Isnin, 25 Mei 2026

INI ANGKA KEMATIN YANG DI UMUM


SALUT 

 HIZBULLAH

AMIN

INI ANGKA

YG DI UMUM

BUKAN ANGKA

SEBENAR

AMIN

UNTUK KELUARGA

DAN ORANG RAMAI

AMIN

JUMLAH  TEWAS

MASIH RAMAI

DI RHSIAKAN

KHALAS



Tentera Israel terbunuh di selatan Lubnan

BAITULMAQDIS: Israel hari ini mengumumkan seorang tenteranya terbunuh di selatan Lubnan, menjadikan jumlah anggota pasukan itu yang maut dalam peperangan dengan Hizbullah kini mencecah 23 orang.

Menurut tentera Israel dalam satu kenyataan, anggota maut itu dikenali sebagai Sarjan Nehoray Leizer, 19, dari Batalion Kejuruteraan Tempur Ke-601.

Dalam kenyataan berasingan melalui Telegram pula, tentera Israel berkata, seorang lagi tentera mengalami kecederaan parah dalam insiden sama, sebagaimana dilaporkan AFP.

Setakat ini, seramai 24 warga Israel membabitkan 23 tentera dan seorang kontraktor awam, terbunuh sejak perang itu meletus pada 2 Mac lalu.

Sementara itu, sekurang-kurang 18 terbunuh, manakala beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan, semalam, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media kerajaan.
Kementerian Kesihatan Lubnan berkata, seramai 11 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam serangan udara Israel ke atas bandar Seir al-Gharbiyeh di wilayah Nabatieh.

Agensi berita Lubnan, NNA melaporkan sebuah jet pejuang menyerang bandar Bazouriyeh di daerah Tyre, mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan dua lagi.

Serangan dron Israel turut membunuh seorang lelaki di bandar Arabsalim di daerah Nabatieh, menurut agensi itu.

Selain itu, sebuah rumah terkena serangan Israel di bandar Toura, Tyre, menyebabkan seorang wanita terbunuh dan dua lagi cedera.

NNA kemudian melaporkan serangan tambahan di wilayah Nabatieh, termasuk serangan di Abba dan Jebchit, manakala serangan dron Israel di Doueir mengorbankan seorang petani berusia 50 tahun.

Seorang anggota paramedik Pertubuhan Kesihatan Islam terbunuh selepas pasukan pertahanan awam diserang Israel ketika memeriksa lokasi serangan terdahulu di Arabsalim, lapor NNA.

Di tengah-tengah serangan itu, tentera Israel mengarahkan penduduk enam kampung di selatan Lubnan supaya segera berpindah sebelum serangan dilancarkan.

Jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee, berkata penduduk di Kfarsir, Seir al-Gharbiyeh, Zrariyeh, Ansar, Mazraat Kawthariyet El Riz dan Kharayeb perlu bergerak sekurang-kurang 1,000 meter ke kawasan terbuka.

BERNAMA-ANADOLU melaporkan lagi, serangan itu berlaku meskipun gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS) sepatutnya kekal berkuat kuasa hingga awal Julai depan.

Lebih 3,100 orang terbunuh dan lebih 9,500 cedera, manakala 1.6 juta lagi hilang tempat tinggal akibat pengeboman Israel di Lubnan sejak 2 Mac lalu susulan konflik berterusan Israel-Hizbullah, menurut pegawai Lubnan.


SAH PKR SHAH ALAM BUNGKUS


SAH PKR

SHAH ALAM

BUNGKUS

KHALAS

AMBIL BAHAGIAN SAMA - RAYAKAN DEMOKRASI


DEMOKRASI WUJUD

KITA SENDIRI

WAJIB AMBIL

BAHAGIAN SAMA

KHALAS

Unknown commented on
 "URANIUM UNTUK MASA DEPAN IRAN"

contoh jelas demokrasi tidak wujud..
semua kena jadi lembu..

iran ada nuklear boleh jadi kuat
kuat iran bermakna kurang sekor lembu

kurang sekor lembu bermaknak musuh makin ramai
makin ramai makin susah nak jaga lembu

ini mesti dihentikan dengan apa cara sekalipun (Diktator)

contoh dato seri piji letak jawatan... kak g lynas tetap nak bon dato seri piji
sebab ini bahaya kepada non jubo.. non jubo boleh jatuh tergolek..

kah kah kah

IKUTI ZEN DAN STOIC


MENTAL WAJIB

BANYAK MEMBACA

DENGAR BINCANG

AMIN

IKUTI ZEN & STOIC

UNTUK TENTERAM

KHALAS

Unknown commented on
 "SEMUA JADI MENTAL"

Mental betul tak salah, tetapi mental nak berkuasa mental nak pegang jawatan mental nak rembat harta negara mental bontot memang salah kah kah kah ramai juga golongan begitu sekarang, asyik ikut bontot Boss kiri kanan, cium tangan cium mulut manis kah kah kah semuanya dengan agenda masing-masing woit kah kah kah

TERAM BULI IRAN


GAGAL DI IRAN

TERAM BULI CUBA

AMIN

PKR DI SHAH ALAM DI BUBAR


LAGI KES

PKR BUNGKUS

KAH KAH KAH

KALI INI NAJWAN

BAKAL 

MB SELANGOR

DI TOLAK

KAH KAH KAH

WOIT

MANA RAMANAN

MANA NURUL

PASAI APA TAK

DATANG BANTU

KHALAS



21 AJK, pimpinan wanita cabang PKR Shah Alam keluar parti
Sekumpulan 21 Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang PKR Shah Alam bersama sebahagian besar pimpinan wanita Cabang itu mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran mereka daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan media hari ini, kumpulan berkenaan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya, Najwan Halimi.

"Kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti, khususnya terhadap Presiden Parti, susulan janji-janji reformasi yang dilihat tidak lagi diterjemahkan dalam amalan sebenar, serta kegagalan mempertahankan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan demokrasi dalaman yang pernah menjadi tunjang perjuangan PKR.

"Di peringkat cabang pula, kami turut kecewa dengan kepimpinan Ketua Cabang, YB Najwan Halimi, yang dilihat gagal mengamalkan prinsip konsultasi dan kebersamaan dalam membuat keputusan," katanya.

Mereka mendakwa AJK Cabang yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.

“Lebih mendukacitakan, keputusan-keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih, walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat pimpinan yang dipilih telah diperuntukkan secara jelas dalam perlembagaan parti.

“Kami percaya sesebuah parti politik mesti mengamalkan nilai reformasi dan demokrasi yang dilaungkan kepada rakyat. Malangnya, kami tidak lagi melihat prinsip tersebut diamalkan secara konsisten dalam PKR pada hari ini,” kata kenyataan itu lagi.

Walaupun meninggalkan parti, kumpulan berkenaan menegaskan komitmen mereka terhadap prinsip tadbir urus yang baik, kebertanggungjawaban, keadilan serta perjuangan untuk rakyat dan negara akan diteruskan dalam apa jua kapasiti.

Turut disertakan bersama kenyataan itu ialah senarai 21 nama AJK dan kepimpinan wanita PKR cabang berkenaan yang membuat keputusan meninggalkan parti itu.

Ini merupakan kali kedua tindakan keluar beramai-ramai melibatkan pimpinan akar umbi PKR dalam tempoh seminggu.

Pada 21 Mei lalu, Jawatankuasa Pemuda PKR (AMK) Cabang Pandan didakwa terbubar selepas 19 ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan.

Langkah itu diambil selepas bekas menteri dari PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan keluar parti pada 17 Mei lalu dan mengambil alih Parti Bersama Malaysia (Bersama).