Rabu, 11 November 2026

IRAN MERANCANG DALAM SENYAP


IRAN MERANCANG

DALAM SENYAP

AMIN

CADANGAN TERBAIK MAT SABU


CADANGAN

MAT SABU

TERBAIK

AMIN

WAJIB DIPAKAI

DEMI KEADILAN

AMIN

BANDUAN YANG

SUDAH INSAF DIDAHULUKAN

 KHALAS



Mat Sabu cadangkan peluang tahanan di rumah kepada semua banduan

JASIN: Kerajaan dicadang memberikan peluang kepada semua banduan, menjalani separuh daripada tempoh hukuman di penjara dan bakinya menerusi tahanan di rumah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Ahli Parlimen Kota Raja,  Mohamad Sabu, berkata langkah itu berdasarkan kepada mekanisme perundangan yang adil, telus dan terpakai secara sama rata.

Beliau berkata, cadangan itu perlu diperjuangkan badan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan setiap banduan mendapat layanan saksama tanpa mengira kedudukan, pangkat, pengaruh politik atau latar belakang.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) malah menyatakan kesediaan menyerahkan keseluruhan gajinya sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membiayai usaha NGO yang bersedia menyahut saranan berkenaan.

"Atas semangat terbabit, saya mengharapkan NGO tampil menggerakkan usaha memperjuangkan satu mekanisme perundangan yang membolehkan banduan menjalani separuh daripada tempoh hukuman mereka di penjara dan separuh lagi tahanan di rumah.

"Ini untuk semua banduan berasaskan peraturan yang adil, telus dan terpakai secara saksama.

"Sebagai tanda komitmen terhadap perjuangan ini, saya akan menyerahkan sepenuhnya gaji saya berjumlah RM11,900 sebagai menteri sehingga pembubaran Parlimen penggal ini bagi membantu membiayai usaha NGO berkenaan yang akan menggerakkan perjuangan terbabit," katanya pada sidang media pada Program Himpunan Semarak Tani Bersama Nelayan Melaka di Taman Panglima Pak, Merlimau hari ini.

Cadangan dikemukakan sehari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membatalkan Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda pada 6 Oktober lalu, dengan menggantikan dengan perintah supaya Najib Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat.

Najib akan menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 sebelum kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama bagi menjalani hukuman berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamad turut menyeru NGO termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Majlis Peguam, Persatuan Peguam Syarie serta pertubuhan masyarakat sivil supaya tampil memperjuangkan prinsip kesaksamaan hak setiap warganegara seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, sebarang mekanisme tahanan di rumah tidak seharusnya memberikan keistimewaan kepada individu tertentu, sebaliknya perlu dilaksanakan berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang.

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan itu bukan berpunca daripada sebarang pertikaian peribadi dengan Najib atau anggota keluarganya.

"Saya tidak mempunyai sebarang masalah atau pertikaian peribadi dengan Najib Razak mahupun anggota keluarganya, tetapi saya ingin menegaskan bahawa keadilan dalam negara ini mesti ditegakkan secara saksama tanpa mengira kedudukan, pangkat, pengaruh politik mahupun latar belakang seseorang," katanya.

Mohamad turut mengaitkan pendiriannya dengan prinsip keadilan dalam Islam, yang menegaskan tiada individu boleh dikecualikan daripada pelaksanaan undang-undang hanya disebabkan kedudukan atau hubungan kekeluargaan.

Katanya, prinsip Rukun Negara khususnya kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang perlu terus menjadi asas dalam memastikan keadilan dilaksanakan tanpa diskriminasi.

"Undang-undang mesti adil kepada semua, Perlembagaan mesti dipertahankan untuk semua, keadilan tidak boleh menjadi hak eksklusif golongan tertentu.

"Inilah asas perjuangan kita demi memelihara Perlembagaan Persekutuan, memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi negara dan menjamin keharmonian Malaysia," katanya.

DARI BALKONI


DARI BALKONI 

LE CHATEAU




PETANG INI
 WILAYAH LE CHÂTEAU
 AGAK SUNYI
TIDAK ADA SUARA UNGGAS
JALAN KOSONG
TAK JEM SEPERTI PAGI TADI

TAK TAK
MENJALAR REHAT DI BALKONI
MINAH TIDUR  REHAT
DI BELAKANG
KERSI GUA

HUJAN DAH LAMA BERHENTI
MATAHARI BERSINAR LEMBUT'
LANGIT INDAH 
BIRU BERAWAN OUTIH
TIDAK KELIHATAN AWAN HITAM

MUNGKIN HUJAN PAGI
TIDAK BAWA HUJAN PETANG
MEMBAWA CUACA MOLEK

MALAM NYAMAN SANTAI
UNTUK LEPAK DI MAMAK CAFE
AMIN




PARLIMEN BUBAR LEPAS PRN MELAKA ?

 

LEPAS PRN MELAKA

PARLIMEN DI BUBAR?

KHALAS

ZAHID MAHU PRU16 SEKARANG

 

TAK PERLU

ROMBAK KABINET

AMIN

BUBAR PARLIMEN

ADAKAN PRU16

SEKARANG

AMIN

RAKYAT MAHU

KERAJAAN BARU

KHALAS



Kalau tak puas hati, letak jawatan, keluar kerajaan - Loke

MELAKA: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya meletakkan jawatan daripada Kabinet daripada terus mengkritik Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan meskipun masih berada dalam kerajaan.

Dalam penampilan awam pertamanya selepas melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, Loke berkata, mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan  Anwar bin Ibrahim perlu berpegang kepada prinsip tanggungjawab bersama dengan melepaskan jawatan dalam Kabinet.

"Jika tidak berpuas hati, keluarlah. Jika tidak bersetuju dengan Perdana Menteri, letak jawatan. Saya sudah berbuat demikian. Bagaimana pula dengan anda, sahabat saya?" katanya ketika berucap pada satu ceramah, di sini, malam tadi.

"Setiap hari anda menyuarakan rasa tidak setuju, manakala parti anda menyerang Perdana Menteri siang dan malam dengan mendakwa pelbagai perkara tidak kena. Namun, anda masih kekal dalam kerajaan.

"Setiap Rabu dan Jumaat, anda menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Anwar bin Ibrahim. Apa sebenarnya yang anda mahukan?" katanya.

Loke turut mempersoalkan tindakan pihak yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan dan keputusan berkaitan peruntukan, namun masih memilih untuk kekal dalam pentadbiran.

"Ada parti yang tidak berpuas hati dan setiap hari mengkritik kerajaan, mempersoalkan mengapa kementerian tertentu tidak menerima peruntukan serta membangkitkan pelbagai isu lain. Mengapa mereka masih berada dalam kerajaan? Mengapa mereka tidak keluar?" katanya.

Ahli Parlimen Seremban itu turut menggesa pengundi di Melaka menggunakan undi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi menyampaikan mesej tegas kepada pihak yang mendesak Anwar bin Ibrahim  membubarkan Parlimen bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

"Walaupun ada pihak tertentu memberi tekanan kepada Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen, kita ingin mengingatkan mereka bahawa mandat masih berada di tangan Anwar bin Ibrahim.

"Jika tidak berpuas hati, anda boleh keluar. Walaupun saya sudah meletakkan jawatan sebagai menteri, saya memberi jaminan semua Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong Anwar bin Ibrahim. Beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri," katanya.

Mungkin balas kenyataan Zahid

Walaupun tidak menyebut mana-mana individu secara khusus, kenyataan Loke itu dipercayai ditujukan kepada Pengerusi BN,  Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Zahid dilaporkan berkata, adalah lebih baik Parlimen dibubarkan dan mandat dikembalikan kepada rakyat berbanding melakukan rombakan Kabinet.

Pengerusi BN itu berkata, beliau melihat tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet buat masa ini.


LANTIK PEGUAM NEGARA BARU

 

LANTIK

PEGUAM NEGARA

BARU

AMIN