Selasa, 3 November 2026
MAFIA KOPORAT TUNJUK KUASA
TANDA
MAFIA KOPORAT
TUNJUK KUASA
AMIN
GUNA MAHKAMAH
LARANG MEDIA
ORANG RAMAI
TAHU BERITA
AMIN
Laporan: Farhash dapat
injunksi terhadap Bloomberg,
bekas bos SPRM kecewa
Ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, semalam memperoleh injunksi terhadap Bloomberg News bagi menghalang penerbitan satu laporan yang didakwanya berunsur fitnah.
Perkembangan itu berlaku ketika spekulasi terus mengaitkan bekas pembantu Anwar bin Ibrahim itu dengan skandal 'mafia korporat'. Dakwaan itu sudah dinafikannya.
Dipetik Berita Harian semalam, peguam yang mewakili Farhash dari firma guaman Messrs Ahmad Deniel, Ruben & Co, menyatakan draf artikel tersebut mengandungi kenyataan dan dakwaan yang menurut anak guam mereka adalah palsu, tidak berasas, dan berunsur fitnah.
Menurut portal berita itu, perintah injuksi tersebut dikeluarkan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kan Weng Hin.
Bloomberg News dilaporkan telah menghubungi Farhash berhubung penulisan dan hasrat mereka untuk menerbitkan laporan tersebut sebelum tindakan undang-undang dimulakan.
"Susulan itu," kata firma guaman berkenaan, "mahkamah membenarkan permohonan injunksi bagi menghalang Bloomberg News dan semua pihak daripada menerbitkan, menerbitkan semula, mengedarkan atau menyebarkan kenyataan serta dakwaan berunsur fitnah yang dikenal pasti dalam prosiding itu, termasuk kenyataan seumpamanya berkaitan Farhash."
Walaupun Malaysiakini tidak mendedahkan perincian khusus kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu atas nasihat undang-undang, dokumen mahkamah menunjukkan ia secara amnya merangkumi pelbagai dakwaan - daripada pelantikan korporat, kontrak kerajaan, dan campur tangan politik, sehinggalah kepada dakwaan jenayah.
Semuanya dakwaan tersebut ditegaskan oleh plaintif sebagai palsu dan berunsur fitnah.
Sementara itu, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, menyifatkan injunksi tersebut sebagai sesuatu yang dikesali dan mengecewakan.
"Pihak media mesti bebas untuk melaporkan perkara yang berkepentingan awam, terutamanya apabila ia melibatkan dakwaan serius mengenai penyalahgunaan kuasa dan rasuah di peringkat tertinggi, yang turut mengaitkan perdana menteri sendiri.
"Jaminan kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan merangkumi perlindungan terhadap kebebasan media.
"Adalah tidak wajar untuk kepentingan awam rakyat Malaysia jika Bloomberg News dibungkam dalam perkara ini; sama seperti tidak wajar bagi kepentingan kita jika media seperti Wall Street Journal dibungkam semasa skandal 1MDB berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Latheefa juga menyatakan harapan agar injunksi tersebut dapat dibatalkan.
CUKONG BALAK JADI KAYA
HUTAN DARA
DITEBANG
CUKONG BALAK
TOWKAY SAWIT
JADI KAYA
AMIN
ORANG RAMAI
DAPAT BANJIR
DAPAT BALA
KHALAS
Banjir kilat Kampung Melayu Subang, 789 penduduk jadi mangsa
SUNGAI BULOH: Seramai 789 mangsa daripada 325 keluarga terjejas akibat kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Kampung Melayu Subang di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang, semalam.
Beliau berkata, antara kawasan terjejas ialah Jalan Jati, Jalan 4D dan Lorong 5D di Kampung Cina, Kampung Baru Subang serta Pangsapuri Seri Nilam, Subang Permata.
"Turut terjejas ialah Jalan Merbau, Kampung Baru Subang; Jalan SP 1/8, Taman Subang Perdana; Jalan Bukit Badak dan Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang.
Banjir kilat Shah Alam: 'Berapa banyak lagi amaran perlu diabaikan?' - PEKA
KUALA LUMPUR: Kemusnahan berterusan kawasan hutan di Shah Alam, Selangor, disifatkan bukan lagi sekadar isu alam sekitar, sebaliknya sudah bertukar menjadi krisis keselamatan awam yang serius.
Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), N Rajesh, mendakwa situasi itu dapat dilihat menerusi bencana yang melanda bandar raya berkenaan, termasuk banjir kilat semalam sehingga menjejaskan keselamatan penduduk dan melumpuhkan rangkaian pengangkutan utama.
Katanya, impak banjir turut mencetuskan insiden tanah runtuh kawasan parkir di Subang Permata, selain penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) antara Setia Alam dan Shah Alam akibat limpahan air sungai.
"Semua bencana ini berpunca daripada penerokaan hutan, lereng bukit dan kawasan tadahan air semula jadi yang tidak terkawal di seluruh Shah Alam.
PUKUL ISTERI HOBI YB PULAU PINANG
APA YANG
MENYEBABKAN
PUKUL ISTERI
JADI HOBI YB
PULAU PINANG?
AMIN
ADAKAH KERANA
NASI KANDAR
ADA KAS KAS?
KAH KAH KAH
AMIN
ATAU NASI GANJA
TERLEBIH GANJA
KAH KAH KAH
KHALAS
Kalangan pemerhati politik dan media hangat memperkatakan tentang identiti seorang Adun Pulau Pinang yang sedang disiasat polis kerana didakwa menyerang isterinya, dengan spekulasi semakin memuncak mengenai siapa individu yang terlibat dalam kes terbaru ini.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menggesa orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan terburu-buru sambil menyatakan bahawa perkara itu harus diserahkan kepada pihak polis.
Sementara itu, Fahmi Zainol daripada PKR - yang pernah terbabit dalam kes serupa tahun lalu - segera menjarakkan diri dengan menjelaskan kejadian berkenaan tidak ada kaitan dengan dirinya.
“Kes Adun Pulau Pinang terkini tu bukan saya,” katanya di media sosial.
Fahmi yang juga Adun Pantai Jerejak dan bekas exco itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar, 35, dalam kejadian didakwa berlaku pada 22 Feb lalu.
Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10 malam di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Fahmi kemudiannya digantung daripada jawatan parti sementara menunggu kes mahkamah selesai, dan digugurkan daripada jawatannya exco.
Malaysiakini difahamkan bahawa insiden terbaru itu juga melibatkan seorang Adun PKR, namun identitinya tidak didedahkan sementara menunggu maklum balas terhadap pertanyaan yang diajukan.
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid, yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I.
Dalam pada itu, Chow enggan mendedahkan butiran lanjut apabila ditanya mengenai perkara tersebut, sambil menegaskan bahawa pihak polis harus dibenarkan menjalankan siasatan mereka.
"Ini adalah siasatan polis yang sedang berjalan, jadi sebaiknya serahkan sahaja kepada mereka. Biarkan mereka mengendalikan kes ini," katanya seperti dilaporkan.
Apabila ditanya kedudukan Adun terbabit sama ada akan terus menjalankan tugasnya atau tidak, Chow berkata dalam kes-kes lain sebelum ini, ahli politik yang menghadapi prosiding mahkamah tetap meneruskan khidmat mereka.
Semalam, polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada isteri seorang Adun yang mendakwa dirinya diserang oleh suaminya di kediaman mereka.
Ketua Polis Negeri, Dennis Lim Kwang Keng, berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
“Polis telah merakam keterangan daripada empat individu, termasuk suami dan isteri tersebut, dan setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes ini,” katanya seperti dipetik.
Lim turut menafikan dakwaan isteri ahli politik itu bahawa polis gagal mengambil tindakan terhadap laporannya.
Dia menegaskan bahawa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya sebaik menerima laporan tersebut, serta akan mendapatkan pengesahan perubatan berhubung kecederaan yang didakwa dialami oleh wanita berkenaan.
Dalam perkembangan sama seorang Adun PKR Pulau Pinang enggan memberi komen terhadap dakwaan dia terbabit dalam kes tersebut.
"Adakah sesiapa yang sebut nama saya?" kata Adun Batu Uban, A Kumaresan, seperti dipetik Guang Ming Daily.
Dia yang mewakili kawasan itu sejak 2018 ditanya media terbabit juga menegaskan, disebabkan namanya tidak disebut oleh sesiapa, dia enggan memberikan komen lanjut.
Kumaresan ditemui media di DUN Pulau Pinang di George Town, hari ini.
BUNUH GURU - WARGA JADI BEBAL
PROJEK ZIONIS
BERJANGKA
PANJANG
AMIN
BUNUH GURU
WARGA JADI
BEBAL
AMIN
Lebih 800 guru syahid di Gaza
TEHRAN – Lebih 800 guru dilaporkan syahid di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, dengan tindakan menyasarkan golongan pendidik disifatkan sebagai serangan terhadap masa depan generasi Palestin serta hak mereka untuk mendapat pendidikan dan meneruskan kehidupan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik seorang pegawai pendidikan Palestin.
Ketua Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Palestin di Gaza, Ahmad al-Najjar pada Ahad berkata tentera pendudukan Israel terus menyasarkan warga pendidik di wilayah itu.
Beliau berkata beberapa guru turut dilaporkan syahid sejak beberapa hari kebelakangan ini susulan serangan berterusan terhadap warga pendidik.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan kementerian itu, lebih 800 guru lelaki dan wanita syahid, manakala lebih 3,300 lagi cedera sejak perang tercetus pada Oktober 2023.
Kementerian itu turut menggesa masyarakat antarabangsa, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan hak asasi manusia supaya bertindak menghentikan jenayah berkenaan, membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan serta menjamin keselamatan orang awam dan warga pendidik.
SEMUA GUNA UNITED FRONT
UNTUK DAPAT
KUASA ANWAR
BIN IBRAHIM
GUNA UNITED
FRONT TOLAK
TENGGELAM PAS
AMIN
DAP GUNA
UNITED FRONT
UNTUK TIBAI
POLITIK MELAYU
AMIN
SEKARANG
PKR UNITED FRONT
DENGAN BERSATU
TIBAI PAS
KHALAS
Unknown commented on
"APA MAKNA UNITED FRONT"
Kaedah & guna pakai yg berkesan utk melawan musuh utama! boleh elak dari kekalahan serta PHD parti hilang deposit ? tunai atau deposit masih ada boleh d gunakan untuk kebaikan , terus lawan kah kah kah
Unknown commented on
"GUNAKAN TEORI UNITED FRONT"
Teori United Front menguntungkan siapa TT? Siapa akan untung? Adakah perubahan yang dikehendaki boleh direalisasikan? Sebabnya percakapan tingkahlaku orang politik ini semakin berpusing berputar berlipat-lipat lidah kah kah kah kah,
boleh percaya siapa? Semua berusaha mencari undi main isu kaum agama keturunan ketuanan Melayu, tetapi adakah Melayu selesa dengan calon-calon mereka?
Yang tak erti cakap English pun nak jadi PM? Yang sastera nak pegang jawatan kewangan? Bukan niat untuk merubah landskap politik tetapi lebih kepada mengisi perut sendiri kah kah kah kah
siapa calon PM seterusnya? Bagi nampak muka lihat track rekod dia dahulu kalau setakat bijak berbicara tetapi tin kosong akan roboh negara, apa yang kita tahu orang politik bijak bercakap tetapi nato saja kah kah kah kah
Unknown commented on
"APA MAKNA UNITED FRONT"
Apabila pilihanraya setiap bulan, semua negeri merasa nikmat merayakan sekaligus, Melayu Cina India dijaga bagai tatang minyak penuh, semua Why Bee bertungkus lumus berkecimpung mengorbankan masa tenaga mereka menjaga rakyat, tetapi seperti kita tahu dan sudah mengalami perit berjumpa Why Bee ini, maka rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati,
jangan lupa jangan mudah terpengaruh, lihat balik klip video ucapan Why Bee yang bertanding, dengar apa cakap mereka dahulu dan kini, inilah wayang politik mereka boleh tak? Pengundi muda masih ingat atau memang penyakit mudah lupa menjalankan virus kah kah kah kah kah
Unknown commented on
"GUNAKAN TEORI UNITED FRONT"
kesempurnaan seseorang berterusan membaiki kesilapan kerana banyak yang mengaku ahli kebenaran tetapi yang sampai ( ahli kebenaran ) hanyalah sedikit !!!
CUKONG & KORPORAT MAFIA
POLITIK MALAYSIA
AKAN DIBELI
OLEH CUKONG &
KORPORAT MAFIA
AMIN
DI AMERIKA LATIN
POLITIK DI BELI
OLEH MAFIA DADAH
KHALAS
KUALA LUMPUR: Pengasas Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Rafizi Ramli tiba di Bukit Aman sebentar tadi untuk memberi keterangan berhubung ucapannya pada ceramah di Selayang yang menyentuh isu 'mafia korporat' pada 20 Oktober lalu.
Bekas Menteri Ekonomi itu yang tiba kira-kira 11 pagi sempat bercakap kepada wartawan di luar ibu pejabat polis persekutuan itu, sebelum memasuki kawasan berkenaan.
Beliau mengesahkan bahawa polis memanggilnya untuk memberikan keterangan berhubung kenyataan yang dibuat menerusi ucapan berkenaan.
"Saya dipanggil untuk memberikan keterangan berhubung ucapan yang disampaikan di Selayang pada 20 Oktober," kata bekas Timbalan Presiden PKR itu.
Rafizi memberi jaminan akan bekerjasama dengan pihak penyiasat dan menyerahkan sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkembangan siasatan kepada polis.
Difahamkan, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 dan 505 Kanun Keseksaan, masing-masing berkaitan kesalahan fitnah dan kenyataan yang boleh mendatangkan kegusaran awam.
Kedua-dua seksyen memperuntukkan hukuman termasuk penjara, denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Media sebelum ini melaporkan Rafizi mendakwa siasatan terhadapnya serupa dengan tindakan undang-undang dihadapinya selepas beliau mendedahkan isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Tabung Haji, FELDA dan National Feedlot Corporation (NFC).
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga menuduh kerajaan cuba mengugutnya melalui siasatan berkenaan.
Ucapan Rafizi pada 20 Oktober turut menyentuh mengenai satu kes mahkamah yang membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, Mohd Shuhaily Mohd Zain.
MAFIA DADAH & MAFIA KORPORAT
KERAJAAN
SIERRA LEONE
DI BELI OLEH
MAFIA DADAH
KHALAS
KERAJAAN
MALAYSIA DIBELI
OLEH
MAFIA KORPORAT?
KHALAS?
AMSTERDAM: Pihak berkuasa Belanda menawarkan ganjaran rekod sebanyak 2 juta euro (kira-kira RM9.13 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penahanan Jos Leijdekkers.
Dia adalah antara buruan paling dikehendaki di Eropah yang dikaitkan dengan sindiket penyeludupan kokain antarabangsa.
Leijdekkers, 35, yang turut dikenali dengan gelaran 'Bolle Jos' atau 'Jos Gemuk', sebelum ini disifatkan polis Belanda sebagai antara pemain utama dalam rangkaian pengedaran kokain antarabangsa.
Menteri Kehakiman Belanda, David van Weel, berkata keputusan menaikkan ganjaran sepuluh kali ganda itu dibuat kerana ancaman yang dibawa Leijdekkers terhadap keselamatan negara, kedaulatan undang-undang serta ketenteraman perundangan antarabangsa.
Pendakwa raya Belanda pula menegaskan bahawa penangkapan Leijdekkers menjadi keutamaan tertinggi pihak berkuasa, sambil memberi jaminan bahawa sebarang maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan.
Leijdekkers turut tersenarai dalam senarai individu paling dikehendaki oleh Europol, agensi penguat kuasa Kesatuan Eropah (EU).
Pada Januari 2025, polis Belanda memaklumkan mereka percaya Leijdekkers sedang bersembunyi di Sierra Leone dan menggunakan identiti baharu dengan nama Omar Sherrif.
Beberapa gambar yang muncul sebelum ini dikatakan menunjukkan beliau berada bersama Presiden Sierra Leone, Julius Maada Bio, serta beberapa pegawai kanan negara itu.
Belanda telah berulang kali menuntut ekstradisi Leijdekkers, namun Sierra Leone dilaporkan enggan memberikan kerjasama.
Ketegangan itu turut mendorong EU mengurangkan sebahagian bantuan kepada negara Afrika Barat berkenaan.
Afrika Barat sejak sekian lama dikenal pasti sebagai laluan transit utama bagi penyeludupan kokain dari Amerika Latin ke pasaran Eropah.
Pada tahun 2024, sebuah mahkamah di Rotterdam menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun terhadap Leijdekkers secara in absentia selepas beliau didapati bersalah menyeludup lebih tujuh tan kokain.
Selain itu, beberapa siasatan lain yang membabitkannya masih berjalan di Belanda.
Di Belgium, Leijdekkers turut dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 79 tahun atas pelbagai kesalahan berkaitan jenayah terancang.
Pihak berkuasa Belanda menganggarkan beliau meraih keuntungan puluhan juta euro daripada kegiatan penyeludupan kokain, selain menuduhnya terbabit dalam pengubahan wang haram.
Dia juga menggunakan keganasan melampau untuk melindungi operasi jenayahnya. - AGENSI
Langgan:
Catatan (Atom)






