Rabu, 13 Januari 2016

BICARA DAN PENJARA











JUMAAT INI GWA 

DIBICARAKAN


gwa hanya

ada satu cakap

datanglah penjara

tali gantung

perjuangan ini 

tetap 

disambung



Azmi gagal pindah kes hasutan ke mahkamah tinggi

Perbicaraan kes hasutan terhadap Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Profesor Azmi Sharom akan terus didengar di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim Ab Rahman hari ini menolak permohonan Azmi supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kes Adam Adli: Bantahan pendakwa didengar 29 Mac

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 29 Mac untuk mendengar bantahan pihak pendakwaan terhadap permohonan aktivis Adam Adli Abd Halim dan Mohd Fariz Abd Talib untuk merujuk isu perlembagaan berkaitan protes jalanan ke Mahkamah Tinggi.

-----------

RINGGIT JATUH LAGI




RINGGiT

TERUS

JATUH


1 US Dollar equals
4.40 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time


1 Singapore Dollar equals
3.06 Malaysian Ringgit
Chart of exchange rate values over time





--------------

PROGRAM AGAMA - MASYUUUK






BAYI MANA
TT, boleh tolong check apa bangsa bayi tu? Bangsa Jerman ke, keling pundek ke, cina DAP ke, atau melayu ke... zaman ni banyak ceramah ugama, usrah tiap minggu, kem cuti sekolah... tapi melayu tetap lalok, kaki madat, kaki rasuah, kaki kongkek kuat dan tanam, buang dalam mangkok tandas... 


Kalau semua program2 "ugama" tetap tak boleh menjadikan melayu jadi baik, maknanya program2 "ugama" ini perbuatan yg sia2 belaka. Janji semua masyuuuk poket ustad lelaki dan ustad perempuan, semua ok. Ingat apa Einstein cakap mengenai apa dia kerja gila? Melayu ni dah kena "religion overload", sampai jadi bangang. on KONDOM TANPA WAS WAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/13/16




--------------

SUMBU SEDANG DIBAKAR







SUARA PERTAMA

DARI 

GEROMBOLAN

APA MAKNANYA?




MB Perlis minta rakyat bersedia hadapi realiti kejatuhan ekonomi

Menteri Besar Perlis  Azlan Man meminta penduduk negeri ini bersedia menerima realiti kejatuhan ekonomi dunia dan kesannya terhadap negara .
Katanya dalam situasi itu kerajaan terpaksa mengambil langkah berjimat-cermat termasuk memotong belanjawan untuk tahun ini.


MAKNANYA

KRISIS YANG 

AKAN MELEDAK 

AMAT BESAR





---------------

ASTAGA - TOK HENG TAK TIDOO









ASTAGA!



Ibrahim Ali tak tidur 50 jam kerana DAP

 | January 12, 2016
Beliau tidak dapat terima DAP bukan parti anti Melayu dan Islam





Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menggesa orang Melayu dan Bumiputera tidak tertipu dengan strategi DAP yang mengaku parti itu bukan anti-Melayu dan Islam.
“Baru-baru ini juga mereka menyatakan mereka bukan parti anti Melayu dan Islam. Kenyataan itu bukan baharu.
“DAP juga mengulanginya semasa Persidangan Pakatan Harapan. Mereka juga berjanji mempertahankan Islam, Bahasa Malaysia, kedaulatan Raja-raja Melayu dan hak keistimewaan Melayu
“Kenyataan mereka itu menyebabkan saya terkejut, saya tak boleh tidur 50 jam,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Perkasa di sini, hari ini.



PATUTLAH

TEPI KOLAM 

BISING SOKMO

SIANG MALAM

TOK HENG 

TAK TIDOO

RUPA RUPANYA

KAH KAH KAH



-------------

EKONOMI RETAK AKAN MELEDAK






RETAK AKAN 

MELEDAK 

Tahun 2016 baru sahaja masuk. Kali ini saya akan membawa surah-surah  dan ayat songsang kepada para pembaca. Saya bukan berniat untuk menakut-nakutkan pembaca. Saya juga tidak ada niat untuk menyesatkan pembaca. Tulisan saya hanya bertujuan untuk memberi ingatan dan pencerahan.
Jika tahun 2015 kita dilalui  dengan penuh keperitan -  harga barang melambong,  perbelanjaan harian untuk hidup mendadak naik. Pada tahun 2015 dahulu apa sahaja yang kita usik - semua harganya  terus berubah-ubah menjadi lebih tinggi. Walau pun harga bahan bakar petrol turun tapi ianya tidak membawa apa-apa makna hakiki. Ini kerana tangga gaji dan pendapatan kita masih ditahap lama.

Awas! Tahun 2016 ini tidak akan menjanjikan keselesaan hidup. Tahun 2016 ini akan dirasai lebih perit dari perit. Akan dirasai lebih susah dari susah. Kos untuk hidup akan terus naik. Harga bahan makanan akan mendadak naik. Satu demi satu subsidi ditarik. Justeru tahun  2015 dan tahun-tahun sebelumnya akan dilihat dengan nostalgia, penuh dengan kemeriahan saperti musim buah yang lumayan.

Untuk memahami apa yang akan terjadi kepada Malaysia kita wajib memahami apa yang sedang  berlaku diluar Malaysia. Babak-babak politk luar negara sama pentingnya dengan babak-babak politik yang berlaku dihadapan mata kita. Malah kadangkala apa yang berlaku diluar negara lebih penting dari apa yang berlaku di Parlimen kita.

Gagal memahami hakikat ini maka kita akan gagal memahami apa yang sedang menampar muka kita. Jika kita tidak memahami politik dunia maka bacaan politik dalam negara kita akan tersasul dan salah baca. Dunia hari ini ikat mengikat - kait mengait. Ini bukan bermakana dunia kini tanpa sempadan. Wilayah masih ada - sempadan negara masih wujud.

Yang semakin tidak ada sempadan ialah modal. Sempadan kini dikoyak dan dilanggar oleh modal tanpa tentangan. Modal kini bergerak kesana sini tanpa sempadan. Dalam tulisan-tulisan yang lalu - saya telah menyatakan bahawa modal milik kaum kapitalis dan syarikat antarabangsa tidak ada agama, tidak ada negara, tidak ada bangsa, tidak ada kesetiaan, tidak ada bahasa. Kiblat modal ialah keuntungan maksima.

Hukum  dan  watak modal tidak ada perberzaan sama ada di London, New York, di  Madinah atau di Senaling.Modal dari permualan sejarah dunia bertujuan mencari keuntungan.
Ketika ekonomi kita tidak menentu tetiba Najib telah mengumumkan bahawa bujet yang baru diluluskan akan disemak kembali. Ini belum pernah berlaku. Seharusnya berita ini menjadi pebincangan berterusan. Tapi saperti biasa media mandul negara kita tidak  melihat tanda dan makna dari kenyataan Najib ini.  Tuan dan Encik Kang Kong dari  fakulti ekonomi universiti tempatan tidak memahami makna dan tanda kenyataan ini.

Untuk saya apabila Najib membuat kenyaatan sademikian bermakna Malaysia sedang menuju ke ruang krisis ekonomi yang maha sangat.  Kenyataan itu memberi makna  pendapatan negara makin mersosot. Hutang negara makin meninggi. Bunga hutang makin bertambah. Nilai ringgit makin jatuh.

Pedapatan merosot: kerana harga  dua minyak makin menurun. Harga minyak sawit dan minyak petrol yang menjadi asas pendapatan negara semakin murah.

Jelas - pendapatan negara merosot kerana harga minyak mentah sedang turun dalam pasaran dunia. Lambakan bahan bakar petrol dipasaran dunia menjadikan harga minyak mentah mendadak jatuh. Kini dibawah 40 dolar untuk satu tong.

Harga minya sawit juga jatuh. Ini kerana minyak sawit  bukan lagi bahan mentah monopoli  Malaysia.  Zaman kita menjadi jurupandu telah tamat. Indonesia kini menjadi pengeluar utama. Maknanya apabila pengeluaran bertambah tapi permintaan masih ditahap lama - maka harga pasti akan jatuh.

Dalam masa yang sama barang ekspot buatan Malaysia tidak diperlukan dalam pasaran dunia. Permintaan dunia semakin menguncup.Kilang pembuatan bahan ekspot kita kini tergugat.

Dari sini kita mula terbaca tentang berita bagaimana anak mahasiswa sedang mengikat perut. Duit pinjaman PTPTN mereka dihantar pulang untuk menampong keluarga. Kita juga mula terdengar bagaimana ada ura-ura untuk menjadikan semua duit PTPTN sebagai hutang tidak mengira dapat 4 pointer atau sarjana kelas pertama.

Kita mula terdengar bagaimana tidak ada lagi pengambilan pekerjaan di jabatan kerajaan. Kita juga mula mendengar bahawa semakin ramai graduan dengan ijazah perguruan tidak mendapat kerja. Jumlah graduan pelbagai ijazah  tanpa kerja semakin bertambah.  Dalam masa yang sama kita juga terbaca tahun lalu 25,000 orang pekerja dari pelbagai jurusan telah diberhentikan. Paling memeranjat berita 250 juru terbang MAS hilang kerja.

Tetiba kita  terbaca bagaimana Najib memberi ingatan kerpada jabatan kerajaan agar berbelanja dengan berhemah.Ramai melihat kenyataan Najib ini sebagai lawak. Tetapi hakikatnya Najib tahu data yang lebih lengkap dan lebih terperinci, justeru Najib membuat seruan itu.

Untuk saya semua ini adalah tanda-tanda bahawa ledakan ekonomi akan sampai.

Diluar negara perang berterusan di Timur Tengah. Kuasa imperialis yang dikepalai oleh Amerika telah menyerang Syria selama 4 tahun. Rancangan Amerika bersama Saudi dan Turki kelihatan gagal. Perang Syria ini sedang mengancam bukan hanya negara Arab malah mengoyang kestabilan politik Eropah dengan  kesampaian warga pelarian perang.  Yamen sebuah negara paling miskin dalam dunia sedang diserang dan dibom  oleh Saudi Arabia dan kuncu-kuncu dari Negara Telok.

Dalam masa yang sama perang  masih berterusan di Iraq dan Afghanistan. Di Pakistan , Somali dan  Nigeria - ledakan demi ledakan terus berlaku. Pertempuran antara pihak yang berkuasa dengan yang dirampas kuasa berterusan. Mayat  kedua belah pihak terus bergelimpangan.
Apa akan terjadi pada  tahun 2016 ini?

Saya dengan  penuh keyakinan melihat tahun 2016 ini sebagai permulaan zaman meleset yang lebih buruk dari zaman meleset - The  Great Depression - tahun 1929.

Dari pengamatan saya apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini sedang juga berlaku di negara-negara lain di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pada hemat saya tidak banyak perbezaan antara kita dengan  negara Dunia Ketiga yang lain. Kacau bilau ekonomi ini bukan hanya  dalam negara kita sahaja. Dimana-mana pun dalam  dunia yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis kekacauan ekonomi sedang berlaku.

Di Eropah - kita telah melihat apa yang telah berlaku di Greece. Kini wabak Greece sedang menjangkiti Itali, Sepanyol dan Portugal. Di Amerika Latin kita melihat  negara Argentina dan Mexico tidak ada keupayaan untuk membayar hutang.

Secara ilmiah - sama saperti kiraan aljebra dalam  ilmu hisab - empire Amerika yang berasaskan  kertas hijau yang dipanggil dolar akan runtuh. Ini hukum ekonomi - tak kira ekonomi sosialis atau kapitalis.  Jika hutang negara bertapuk-tapuk maka hutang ini akan menenggelamkan negara.

Amerika yang terus mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar telah sampai ke satu tahap dimana dolar ini tidak diyakini lagi. Hilangnya keyakinan terhadap dolar  adalah permulaan  tahap keruntuhan empire Amerika.

Sejarah dolar bagini: Sesudah perang dunia  kedua Amerika muncul sebagai juara utama  kuasa imperialis dunia mengambil tempat Britain. Selama dua puluh tahun sesudah perang Amerika menjadi jurumudi ekonomi kapitalis dunia. Ekonomi berkembang. Dolar berkuasa dimana-mana. Pasaran baru dibuka. Produk baru dicipta. Dunia kapitalis  Amerika dan Eropah - berpesta saperti tidak ada kelmarin dan esok.  Ini ketika dunia diperentah oleh empire Pax Americana.

Pada tahu 1971 dolar  tidak lagi disandarkan dengan emas. Amerika mencetak kertas hijau yang dipanggil dolar untuk membayar hutang Perang Vietnam. Untuk ganti emas Amerika membuat perjanjian dengan  Saudi - pengeluar utama minyak -  untuk memaksa jual beli minyak petrol diwajib menggunakan kertas hijau ini. Amerika menjadi pengekspot kertas hijau. Maka muncul apa yang dipanggil Petrodolar.

Tujuh puluh tahun sesudah perang dunia tamat -  era Pax Americana  sedang berakhir. Zaman tepu telah masuk. Kong kalikong Amerika bersama Saudi dalam hal jual beli petrol ini telah sampai ketahap akhir. Semakin ramai negara telah berani meminggirkan dolar dalam urus niaga mereka - sama ada jual beli minyak atau jual beli bahan yang lain.

Semua ini adalah  tanda hari-hari akhir untuk dolar dan Pax Americana.

Sabar. Jangan terlau cepat. Hari-hari akhir dolar  ini  pasti akan sampai. Tentang ini saya cukup yakin.  Dalam masa yang sama saya memberi ingatan bahawa bencana besar akan sampai untuk kita semua. Jangan lupa Saddam Hussein dan Gadaffy menjadi arwah kerana mereka mahu membawa Iraq dan Libya meninggalkan  dolar dalam hal jual beli minyak. Lihat apa yang sedang terjadi kepada Libya dan Iraq.

Ini hukum modal. Ini hukum ekonomi kapitalis. Ianya tidak mudah disingkir  dan tidak mudah diketepikan. Kaum pemodal antarabangsa sedang menyusun dan sedang mengatur.

Pada ketika ini warga Malaysia sedang berhadapan dengan Najib dan panglimanya dari United Malays National Organisation. Mereka ini secara sedar dan  mungkin secara tidak sedar adalah bidak catur dalam kerangka kuasa imperial Amerika.

Ketika kita berhadapan dengan  Najib dan kuncu-kuncunya kita juga wajib sedar bahawa kuasa imperial Amerika sedang mengatur stratiji dan membuat persediaan. Justeru kita sendiri sedang berhadapan dengan TPPA - sebahagian dari stratiji kaum pemodal.

Ada satu lagi perancangan yang sedang datur dan disusun. Kaum pemodal antarabngsa sedang menyediakan perang. Untuk kaum kapitalis perang ialah perniagaan yang amat menguntungkan.

Justeru - saya ingin betanya - apakah kita semua sedar bahawa perang dunia sedang dirancang? (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


----------------