUFAN YAGI YANG GANAS
Taufan Yagi: Korban di Myanmar cecah lebih 400 mangsa
YANGON: Jumlah korban di Myanmar akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan Taufan Yagi, terus meningkat kepada lebih 400 mangsa.
Pasukan informasi junta dalam satu kenyataan mengumumkan setakat semalam, angka kematian disahkan telah mencecah 419.
Ia berbanding 384 maut dan sekurang-kurang 89 mangsa dilaporkan hilang, sebelum ini. Kemas kini maklumat semalam bagaimanapun tidak menyebut bilangan mangsa yang masih hilang.
Taufan Yagi membadai utara Vietnam, Laos, Thailand serta Myanmar, bulan ini, sehingga mengakibatkan banjir dan tanah runtuh yang meragut ratusan nyawa di serata rantau ini.
Bencana itu memburukkan lagi keadaan di negara ini yang mana jutaan penduduknya sudahpun kehilangan tempat tinggal akibat konflik berlarutan susulan rampasan kuasa oleh tentera pada 2021.
Kekangan komunikasi, terutama capaian dengan kawasan pedalaman dan terpencil, menyebabkan maklumat semasa mengenai mangsa lambat diperoleh.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan memberi amaran bahawa sekurang-kurang 887,000 orang terjejas di Myanmar berikutan kesan Taufan Yagi.
Pada 2011 dan 2015, Myanmar dilanda banjir besar yang meragut lebih 100 nyawa, manakala Taufan Nargis yang membadai negara ini pada 2008 pula menyebabkan lebih 138,000 maut atau hilang. - AFP
TAUFAN YAGI
BERMULA
DI LAUT SUNDA
NAIK KE CHINA
MENGARAH KE
VIETNAM LAOS
SIAM MYANMAR
AMIN
INI TANDA
MALAPETAKA
IKLIM
AMIN
KHALAS
CAKAP ZAHID TAKDA SIAPA PERCAYA
KALAU ZAHID
CAKAP SUSAH
NAK DIPERCAYAI
AMIN
MINTA POLIS
BUAT KENYATAAN
KHALAS
MADANI GAGAL
MADANI
GAGAL
AMIN
Unknown commented on
"MADANI KERAJAAN
GAGAL !!!!"
persoalannya anwar ni prihatinkah kpd rakyat jelata yg jelas org awam biasa ,oku & sebagainya atau anwar reformasi ni nampaknya lebih nampak ke arah penonjolan diri sendiri sja rakyat mesti bijak menilai hendak nya
Unknown commented on
"SOKONG ANWAR IBRAHIM"
farhash X p perbendaharaan check lagi jahid kem pendakwaan bendera putih azam formula X p cari laiee oops sorry kontrak sambung jgn marah
Unknown commented on
"SOKONG ANWAR IBRAHIM"
x tau x tau x tau bila sebab k'jaan madanon tak bertukar tangan laiee kahkahkah harap maklum harap sabar
KARUT LEBIH MUDAH DIPERCAYAI DARI KEBENARAN
KARUT LEBIH
MUDAH DIPERCAYAI
DARI KEBENARAN
AMIN
Unknown commented on
"GERILA HAMAS TIDAK
TERKALAHKAN"
Engkau ini TT tak ikut trend semasa, orang kita lebih suka dengar lebih suka tengok herba herba ubat ubat ramuan kuatkan tenaga batin, nak nikmat lama, nak besar nak sendat nak ketat nak sepanjang malam, tengok TikTok setiap hari, ada perempuan jual ubat kuat lelaki, ini wow wow wow memang terbaik,
sebabnya perempuan jual amat laku, orang kita suka tanya banyak soalan sebelum membeli kah kah kah cerita perang orang susah orang mati kebuluran bukan orang layan sangat kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)



