Rabu, 1 Mei 2013

PENIPUAN YANG DI RANCANG



PENIPUAN YANG
DI RANCANG


Dakwat Tidak Kekal: Mana Jaminan SPR?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menuntut penjelasan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tentang bagaimana dakwat kekal yang digunakan oleh pengundi awal telah didapati tidak kekal. Ini adalah persoalan serius yang menggugat sepenuhnya kredibiliti SPR.

Dengan meletakkan tarikh mengundi awal 5 hari sebelum tarikh mengundi awam, SPR secara tidak langsung memberi jaminan dakwat kekal yang digunakan harus kekal lebih dari 5 hari. Namun tinjauan SAMM mendapati dakwat kekal yang sepatutnya boleh bertahan 5 hari itu hanya mampu bertahan selama 5 minit setelah dibasuh dengan sabun biasa. 

Apakah SPR sengaja menyediakan dakwat kekal berkualiti rendah untuk membantu penipuan pilihanraya? 

SAMM juga mendesak SPR segera menjawab persoalan dakwat kekal ini, termasuk kemungkinan pengundian awal dilangsungkan semula dengan dakwat kekal yang 'kekal'.

Fenomena dakwat kekal yang 'tidak kekal' ini menunjukkan SPR tidak menepati jaminan pilihanraya Bersih sepertimana yang dituntut oleh rakyat. Menifestasi yang ditunjuk rakyat dalam tiga siri himpunan BERSIH sebelum ini akhirnya menjadi sia-sia apabila tiada lagi jaminan pengundian berganda tidak berlaku dalam PRU13.

Pakatan Rakyat sebagai parti yang bertanding terpaksa berdepan 272,387 pengundi awal yang mampu bertukar menjadi pengundi hantu. Ini meletakkan SAMM di seluruh negara bersedia dengan sebarang kemungkinan mengerah kekuatan rakyat melawan penafian demokrasi.


che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia


INI TANDA PENIPUAN
------------

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.akan umbi tak sokong!!bendera boleh dibilang dengan jari jee!!
2.idola sendiri dihambat dari kawasan sendiri!!mana nak sorok muka bila anuar dihambat keluar dari masjid di balik pulau!!mulanya anuar rancang untuk hantar cai tegarnya ni untuk pertahankan dia di permatang pauh!!last sekali keduanya ditolak oleh umat islam di permatang pauh!!
3.maka carila alasan untuk salahkan spr!!
4.tak serik-serik guna akai dikepala lutut!!

Tanpa Nama berkata...

Syabas abg2 dan kakak2 polis dan tentera serta unit berpakaian uniform yg lain... nampaknya kesedaran dalam isu penipuan SPR dan mengkudakayukan pekerja kerajaan ini tidak mematahkan semangat mereka untuk menggulingkan gerombolan.

Gua ada kenal ramai abg2 tentera yg lebih kuat berkempen dan menghasut rakyat supaya mengundi PR... Kempen2 mereka ini lebih hebat dari TT malah memalukan gua sendiri melihat kesungguhan yang ada pd mereka..

Sekalung tahniah untuk mereka yang bersungguh2 nak membetulkan kerajaan BN yang mereng ini. Mereka telah lama dipermainkan UM dan BN... sudah tentu inilah satu2nya cara terbaik untuk membela nasib diri dan keluarga. Berdoa tak memberikan kejayaan kerana usaha tak seberapa.

hasilox berkata...

Salahlah. Ini bukan dakwat sebarangan. Jari tu sepatutnya dibalut dengan beg plastik. Tak boleh didedah kepada udara juga. haha

Tanpa Nama berkata...

TT,
kalo buat report pon , boleh ker Polis selesaikan kes ni sebelum mengundi ni ? kalau setakat report , memang polis ni akan siasat tapi tunggu PKR menang la , kalo PKR kalah memang tak kan nye nak siasat...

Bentara Yusoff berkata...

Tiada apa yang kekal di dunia ini.....

Tanpa Nama berkata...

pak isham,

ni alasan depa.

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=946577

logik ke salahkan botol dakwat tak di goncang punca dakwat leh luntur cepat? dah tu, petugas spr tu semua makan gaji buta? goncang botol kerja susah ke? goncang lanchow rajin pulak! cilanat!!

Tanpa Nama berkata...

pak tt,

nanti SPR jawab, tiada yang kekal di dunia yg fana ini...

kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Pakai ibu sirap pun 3 hari baru hilang. Ni dakwat kejadah ape ni yang tak sampai 5 minit dah hilang?

razali berkata...

Setelah melihat banyak penipuan yg di lakukan oleh SPR...sy rasa penipuan SPR adalah penghianatan kpd rakyat.Pastikan kepala-kepala SPR ini menjadi golongan pertama yg kita heret ke muka pengadilan dan hukum seberat-berat hukuman...agak2, hukuman bagaiman yg paling cocok utk malaun-malaun ini?

Tanpa Nama berkata...

Rejam dgn batu....utk kepala2penghianay bangsa malaysia ni...anjing syaitan yang d kenali@mahataik@taukey arak@ic projek...

Tanpa Nama berkata...

Hukum sula je puok ni... Semua jd Barua BN.. Beruk Natang... Perangai setan di kenali... Kih.kih.kih.