Rabu, 4 November 2015

PASAK KEPONG DAN KAWAL








PASAK KEPONG DAN KAWAL


Pada bulan April 1511 Alfonso de Albuquerque sampai ke Melaka dengan  18 buah kapal perang  dan 1500 orang soldadu. Tujuan kedatangan Benggali Puteh ini ialah untuk  mengepong dan menawan kota Melaka. Dengan tertawannya kota Melaka maka segala perniagaan rempah rampai di Eropah jatuh ke tangan Portugal.

Ini berlaku  500 tahun dahulu ketika Portugal angkuh sebagai kuasa imperialis. Ini sebelum kemuculan kuasa imperial Belanda dan Inggeris.   Ini dizaman ‘ mencantile capitalism’ -  di era permulaan perkembangan sistem ekonomi kapitalis.

Sistem ekonomi kapitalis berubah dan berkembang. Kuasa imperial lama - Portugal dan  Belanda dikalahkan oleh kuasa imperial baru - kuasa British. Kuasa kolonial British berjaya menawan 3/4 wilayah dunia. Britain menjadi Great Britain yang kaya raya dengan harta kekayaaan yang dipunggah dari seluruh pelusuk bumi.

Sejarah kapitalisma berubah. Kuasa kolonial  British digantikan pula  oleh kuasa kolonial Amerika. Ini kuasa imperial baru  yang lahir sesudah Perang Dunia Kedua. Dari Samenjak berakhirnya Perang Duna Kedua hingga ke hari ini  majoriti rakyat dunia dibawah taklok Empire Amerika.

Dari permulaan sejarah manusia - perang bertujuan untuk menawan wilayah, merampas harta kekayaan , mencari pasaran dan buruh. Melaka ditawan Portugis kerana kota ini tempat jual beli rempah ramai tersohor dalam dunia ketika itu.

Perang membuktikan kekuatan dan kuasa. Dalam sistem ekonomi kapitalis perebutan ekonomi ini akan berterusan. Justeru selagi sistem kapitalis ini wujud - perang akan terus ada. Perang bertujuan untuk membuktikan siapa yang lebih berkuasa.

Dalam sistem ekonomi kapitalis bala tentera siapa yang  gagah akan berkuasa. Dengan kuasa boleh memiliki kekayaan. Kuasa ialah memaksa orang lain untuk menerima  atau memakai atau membuat sesuatu yang mereka tidak ada hak memileh atau menolak.

Pada ketika ini Tanah Melayu sedang dipaksa oleh Amerika Syarikat untuk menerima Perjanjain TPPA. Pemaksaan berjaya dilakukan apabila Parti Ketuanan  Melayu yang bernama United Malays National Organisation  telah bersekongkol dan bersubahat dengan kuasa imperial Amerika Syarikat. 

Sama saperti sejarah Melaka 500 tahun dahulu ketika diserang oleh Portugis. Serangan pertama Portugis gagal. Melaka hanya berjaya dikalahkan dengan serangan kedua  apabila ada pembelotan.

Pada ketika ini sekali lagi pembelotan berlaku di Tanah Melayu. Bani Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu  sengaja tidak disedarkan tentang apa butiran  Perjanjian TPPA.  Bani Melayu tidak sedar bahawa Tanah Melayu termasuk Bani Melayu  sendiri sedang diikat dan dibungkus  untuk dijual secara borong kepada  syarikat koprat  antarabangsa. 

Sabelas buah negara - Australia, Brunai, Canada, Chile , Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam - sedang diancam dan dipaksa oleh Amerika untuk bersetuju menanda tangani Perjanjian TPPA.  Saperti yang telah saya katakan - perjanjian ini adalah  satu perjanjian rahsia dimana warga negara di sebelas negara ini TIDAK mengetahui secara terperinci isi kandungan perjanjian ini.

Sebelas negara ini amat penting untuk kaum kapitalis antarabangsa. Mereka menghasilkan 40% pengeluaran GDP ekonomi dunia, 30% ekspot global dan 25% impot global.

Dalam dua tulisan saya yang lalu telah diterangkan latar belakang kemunculkan TPPA ini.  Kali ini saya ingin memberi pencerahan kepada Bani  Melayu apa sebenarnya tujuan  Amerika memaksaa 11 buah negara menandatangai perjanjian rahsia ini.

TPPA ini wajib difahami bersama dengan strateji Pasak Asia/Pivot Asia. Dua pekara ini ikat berikat - macam isi dengan kuku.

Pada tahun 2009 - Bill Clinton telah memperkukuhkan pengkalan tentera udara  dan laut Amerika di Guam, Pilipina dan di Jepun. Clinton juga telah bersekongkol dengan Singapura untuk  mendirikan pelabuhan yang membolehkan  kapal perang Amerika berlabuh di Changi Singapura.

Apabila Obama masuk ke Rumah Puteh  untuk kali kedua pada tahun 2012  - Obama telah mengeluarkan  stratiji yang dipanggil Pivot Asia atau PASAK ASIA

Presiden Obama telah menerangkan dasar Pasak Asia adalah dasar pertahanan Amerika yang baru. Pasak Asia akan memusatkan  3/4 bala tentera Amerika  ke Asia dan Asia Timur. Ini bermakna Amerika akan mengurangkan dan memindahkan  bala tenteranya dari  Timur Tegah dan Eropah. Pasak Asia akan membawa bala tentera laut, darat dan udara Amerika ke Asia dan ke  Asia Tenggara.

Pada ketika ini Amerika mula melihat dan mengintai-intai  kembali pengkalan udara dan laut di Asia Tenggra. Ketika Perang Vietnam   berjalan ( 1961-1975) - Siam dan di Pilipina, dua negara Asean telah menjadi wilayah loncatan Amerika untuk menyerang Vietnam. 

Di Siam Amerika telah menggunakan lapangan terbang Udon dan Korat. Manakala di Pilipina Amerika menggunakan lapangan terbang Clark dan pelabuhan tentera di Subic Bay untuk menyerang VIetnam.

Amerika juga mahu menggunakan kembali pelabuhan tentera laut Cam Ranh di Vietnam.  Amerika dan Vietnam yang  berperang satu ketika dahulu kini telah mula berbaik-baik. Semua ini adalah Pasak Asia.

Tujuan Utama Pasak Asia ini ialah  mengepong  Tanah Besar China.  Amerika menggunakan dua bentuk strateji untuk meminggir dan mengepong China - ekonomi dan tentera. Pertama: dengan ekonomi  melalui Perjanjian TPPA. Kedua: melalui kekuatan tentera melalui Pasak Asia.

China pada ketika ini dilihat oleh Amerika dalam dua kaca mata. Satu segi sebagai rakan niaga yang berpotensi membawa bahaya. Kedua China akan menjadi pesaing dari segi ekonomi dan ketenteraan bukan sahaja di Asia tapi  secara global.

Hakikatnya hari ini China telah menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika.  Ekonomi Jepun telah jatuh ke number tiga. China berpotensi untuk menjadi kuasa hegemon yang akan menjadi kuasa imperial menggantikan Amerika.

Dengan pertumbuhan ekonomi dan pasaran yang kuat dan besar China telah mula memperlihatkan keberanian. China sedang memperluaskan pengaruh di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Melalui ekonomi yang kuat China telah  dibaca oleh Amerika  sebagai  mengembangkan sauh mencari tanah jajahan.

Wilayah pertama yang sedang menjadi medan perebutan ialah di Laut China Selatan. Mengikut risikan satelit Amerika , China sedang mendirikan pelabuhan tentera laut yang besar di Pulau Spratly. Wilayah kepuluan ini juga diklim oleh Vietnam, Pilipina dan Malaysia.  Justeru 3 negara ini menjadi penting dalam Pasak Asia dan TPPA.

Dalam persaingan ekonomi antara China dan Amerika ini - dunia sedang melihat munculnya negara-negara BRIC  yang berani bangun untuk menandingi kuasa hegemoni Amerika. BRIC ialah Brazil, Rusia, India,  China dan Afrika Selatan. Negara-negara Bric ini telah menjadi satu kelompok ekonomi yang mendapat sokongan dari  China yang kaya dengan simpanan  dolar.

China juga telah menubuhkan AIIB - Asian Infrastruture Investment Bank dengan pelaburan sebanyak 1 Trilion Yuan. Bank ini berpotensi  untuk menandingi Asian Develppment Bank -  milik Bank Dunia. AIIB ini akan menjadi alternatif  kepada Internatiopnal Monetary Fund.

China juga sedar bahawa Amerika sedang mengepong China melalui TPPA. Justeru untuk memecahkan kepongan itu China telah mewujdukan  RCEP - Regional Comprehensive  Economic Partnership.  Sepuluh negara Asean telah menjadi ahli bersama India,  Korea Selatan,  Jepun, Australia dan New Zealand. Amerika Syarikat TIDAK dijemput.  Sama saperti Amerika tidak menjemput China dalam TPPA.

Jelas - semua ini adalah persaingan yang amat sengit. Grand Finale persaingan ini pastilah perang. Dan Laut China Selatan akan menjadi medan utama. China, Amerika, Malaysia, Pilipina dan Vietnam bukan berebut mencari kerang atau hak memasang lukah. Apa yang direbut di Laut China Selatan bukan ikan pari atau tenggiri tetapi minyak mentah dan gas yang masih tersimpan dalam perut bumi.

TPPA dan Pasak Asia ini adalah strateji berjangka panjang Amerika. Empire Amerika sedang membuat persediaan. Amerika sedar akan potensi BRIC. Amerika juga sedar tentang kerjasama antara Rusia dan China.

Pada satu ketika dahulu - ketika Perang Dingin -  China dan USSR dari blok Sosialis bertelagah tentang idealoji. Mereka bermusuhan dari segi membaca Marx dan Lenin.  Sesudah runtuhnya USSR  kelihatan China dan Rusia menjadi intim. Dua negara ini bukan sahaja membuat perjanjian perniagaan  yang maha besar. Malah China dan Rusia juga membuat perjanjian pertahanan.

PLA - People Liberation Army China telah  memberi kawad hormat di Victory Parade di Red Square Moscow pada May tahun ini. Dalam bulan September  tahun ini  Tentera Merah Rusia telah juga berkawad di Bejing untuk menyambut  ulang tahun ke 70 kemenangan China mengalahkan Jepun.

Di podium ialah Vladimir Putin yang  diapit oleh Presiden China Xi Jinping. Semiotiknya cukup jelas bahawa Rusia dan China kini telah menjadi negara ‘abang adik’. Semiotik ini jelas ditujukan kepada Obama dan kuasa imperial Amerika.

Bila Grand Finale ini akan sampai? Mengikut hukum sosial ianya pasti akan sampai.  Tanda-tanda semakin jelas.  Saddam Hussein dibunuh kerana dia meninggalkan dolar. Gadaffy dibunuh kerana dia berniat ingin menggantikan dolar dengan dinar emas. 

Pada hari ini China,  Rusia  dan negara BRIC telah mula meninggal dolar dalam urus beli perniagaan. Tetapi dolar masih diguna pakai lagi. Akan tiba masa apabila Yuan dan Ruble  menjadi ganti dolar maka ketika itu semua akan meledak.

Sayang sekali  Bani Melayu tidak memiliki kesedaran tentang pekara ini. Sayang sekali Tanah Melayu akan dijual kepada koprat Amerika. Sekali lagi Tanah Melayu akan dijajah saperti Portugis datang ke Melaka 500 tahun dahulu. Cuma kali ini penjajah bukan datang dengan kapal perang dan soldadu tapi dengan kertas Perjanjian TPPA. (TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45

----------

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih bro isham..anda seorg yg tuntas dan jujur. semoga tuhan mrahmati anda dan melaknat pguasa2 zalim dan melaknati pguasa2 yg mewakili tuhan..dihati mrk ada tuhan tp pbuatan mrk tiada pun bertuhan..andai nabi pun spt mrk, pasti nabi pun akan mati meninggalkan harta berkepok utk 7 keturunan. namun mrk yg kata cinta,sayang serta mgikuti nabi, mrk lebih kaya dari nabi.mrk tido atas tilam empuk sedangkan nabi tido beralas pelepah tamar.nabi tak naik jet peribadi, tak g salun rambut rm1200,tak jual ayam, tak jual balak, tak drive mini cooper, tak drive vellfire, tak brumah harga ribu2, juta2.

UNCLE RAMLI berkata...

Bani Melayu memang sulit nak sedar, pemimpin2nya sangat korap dan rakyat jelatanya rata2 berfikiran sangat feudal dan agama yg sempit, yakni mereka asyik nak beriman dan beribadah mengikut ajaran aswj, tak mahu ambil kisah isu2 besar seperti yg disentuh pada artikel TT tu. Mereka lebih rela bergantung pada kupasan agama bagi menentukan masa depan mereka, dan memang agama tak boleh analisis isu seperti program jahat AS. Bani Melayu terpasung dengan mentaliti feudal dan agama yg tak mungkin boleh membebaskan mereka boleh melihat perspektif sekular dan berpengetahuan bagi melihat daya2 yg membentuk dan mempengaruhi masa depan mereka.

panglimo potaseh berkata...

Saya jadi gerun dengan ayat tt "orang melayu sedang diikat dan dibungkus untuk dijual .."

Pada kurun yang ke 12 dan 13 .. saya tertarik membaca bagaimana perang diantara islam dan kristian itu melibatkan ratusan ribu askar kedua belah pihak.

Tapi pada 1511 peringgi hanya hantar 1500 tentera untuk berlawan dengan satu negeri melayu yang besar ketika itu. Sekarang ini kita akan dikalahkan tanpa berlawan walaupun dengan saekor tentera musuh .. malah melayu sedang diikat dan dibungkus until dijual macam "kunta-kinte".

Tanpa Nama berkata...

Bani melayu ni mmg spesis bodoh. Genetik pun tak kuat. Kalau melayu kawin cina, muka lebih mcm cina. Kalau kawin dgn keling, muka hitam mcm keling. Kawin dgn org putih, tentu la lebih ke org putih.

Bangsa paling bangsat ni mmg lemah serba serbi. Ada pemimpin, tapi pemimpin lembab, ishhh pendekata, melayu mmg lemah serba serbi. Ntah laa, dah laa malas membaca, berfikir pun malas.

Tanpa Nama berkata...

Pemikir sekular yg berjiwa rakyat lebih baik dr pemikir islam yg berjiwa jumud.oleh sbb itu ada pihak ingin mewujudkan pemikir islam yg berjiwa rakyat.sekular tdk kisahkan islam.islam hanya utk menarik sokongan.namun org islam yg sebenar tetap berpegang pada tali kebenaran walaupun tdk disukai oleh org lain.

Nazrio berkata...

nabi dah cakap benda ni...
tapi bani meLayu stim kat bidadari jer...
jadi puak2 ustart dan ostart pun
start mengampu~bodek onLy
start ceritat bidadari onLy
tak cerita apa yg nabi cerita..
betapa banyak mayat
yang akan bertaboran
di atas muka bumi

azam berkata...

mana ada melayu yang tak belot kerana kuasa?
tengoklah selangor yang diperintah PR
harga rumah melambung atas alasan tiada tanah
kalau harga macam sekarang berebut yang ada tanah nak jual
cuma kerajaan PR tak mahu
asalkan pemaju boleh bagi komisyen tinggi dah la