Rabu, 5 Ogos 2015

LAIN MENCURI LAIN KENA TANGKAP







NAJIB MENCURI GWA KENA TANGKAP

Berapa kali gwa sudah cakap Malaysia ini negara Dunia Ketiga. Dalam negara Dunia Ketiga macam Malaysia - semua boleh berlaku - semua boleh berjalan. Yang pelik jadi benar. Yang benar jadi salah. Yang mutahil tidak akan wujud tetiba  wujud depan mata.
Nama Altantuya tetiba hilang dari data imigrisen. Cari punya cari tetapi tak jumpa. Fakta  bila Minah Mongolia ini mendarat di KLIA kita tak tahu. Pelik bin Hairan. Tapi ini Malaysia. Berapa kali  gwa mahu cakap.

Najib yang dituduh curi duit 1MDB - gwa pulak yang ditangkap. Gwa pulak masuk lokap Jinjang.  Gwa pula yang dituduh anti demokrasi. Yang dituduh mencuri tidak ditangkap. Gwa yang menuduh jangan curi - gwa kena tangkap. Ini Malaysia. Berapa kali gwa mahu cakap.

Kita jangan silap apabila membaca politik Malaysia. Malaysia negara kita  ini adalah negara dan Dunia Ketiga. Memang betul kita ada LRT, memang betul kita ada KLIA, memang betul kita ada KLCC - semua betul. Tetapi semua ini hanylah infrastruktur - semua ini bangunan. Bangunan-bangunan ini bukan lembaga yang melahirkan nilai tamadun - budi bahasa.

Nilai tamadun yang gwa maksudkan ini adalah nilai menghayati salah  benar. Nilai apa yang betul dan apa yang tidak betul. Dalam  agama nilai ini diistilahkan kepada apa yang halal dan apa yang haram atau dilarang.

Kes dana 1MDB ini membukakan pekong kita semua. 1MDB ini adalah pekong  yang terpampang dimata. Pekong ini  sedang memaksa kita menilai diri kita sendiri. 1MDB sedang memaksa rakyat Malaysia memilih antara kejujuran dan  pembohongan. Antara kebenaran dan kekufuran. Antara yang hak dengan yang batil.

Memang betul sebelum kes  1MDB meledak terbuka ada kes Bank Bumiputera Hong Kong (1983), kes Perwaja (2002), kes PKFZ (1999). Tetapi 1MBD ini bukan Bank Bumi, bukan PKFZ . Hakikatnya Bank Bumi, PKFZ, PEWAJA - semua  adalah rompakan harta negara. Tetapi amat berbeza dengan rompakan  1MDB.

1MDB ini kes penyundalan yang maha besar. Kes penyundalan duit orang ramai yang maha hebat.  Jumlah yang amat amat memeranjatkan. Sebanyak 42 bilion ringgit lesap gelap. Ini  satu rompakan sundal  yang dikatakan oleh media ianya  dirancang oleh dua makhlok laki bini  - Rosmah dan Najib.

Dua makhlok ini bersekongkol dengan seorang jantan China bernama  Jho Low. Dua makhlok ini dibantu juga oleh pelbagai jenis manusia - ada yang berDatuk, ada berTan Seri, berijazah dan berdiploma - berbijak dan berpandai dalam hal jual beli.

Jantan Jho Low ini dibantu pula oleh jaringan ahli perniagaan yang ‘luar dari biasa’  untuk mengendalikan  satu rompakan yang teratur dan tersusun. Licik dan resmi -  siap dengan surat bersurat yang legit. Termasuk nama Bank dan Syarikat Guaman yang gah. Memang bukan kecik anak punya kerja. Ini rompakan bergenre global yang sering dilakukan oleh ‘perompak suci’ keatas negara Dunia Ketiga.

Hasilnya - bukan Mak Cik Felda saja yang tidak faham salasilah dan susur galur perjalanan berjuta bilion duit 1MDB ini. Gwa sendiri pun tidak memahami secara tuntas. 

Ini kerana rompakan ini berjalan dalam  bentuk perniagaan yang licik. Diatas kertas perniagaan ini dilihat resmi. Ia bermula  dari  Terangganu - ke Kuala Lumpur ke Dubai, ke Saudi, ke Swizerland, ke London, ke New York dan akhirnya  ke dalam bank akaun AmBank no : 211-202-201-1880 dan 211-202-201-1906. 

Akuan di AmBank ini telah menerima duit sebanyak 700 juta dolar Amerika bersamaan dengan nilai 2.6 bilion ringgit Malaysia. Akaun ini mengikut laporan media dimiliki oleh seorang lelaki bernama Najib Razak. Berapa kali gwa mahu cakap tapi lu tak percaya.

Lelaki bernama Najib bin Razak diatas kertas disahkan sebagai suami kepada  Rosmah Mansor. Lelaki yang bernama Najib Razak ini juga sah bekerja sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keewangan Malaysia. Najib Razak ini juga sah bertugas sebagai Pengerusi  Lembaga Penasehat 1MDB.  


Dari sini gwa mula faham dan jelas. Gwa harap pembaca juga akan mula faham. 

Number akaun pribadi di AMBank itu sah dimiliki oleh Najib bin Razak. Berapa kali gwa mahu cakap.Lu masih tak percaya ke?

Ada dua pekara yang wajib gwa terangkan disini. Pertama: Membuka bank akaun di AmBank atau di mana-mana bank bukan satu jenayah. Kedua: Menerima masuk duit dalam bank akaun pribadi BUKAN satu jenayah. 

Kalau semua bukan jenayah - apa yang menjadi kesalahan Najib Razak? Sabar dulu nanti gwa jelaskan.

Apa yang memeranjat ialah pada 4 Julai 2015 MalaysianInsider telah melaporkan berita  satu serbuan yang telah dijalankan atas arahan  Peguam Negara keatas anak syarikat 1MDB. Anak syarikat ini ialah - SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. 

Peguam Negara bersama SPRM, PDRM dan Bank Negara adalah badan resmi yang ditubuh sebagai Badan Petugas Khas untuk menyiasat  kes 1MDB termasuk kes duit masuk ke dalam akaun  pribadi Najib Razak.

Kerana itu gwa merasa pelik. Gwa tak tahu apa pun tentang syarikat-syarikat  ini tapi gwa pulak kena tangkap dan masuk  lokap Jinjang.  Lu masih tak percaya lagi?

Bila Badan Pertugas Khas ini diwujudkan gwa tak tahu. Tetapi apa yang gwa tahu badan ini mula mendapat liputan media tempatan apabila sebuah  akhbar - The Wall Street Journal (WSJ) yang  berpusat di New York membuat laporan tentang Malaysia. Laporan ini antara lain telah menunjukkan duit sebanyak 700 juta dolar  telah masuk ke dalam bank akaun Najib Razak.

Rupa-rupanya Najib Razak yang dimaksudkan oleh WSJ itu ialah Perdana Menteri Malaysia. Maka Najib Razak meledak marah. Najib mahu menyaman akhbar WSJ ini. Heboh satu Malaysia. Lebih heboh dari Jom Heboh. Tapi nampaknya  heboh Najib ini hanya ‘ hot hot chicken shit’ - hangat hangat tahi ayam. Sampai hari ini  Najib Razak TIDAK menyaman akhbar Wall Street Journal. 

Jika TIDAK disaman maknanya apa yang ditulis oleh WSJ adalah betul, tepat dan bukan fitnah atau tohmah. Kalau fitnah atau tohmah pasti Najib Razak yang dibogelkan oleh WSJ sebagai penyamun dan perompak dimata dunia akan  menyaman.

Itu pasal gwa hairan kenapa gwa kena tangkap. Duit berbilion bilion masuk ke akaun Najib Razak - kenapa gwa kena masuk lokap Jinjang? Lu sudah faham sekarang?

Membuka bank akaun tak salah. Masuk duit dalam bank akuan tak salah. Jadi apa sebenarnya  yang salah. Apa kesalahan Najib Razak yang bagitu besar hinggakan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yasin diterajang keluar. Muhyiddin diterajang keluar kerana mahu  bertanya secara terbuka - tentang duit  1MDB 2.6 bilion ringgit yang hilang lesap.

Kesalahan Najib Razak ialah PECAH AMANAH. Kes 1MDB ialah kes pecah amanah.

Bukti kesalahan ini telah ditemui dan dikumpulkan  oleh Badan Pertugas Khas. Duit 700 juta dolar atau 2.6 bilion ringgit  yang masuk ke dalam akaun Najib ini berpunca  dari anak syarikat 1MDB. Syarikat 1MDB ini milik kerajaan maka anak syarikat 1MDB juga pastilah milik kerajaan. Syarikat milik kerajaan bermakna  duit modal menubuhkan syarikat 1MDB ini  datang dari kita semua - dari duit cukai rakyat.  

Adalah satu kesalahan pecah amanah jika duit syarikat -  milik kerajaan atau milik swasta  - masuk ke dalam akuan pribadi kita - selain dari gaji atau menerima upah. 

Mustahil 2.6 bilion ringgit ini duit gaji Najib Razak yang bertugas sebagai sebagai  Pengerusi  Lembaga Penasehat 1MDB.  Lalu gwa bertanya berbilion masuk ke dalam akaun Najib kenapa gwa pulak masuk lokap?
Pada ketika gwa menulis tulisan ini Najib Razak untuk sementara waktu telah selamat. Najib telah menendang Muhyiddin Yassin dan melantik Zahid Hamidi sebagai ganti. Badan Penyiasat Parlimen - PAC -  juga telah ‘ dirosakakn ‘ oleh Najib. Empat ahlinya telah dilantik  masuk  menjadi Menteri. Peguam Negara telah diberhentikan secara tetiba. 

Tetapi yakinlah kes 1MDB ini tidak akan hilang dari tajuk perbincangan  orang ramai. Semua orang akan terus bertanya duit sebanyak 2.6 bilion ringgit itu ke mana hilangnya? 

Biar gwa berkesah  - gwa ditangkap salepas gwa  makan dim sum di  Section 14 Petaling Jaya. Gwa ditahan betul betul depan restoran. Kali ini gwa tidak diculik. Yang menangkap gwa Pegawai Polis yang gwa kenal. Pegawai ini telah tiga kali menangkap gwa. Dia ini dari tim Tukang Tangkap

Gwa dimasukkan dalam sebuah kereta besar. Duduk dibelakang gwa  seoarang Mamat India dengan alat kamera. Gwa diapit oleh dua jantan berbadan besar - kiri Jantan India - kanan Jantan Melayu Pegawai Tukang Tangkap duduk disebelah pemandu. Semua polis pakai baju biasa.

Dalam perjalanan ke Rumah Pasong Petaling -  sambil ketawa sambil bermesra gwa diminta terangkan ke mana perginya duit 2.6 bilion ringgit itu?

Gwa mula tak percaya. Gwa ingat polis yang menangkap gwa ini semua sokong Najib. Gwa salah. Mereka pun hairan dan tertanya-tanya kemana lesapnya 2.6 bilion ringgit. Kenapa yang mencuri tidak ditangkap. Kenapa gwa pula ditangkap? Lu tak caya? Lu jumpa pois lu tanya sendiri. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dlam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar minggun ini
sila pukul talipon:
03-92-21-3-45
-----------

7 ulasan:

Panglimo potaseh berkata...

Aku nampak muko Melayu, Cino, Koling, Bengali ... Orang Asli bolom sampai sobab ketingalan bas kek Klawang ... tapi muko itamlogam Eeeeee mano.

Dahlah lain tanyo, lain jawabnyo.
Orang lain yang curi, lain yang kono tangkap.
Nanti kesudahan nyo, bangso lain yang berjuang, Eeeeee dapek namo dan pangkat.

Tanpa Nama berkata...

Gila haper TT ni..tak kuase aku nak jumpa polis2 ni..

Duit cukai dari gaji aku, bertujuan nak suruh derang jaga keamanan dan buat kerja yg netul... Bukannya buat2 trick salah tangkap.

Tanpa Nama berkata...

Haji adi haji aron percaya berita ni tak msk akal manusia akil baligh.
Derma àdahlah sunat sapa bagi dapat pahala. Yg bagi lebih baik dari menerima.
Sebab tu bpr kata tak pa. Wlau dlm undang2 yg digezet tulis ternasuk salah satu aktiviti rasuah.
Lagi pun undang2 ni tak islamik dan sekular jadi tak sah utk dakwa.

Tanpa Nama berkata...

janji masyuk...

usd700juta masyuk akaun najib
tt masyuk lokap dg Wangi...

masyuk tetap masyuk...

Tanpa Nama berkata...

Kepala Otak!!!!!!

Lahanat pun masok KUBOR jugak.

Tunggu dan Lihat saja.

Mek berkata...

Persoalan yang sama bermain di fikiran Gwa sejak hari sabtu lepas. Najib yang curi duit 2.6 billion apasal Lu pulak yang kena tangkap TT? Mungkin ini cara Bik Mama menyatakan kerinduan pada Lu. Kah kah kah...

azam berkata...

Hadi & harun jin dah online dengan allah
najib kena dibuktikan bersalah dulu
walaupun hakim, polis & peguam negara di bawah kawalan beliau
TT kena tibai dulu agen allah 2 ekor ni sampai tumbang