SAUDI MENJERIT
MINTA TOLONG
KAH KAH KAH
MAT TERAM BUAT
TAK DENGAR
AMIN
MASUK TUKANG
SAPU DARI
PAKISTAN TURKI
KAH KAH KAH
KHALAS
Serangan terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid: Seorang maut, 11 cedera
ISTANBUL: Sekurang-kurang seorang maut dan 11 lagi cedera dalam serangan terbaru ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, semalam, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA), hari ini, lapor Anadolu Ajansi.
GACA mengesahkan mangsa terkorban adalah seorang warga Pakistan yang menetap di Arab Saudi, manakala mereka yang cedera pula dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Pihak berkuasa itu memaklumkan bahawa serangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan harta benda yang masih dinilai.
Terdahulu, pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman memaklumkan bahawa Terminal Empat lapangan terbang itu terkena projektil tidak dikenal pasti pada petang semalam sehingga mencetuskan kebakaran.
Insiden berlaku sehari selepas satu lagi serangan di lapangan terbang sama yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan lebih 300 lagi.
Pakatan diketuai Arab Saudi menyalahkan kumpulan Houthi di Yaman atas serangan itu dan berikrar untuk mengambil tindakan tegas, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, angka korban akibat serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada Sabtu lalu kini meningkat kepada 13 selepas seorang warga India meninggal dunia semalam akibat kecederaan dialaminya, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Kedutaan India.
Kedutaan itu dalam satu kenyataan melalui Facebook memaklumkan bahawa seorang warga India yang cedera dalam serangan pada 10 Oktober itu 'malangnya telah meninggal dunia hari ini (semalam).'
Kedutaan itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memaklumkan bahawa pihaknya sedang berhubung dengan mereka.
Pihak kedutaan juga berjanji untuk memberi sokongan penuh bagi memastikan jasad mangsa dihantar pulang ke India dengan segera.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan