Khamis, 19 Jun 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 19 JUN 2025

IRAN TERUS SERANG ISRAEL 

 ESOK KITA BERDEMO


FATTAH 1 SENJATA CANGGIH
Iran terus melancarkan peluru berpandu Fattah 1 membedal Israel. Ini  peluru berpandu hiper sonik – saya ulang -  hiper sonik.  Peluru ini berjaya menggagalkan IRON DOME buatan Amerika. Perisai ini dikatakan tercanggih dan terhebat dalam dunia. Hampeh karut  - Iran membuktikan kemandulan Iron Dome . Amin.

LARANG LARANG 
Israel kini melarang warga dari mengambil klip video yang menunjukkan runtuh rantah dalam Israel. Ini kerana  klip klip yang keluar dalam media sosial membuktikan kejayaan Iran. Kah kah kah.

BUNGKER BUSTER
Fasilitas nuklear Iran tersimpan dalam bumi. Bukan saja bumi malah dalam gunung. Hingga ke hari ini Zionis Israel gagal memusnahkan fasilitas ini. Justeru Setanyahu mahu Amerika masuk memerangi Iran.  Hanya Amerika ada bom BUNGKER BUSTER yang berat 2000+++ pound yang boleh meledakkan gunung. Bom berat ini hanya boleh di angkut dengan pesawat B2 – hanya Amerika ada.

MINYAK MINYAK MINYAK
Jika Amerika masuk campur perang akan merebak. Harga minyak akan melonjak naik. Selat Hormuz wilayah Iran akan  menghalang laluan minyak. China dan Jepun akan  gelabah tanpa  bahan bakar minyak petrol.

ESOK JUMMAT KITA BERDEMO
Kawan-kawan  mari kita turun beramai-rami esok – jam 2.00 petang. Kita BERHIMPUN di Dataran Tabung haji.  Dari sana kita berarak ke kedutaan Amerika.

Marilah bersama-sama bersetia kawan – bersolidariti – dengan Iran.

IRAN
Ayatollah Khamenei berkata – Amerika jangan masuk perang ini. Nanti menyesal. Ayatollah juga berkata: Iran TIDAK akan menyerah kalah.

RUSIA
Timbalan Menteri Luar  Rusia Sergei Ryabkov memberi Amaran kepada Amerika : Jangan serang Iran.

AMERIKA
Trump berkata dia belum membuat keputusan nak serang atau tidak serang Iran.

GAZA
144 mati dalam masa 24 jam kemarin di bunuh oleh Zionis Blackrock.

JEPUN
Mencatat cuaca panas yang bukan bukan.  Suhu naik ke 35 Celsius dalam 14 bandar di Jepun.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Matahari dah keluar. Cahaya amat lembut Langit biru pucat macam ada air nak gugur.

Di Pintu Masuk atas bukit kiri Tekukur bersuara. Dalam gaung kanan Jantan berkokok.  Dalam belukar Cengkerik bersimponi.

Ha ha Kiok Kiok Kiok – suara kuat – gua tak tahu burung apa. Ini suara baru.  Di langit  deraman pesawat nak ke KLIA.

Hari ini pasti panas. Tak Tak dan berjemur di balkoni.

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUMAN

BRO
Kebahagiaan bukan datang dengan sendiri. Semua bergantung dari apa lu buat.

BRO
Hidup ini pertanyaan. Bagaimana kita menjalani hidup itulah jawapannya.

BRO
Kerja lu kemarin tak siap lu sambung dan teruskan hari ini. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Rabu, 18 Jun 2025

DEMO DEMO DEMO - TOLAK AZAM BAKI


DEMO DEMO DEMO

TOLAK RASUAH

TOLAK AZAM BAKI

TOLAK ANAWAR

BLACKROCK

AMIN 

PAGI TADI TEL AVIV MELEDAK - IRON DOME GAGAL !!!


PAGI TADI

TEL VIV MELEDAK

IRON DOME GAGAL

AMIN 

PERANG MEREBAK KE TURKI ?


PERANG MEREBAK 

KE TURKI ?

AMIN 

TURUN TURUN TURUN - TURUNKAN ANWAR BLACKROCK


TURUN TURUN

 TURUN

TURUNKAN

ANWAR

 BLACKROCK

AMIN 

PAS BOLEH TERAJU KERAJAAN



PAS mampu bawa M'sia lebih jauh seperti kepimpinan ulama Iran - Zaid

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, berkata PAS mampu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi jika parti itu menggabungkan prinsip moral yang jelas dengan tadbir urus yang baik dan pendekatan yang inklusif.

Dalam satu kenyataan, Zaid turut menegur pihak yang sering meremehkan keupayaan PAS.

“Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan ulama mampu memimpin negara dalam waktu sukar. Lihat saja Iran.

“Dengan bimbingan Majlis Ulama — sekumpulan ulama berpegang teguh kepada prinsip ideologi — Iran bukan sahaja mampu bertahan, malah kekal berdikari walaupun berdepan perang dan sekatan ekonomi bertahun-tahun daripada kuasa besar dunia,” katanya di Facebook semalam.

PAS, yang merupakan sebahagian daripada PN, kini mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat iaitu 43 kerusi, dan mengetuai kerajaan negeri di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Namun, Zaid mengakui ulama PAS mungkin belum setanding dengan tokoh ulama di Iran.

Katanya, kelemahan utama PAS ialah kegagalannya menjelaskan visi nasional parti itu secara berkesan.

Walaupun begitu, PAS tetap mempunyai banyak kelebihan seperti disiplin organisasi yang kukuh dan kemampuan mendekati rakyat akar umbi.

Tambahnya, satu lagi kekuatan PAS ialah pemimpinnya yang bebas daripada skandal rasuah.

“Pemimpin mereka umumnya bersih daripada skandal kewangan, dan ini memberi kelebihan untuk membanteras sistem yang korup.

“Dengan kepimpinan dan visi yang betul, PAS mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik,” katanya.

PARTI ISLAM PAS

BOLEH TERAJU

KERAJAAN

AMIN

TERAS MELAYU

ISLAM

AMIN

PAS PERLU

BERALIH 

KE TENGAH

AMIN

GERAKAN KEMPEN

 ANTI RASUAH

LAWAN NEPOTISMA

TEGAK KAN

KERAJAAN TELUS

AMIN

BUKAN KEMPEN

ANTI KONSERT

ANTI SELUAR

PENDEK

ANTI MERAYAKAN

KEHIDUPAN

AMIN

KHALAS