Sabtu, 2 Januari 2010

KEBAIKAN TIDAK PERLU DI MONOPOLI



ADA APA PADA NAMA




GUNA NAMA ALLAH : KHALID SETUJU KEPUTUSAN MAHKAMAH – harakah daily

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'.

Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran.

"Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.

Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam.

"Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri.


nota:
ada apa pada nama.

tuhan melayu namanya sang dewata mulia raya
tuhan melayu namanya yang maha esa

ada bernama yahwe
ada bernama zeus
ada bernama mitra
ada bernama krishna
ada bernama penunggu
ada bernama yang jehova
ada bernama jah
ada berana aluzza
ada bernama almanat
ada sembilan puluh sembilan nama
ada apa pada nama

yang wajib dilakukan ialah membuat kebaikkan
yang wajib dilakukan ialah membawa kebajikan untuk umat
yang wajib dilakukan ialah alrahman dan alrahim




BERITA BAIK UNTUK AHLI DAN PENYOKONG PAS



INI DIANYA SISTEM KAPITALISMA




NAIK HARGA GULA: KAPITALIS DIDAHULUKAN , KEUNTUNGAN DIUTAMAKAN – harakah daily

Najib Razak dicadangkan menukar tema satu Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kepada tema yang baru - 'Kapitalis didahulukan, keuntungan diutamakan'.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar memberi cadangan sinikal tersebut sebagai respon pada keputusan kerajaan menaikan harga gula RM0.20 bermula 12 tengah malam semalam.

Beliau yang juga Ahli Perlimen Pokok Sena berharap rakyat menilai semula slogan Najib dan sistem Aras Tanda Pencapaian (KPI) kerajaan yang kononnya demi kepentingan rakyat.

KAH KAH KAH…

woit…. APA JADI DENGAN SLOGAN GLOKAL?.... kah kah kah…

woit… GLOKAL : SUAMI GEMOK TAK ADA AKAL…. kah kah kah…

nota:
ini berita cukup baik.
berita baik apabila pemimpin pas mula
berkata tentang sistem ekonomi.
ini berita baik apabila semakin ramai
orang sedar bahawa sistemlah yang membawa
porak peranda.

dalam sistem yang salah semua akan salah.
dalam sistem ekonomi yang berkiblatkan keuntungan





SAEKOR MUNKEE DITAHAN DI AMERIKA




INI MAHATMA GHANDI



INI INDRA GHANDI


INI EEE MENYAMAR NAK JADI GHANDI


MB PERAK AKAN SAMAN SUARA KEADILAN KERANA MEMFITNAHNYA – berita hairan

Zambry Abdul Kadir hilang sabar dan akan menyaman Suara Keadilan kerana memfitnah beliau kononnya ditahan di Amerika Syarikat ketika mengetuai misi pelaburan ke negara itu, baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Zambry dikatakan ditahan sebelum dihantar pulang ke Malaysia kerana namanya ada dalam senarai pengganas. Dalam sidang akhbarnya di sini, hari ini, beliau berkata ini saman fitnah pertama sepanjang karier politiknya.

KAH KAH KAH…

woit… MUNKEEE INI TAK BOLEH MASUK AMERIKA??... kah kah kah…

woit… MEMANG BETUL SUARA KEADILAN BUAT FITNAH…kah kah kah…

kah kah kah… SUARA KEADILAN LAPOR MUNKEEE INI PENGGANAS….kah kah kah…

woit… INI FITNAH… INI TOHMAH… kah kah kah…

woit… MUNKEEE INI TAK DAPAT MASUK BUKAN KERANA MENGGANAS…kah kah kah…

woit… NAK TAHU KENAPA TAK BOLEH MASUK ?.... kah kah kah…

woit... MUNKEE NI NAK TUNJUK DIA PEJUANG... PAKAI NAMA GHANDI...kah kah kah..

kah kah kah…TAPI SALAH GAMBAR....A MUNKEE INI PAKAI GAMBAR PASPOT INDRA GHANDI… kah kah kah...




GENG BARU LAWAN ISTERI ROSMAH



INI BUKAN TELOOO PEMUDA UMNO - INI TELOR ITIK




PEMUDA UMNO BANTAH KENAIKAN HARGA GULA - mStar

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini membantah kenaikan harga gula yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno, Megat Firdouz Megat Junid dalam satu kenyataan media menegaskan perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Di saat dunia menjangkakan ekonomi akan beransur pulih, rakyat dikejutkan dengan kenaikan mendadak ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, Pemuda Umno berharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan.

KAH KAH KAH…

woit… INI NGO BARU KE?... kah kah kah..

woit… NAMPAKNYA NGO INI PREHATIN TERHADAP ORANG RAMAI..kah kah kah…

woit… ATAU INI ADA SATU GENG BARU YANG NAK TUMBANGKAN NAJIB RAZAK…. kah kah kah…

kah kah kah… KALAU INI GENG BARU… SATU MALAYSIA WAJIB SOKONG….kah kah kah…

nota:
bila buat demo menentang kenaikkan harga barang
jangan lupa panggil malaon ini di barisan hadapan kah kah kah




BERITA GEMPAR - BENG HOCK MASIH HIDUP !



TAN BENG HOCK SEDANG MELAYAN PELANGGAN DI KEDAI BASIKAL DI IPOH




ADUAN POLIS TERHADAP BERITA BENG HOCK DIBUNUH - malaysiakini

Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar rasmi PKR Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung.

Manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

KAH KAH KAH…

woit… APALAH PKR INI BUAT FITNAH…. kah kah kah…

woit… PKR INI KERJA BUAT TOHMAH…. kah kah kah…

kah kah kah… SATU MALAYSIA TAHU BENG HOCK TIDAK MATI…. kah kah kah…

kah kah kah… SATU MALAYSIA TAHU BENG HOCK MASIH HIDUP…kah kah kah..

woit… MANA ADA BENG HOCK MATI DI BUNUH…. kah kah kah…

woit… BENG HOCK ADA DI IPOH BUKA KEDAI JUAL BASIKAL…. kah kah kah…



Jumaat, 1 Januari 2010

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU DARI TIM TUKAR TIUB



ANAK MUDA - BERANI BERJUANG BERANI MENANG



KOMENTAR DARI TIM TUKAR TIUB

Kita telah meninggalkan 2009. Tahun 2010 ini adalah tahun yang akan membawa kemelut dan krisis ekonomi runcing bukan sahaja untuk negara kita malah untuk semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis sedang nazak. Pil-pil menahan kesakitan telah diambil untuk meneruskan buat sementara sistem ekonomi yang ganas lagi zalim ini. Bertrilion dolar telah digunakan membeli koyok untuk menampal sistem kapitalis yang sedang sakit.

Hakikatnya - sistem ekonomi kapitalis sedang dibaham barah lebihan produksi - hinggakan tidak ada kimotheraphy yang akan dapat membantu.

Produksi yang berlebihan ini sedang menghambat dan menekan. Barangan yang hasilkan dari kilang dan pabrik kini melambak-lambak. Tekanan demi tekanan – melalu pelbagai pejanjian dan protokol - telah digunakan oleh Bank Dunia, IMF dan WTO terhadap negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia.

Kaum pemodal antarabangasa sedang menggunakan Bank Dunia, WTO dan IMF untuk memaksa pasaran dibuka seluas mungkin agar modal dapat merembat bahan bahan mentah dan barangan buatan syarikat multinational dapat dilambakkan ke pasaran negara negara dunia ketiga.

China pendatang baru kelihatan semakin gopoh dan rakus mencari bahan mentah dan membuka pasaran. Lihat disekeliling kita – lambakan produk CCL – cheap chinese labour – sedang mengancam industri tempatan. China yang telah murtad dari sistem sosialis kini telah mula menjadi peniaga senjata. Ini tidak pernah berlaku ketika China mengamalkan sistem ekonomi sosialis.

Semua ini membawa tanda-tanda bahaya kepada umat dunia.

Kuasa imperial Anglo-Amerika – musuh rakyat sedunia – sedang menjalankan perang di Iraq dan Afghanistan. Perang kolonial ini bertujuan untuk merampok semua telaga minyak dan gas di kawasan timur tengah.

Dalam masa yang sama bahan bakar petrol semakin berkurangan. Satu demi satu negara pengekspot minyak kini menjadi negara pengimpot minyak. Minyak di Malaysia sendiri kian merosot dan pada tahun 2014/16 kemungkinan minyak akan mula kering di telaga-telaga minyak kita. Keadaan ini akan menghambat United Malays National Organistaion.

Dalam masa yang sama perebutan kuasa untuk mengawal agihan kontrek dan punca punca dana semakin sengit. Ekonomi yang merundum ini akan menjadikan punca-punca dana berkurangan dan sempit.

Dua garis politik – garis Najib dan garis Muhyiddin – semakin jelas dapat dilihat. Dalam masa yang sama anak anak syarikat gerombolan seperti PPP, MCA, MIC dan Gerakan – sedang beramuk dan bercakaran sesama sendiri.

Semua ini adalah tanda-tanda bahaya untuk warga Malaysia.

Bahang api perkauman akan terus ditiupkan untuk memastikan kuasa yang ada ditangan United Malays National Organistion akan terus kekal.

Tahun 2010 ini adalah tahun susah. Harga barangan dan kos sara hidup akan meninggi. Ini tidak setampil dengan tangga gaji dan upah harga memburuh. Anak anak muda akan mula memasuki pasaran buruh dan mereka akan berhadapan dengan hakikat bahawa peluang kerja semakin berkurangan.

Ekonomi yang berasaskan tenaga buruh impot yang murah kini sedang memakan diri kita sendiri. Hampir tiga juta buruh murah ini sedang menafikan hak warga untuk menuntut tangga gaji yang lumayan dan berpatutan dengan kos sara hidup. Tidak ada warga Malaysia yang akan sanggup tidur 12 orang dalam satu bilik.

Justeru semua warga Malaysia wajib berwaspada dan jangan terperangkap dengan propaganda perkauman. Juga berwasapada jangan terperangkap dengan agenda keagamaan.

Satu Malaysia wajib bersedia untuk bangun melawan untuk melahirkan sebuah Malaysia untuk anak semua bangsa.
(TT)