Rabu, 15 April 2015

JENG JENG JENG






 IKUT ARAHAN
SIAPA?  

KOMENTAR
1 - siapa arah sirul & azilah bunuh altantuya
2 - siapa upah sirul & azilah bunuh altantuya

dua soalan ini menuggu jawapan

kenyataan dari MUSA HASSAN ini amat penting
masa pembunuhan altantuya berlaku
musa hasan menjawat ketua polis

implikasi kenyuatan ini amat luas
mendobrak ke akar umbi
kes pembunuhan
dan keterlibatan razak baginda
keterlibatan najib razak
keterlibatan pegawai najib

bekas ketua polis negara
tidak membuat kenyataan
secara membuta tulis


FAKTA 
sirul dilaporkan berkata
ada kertas siasatan 
hasil soal siasat awal
laporan soal siasat ini
ada dalam tangan PDRM

justeru
MUSA HASSAN tahu sesuatu
yang mahathir dan kita semua
tidak tahu

NOTA
kuasa - rasuah - sex - minah cun - pembunuhan
ini adalah skrip untuk  reza aziz
filem baru yang wajib ditulis
THE WOLF OF PETALING STREET




Siasat semula kes Altantuya, Mahathir tak salah menyoal, kata Musa Hassan


Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dilihat memihak kepada Mahathir Mohamad dalam gesaannya agar pihak berkuasa menyiasat semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Katanya, bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya disalahkan ataupun dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan seperti desakan beberapa pihak, hanya kerana bertanya mengenai kes pembunuhan tersebut.
"Sekarang ini  Mahathir tidak melakukan kesalahan. Nak siasat beliau (Mahathir) kenapa?
"Beliau ( Mahathir) hanya tanya, siapa yang memberi arahan (pembunuhan Altantuya)? Adakah itu dianggap hasutan?
"Beliau hanya nak tahu siapa mengarah. Jadi, siasatan kalau boleh, menjuruskan kepada untuk mendapat jawapan, ataupun siapa yang mengarah," katanya kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Terdahulu, beliau menulis di laman Twitternya @TSMusaHassan mengatakan, pihak polis perlu membuka semula kes itu, walaupun mahkamah sudah mensabitkan kesalahan, agar segala pertanyaan perdana menteri paling lama berkhidmat itu terjawab.
Kata Musa menerusi tweetnya,  Mahathir langsung tidak melakukan kesalahan apabila mengeluarkan kenyataan menggesa pihak berkuasa menyiasat kes itu.
" Mahathir tidak melakukan kesalahan beliau menyuarakan pertanyaan harap penyiasatan polis dapat menjawab segala pertanyaan Tun," kata beliau yang merupakan ketua polis negara semasa pembunuhan itu berlaku pada Oktober 2006.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siasat-semula-kes-altantuya-dr-m-tak-salah-menyoal-kata-musa-hassan#sthash.adF1cXcS.dpuf


JENG JENG 

JENG


woit
 yang bercakap ini
bekas ketua polis negara
bukan 
bekas ketua twiter negara
kah kah kah
APA JAWAPAN KTN



----------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

filem baru sepatutnya dinamakan sebagai 'Fifty Shades of Mat Mongol'....