ANAK RAZAK
atau
CUCU RAZAK
.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
NAJIB TIDAK
SELAMAT
Minggu
ini diwarung, dirumah, dalam portal media, dalam blog, dalam media
sosial dan dialam siber – diseluruh negara rakyat sedang bertanya
tiga soalan:
1-
Bolehkah Najib Razak menyelamatkan diri?
2-
Berapa lama Najib Razak boleh bertahan?
3-
Siapa akan ganti Najib Razak?
Tiga
soalan ini muncul kerana Mahathir Muhamad yang pernah menjadi Perdana
Menteri Malaysia selama 22 tahun telah mengeluarkan dua pertanyaan
kepada Najib Razak:
1
– Siapa beri arahan kepada Sirul dan Azilah?
2
– Siapa upah Sirul dan Azilah bunuh Altantuya?
Politik
Malaysia menjadi hangat semenjak dua soalan ini terhambur dari mulut
Mahathir. Dua soalan dari Yang Amat Mulia Tun ini telah
mengoncangkan tiang dan sendi United Malaya National Organisation.
.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Jangan
lupa - pembunuhan Altantuya ini bersangkut rapat dengan kes rasuah
pembelian kapal selam Scorpene. Ketika jual beli ini dijalankan
Najib menjawat Menteri Pertahanan. Skandal kapal selam ini
dihebohkan kerana syarikat Peranchis ini telah mengeluarkan
berjuta-juta ringgit 'duit saku' agar jual beli ini berjaya.
Justeru
kerana duit saku dan Minah Cun inilah yang menjadikan dua soalan
dari Mahathir Muhamad bukan bertaraf ledakan C4 tetapi ledakan
'bom nuklear'. Ledakan ini menyebabkan Najib Razak menjadi gelabah
dan hilang pedoman. Dan berkemungkinan akan menelan prozac kalau air
ketum tidak dtemui.

Tindakan
anak-anak muda ini bukan sesuatu yang memeranjatkan. Sayugia
diingatkan bahawa majoriti warga Malaysia TIDAK lagi menyokong
United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya. Sebanyak 52%
rakyat Malaysia telah mengundi Pakatan Rakyat. Dalam PRU13 yang lalu
dari segi fakta Pakatan Rakyat telah menang. Gerombolan parti
Ketuanan Melayu hanya mendapat 47% undi rakyat. Gerombolan ini terus
berkuasa hanya melalui penipuan yang telah diurus atur oleh SPR.
Sabaik
sahaja pertanyaan dari Mahahir diumumkan – Najib Razak mula
mendapat tekanan. Najib diminta untuk menjawab pertanyaan dari Yang
Amat Mulia Tun. Rakyat satu Malaysia ternanti-nanti akan jawapan
Najib. Kutukan memperlekeh Najib muncul silih berganti dalam media
sosial kerana rakyat tidak sabar menunggu jawapan. Malah dalam parti
United Malays National Organisation sendiri tekanan telah mula
datang agar Najib menjawab pertanyaan dari Mahathir.

Fakta
dan data terkumpul selama ini telah menunjukkan dengan jelas akan
perangai Najib Razak. Dalam banyak persoalan politik negara yang
amat penting Najib Razak menjadi batu. Tidak berkata apa-apa. Tetapi
dalam kes Altantuya ini mustahil Najib dapat membatu. Satu dunia tahu
bahawa Altantuya ini adalah bekas ' penyedap ' Najib yang terlibat
dalam jual beli Scorpene. Malah di Paris kes Najib masih lagi dalam
siasatan. Akhbar dunia terus tertarik dengan kes sex, rasuah dan
pembunuhan.
Satu
minggu lebih sesudah Mahathir bertanya, barulah Najib menjawab.
Jawapan Najib diatur susun oleh stesen TV3 - stesen milik gerombolan
Ketuanan Melayu sendiri. Belum pun terhurai jawapan Najib – satu
Malaysia telah heboh memperlekehkan temubual ini. Ini kerana temu
bula ini diumumkan sebagai rakaman bukan siaran langsung.

Lalu
timbul persoalan hakiki: Selamatkah Najib Razak?
Secara
hitam puteh saya merakamkan disini bahawa hari hari akhir untuk Najib
semakin hampir. Tali gantung semakin merapati Najib. Saya sedar ada
kumpulan dalam Pakatan Rakyat mahu Najib terus menjadi PM. Najib
memiliki banyak skandal. Najib memiliki Rosmah yang kini sedang
menjadi beban yang amat berat untuk United Malays National
Organisation. Najib dan Rosmah senang untuk diserang dalam PRU14.
Biar
saya katakan disini secara terbuka. PRU14 ini pun - dengan Najib
atau tanpa Najib tetap akan dimenangi oleh United Malays National
Organisation. Pilihanraya ini tidak ada sangkut paut dengan siapa
memimpin parti Ketuanan Melayu. Ini kerana yang dilawan oleh Pakatan
Rakyat bukan parti United Malaya National Organisation tetapi SPR dan
lembaga-lembaga daulah yang menjadi alat untuk mempertahankan kuasa
yang sedia ada. Justeru Najib atau Rosmah BUKAN agenda dalam PRU14.

Justeru,
Najib jelas dilihat TIDAK selamat kerana Muhyiddin Yassin , Zahid
Hamidi , Shafie Afdal dan Hishammuddin Hussein – tidak keras
menangkis serangan Mahathir Muhamad. Empat watak ini adalah watak
utama dalam struktur United Malays National Organisation. Shafie
Afdal terus terkunci mulutnya. Muhyiddin dan Zahid ada bersuara –
saperti suara dalam tandas – bersuara untuk memberihau bahawa '
ada orang didalam' – tidak lebih dari itu.
Paling
memeranjatkan ialah sikap sepupu Najib sendiri – Hiahammuddin
Hussein. Menteri Petahanan ini dikatakan menjadi 'calon impian Najib'
jika Najib berundur. Nampaknya mimpi dan harapan Najib ini tinggal
kosong. Sepupu Najib ini amat malas bersuara. Malah tidak diketahui
sama ada Mamat ini lalang atau batang pisang.
Suara-suara
lain - Tengku Adnan, Shahidan, Shahrizat – hanyalah suara latar
yang tidak akan mengubah apa-apa. Suara-suara ini hanya tinggi
bunyinya sadikit dari suara sokongan dari Mat Ezam, Lokman Adam,
Roslan Kassim atau Zahid Mat Arif.
Saya
bagitu yakin Najib akan diundurkan. Gerakan #KitaLawan telah
memberikan tamparan yang kuat terhadap Najib. Hampir setiap petang
Sabtu – selama dua bulan - anak muda telah turun berdemo di Sogo
menuntut Najib dan Rosmah berundur. Demo #KitaLawan ini telah
mempengaruhi orang ramai untuk menerima hakikat bahawa Najib Razak
wajib diundurkan. Terbukti anak muda #KitaLawan telah lebih awal
membuka gelangang memecah ruyung menolak Najib lebih awal dari
Mahathir Muhamad.
Jangan
silap baca dan jangan terlepas pandang. Demo #KitaLawan ini juga
telah mempengaruhi media luar negara. Kini media luar negara telah
mengambil sikap bahawa Najib bin Razak ini adalah pemimpin yang amat
lemah. Najib pernah berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Kini bukan sahaja Najib mungkir janji malah membawa Malaysia ke
zaman yang amat gelap dengan pelbagai akta-akta baru yang lebih zalim
dari ISA.
Akhirnya
bukti soheh Najib akan diundurkan muncul pada 11 April 2015 dalam
betuk satu tulisan dalam majalah The Economist. Ini tulisan dalam
bahasa Inggeris sama saperti nama parti Ketuanan Melayu. Biar saya
terangkan apa dia majalah ini dan apa peranan The Economist ini.

Penganut
Hindu ada kitab Bhagavad Gita, penganut Yahudi ada kitab Taurat,
penganut Kristian ada kitab Injil dan penganut Islam ada kitab Quran
– kaum pemodal Anglo-Amerika ada kitab The Economist. Hakikatnya
The Economist ini adalah majalah rukun iman kaum kapitalis.

Justeru
– minggu lepas The Economist telah mengakhiri artikle itu dengan
ayat : “It is time to call Najib out”.
Maka
saya amat yakin seruan itu adalah satu pedoman untuk kaum pemodal
Anglo-Amerika. Seruan ini memberitahu bahawa masanya telah sampai
untuk parti United Malays National Organisation mencari pemimpin
yang baru. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

-----------------
3 ulasan:
YAMTun
gambar amat sempoi.........
kah..kah...kah.....
The Economist ini adalah majalah rukun iman kaum kapitalis.kah...kah...kah...
TT buat lawak hari Rabu.kah...kah...kah...
Suara dalam tandas...kah...kah...kah...
Bagaimana pula suara takut bini?kah...kah...kah...
Catat Komen