Rabu, 6 Februari 2019

PEMIMPIN PARTI KUNCI BILIK BIDADARI









DIN AYAM

MENANTU

EDDI WANG

PEMIMPIN MUDA

PARTI

PEMEGANG KUNCI

BIDADARI 

AMAT  JUJUR

LAGI WARAK 

Apa berlaku dalam Pas hingga Hadi tarik balik saman?



Apakah yang berlaku dalam Pas sehingga Presiden parti itu, Tuan Haji  Abdul Hadi Awang menarik balik samannya ke atas Sarawak Report kini menjadi perbincangan awam dan mempunyai pelbagai tafsiran.

Semuanya berkait rapat dengan hubungan antara parti itu dengan Umno dan kes ini ditarik balik selepas Umno tidak lagi menjadi kerajaan.

Ada yang mendakwa Hadi menyaman Sarawak Report atas dorongan dari Umno yang menjadi kerajaan ketika itu kerana Pas sedar perbelanjaan untuk kes undang-undang di United kingdom sangat mahal.

Ia terbukti dengan pengakuan bahawa Pas telah membelanjakan RM2.5 juta untuk kos guamannya sebelum saman itu ditarik balik.

Namun, bagi sesetengah pihak dalam Pas, mereka lebih gusar lagi perbicaraan ini nanti memberikan bukti dengan jelas bahawa ada pemimpim Pas yang memang benar-benar menerima wang Umno ketika mereka masih bermusuh.

Dua hari sebelum Setiausaha Politik Hadi membuat kenyataan penarikan saman itu oleh Hadi, menantu Hadi,  Tuan Haji Zaharudin Muhammad sekali lagi menyerang kerjasama antara Umno dengan Pas dan hubungan pemberian duit antara kedua-duanya.

“Bersekedudukan sebelum kahwin haram namanya zina. Selepas kahwin halal namanya berumahtangga.

“Habuan daripada musuh sebelum perang haram namanya rasuah. Habuan daripada musuh selepas perang halal namanya ghanimah.

“Hadiah personal daripada musuh sebelum berdamai namanya juga rasuah (رشوة دينا) dan hadiah daripada musuh selepas perdamaian namanya penghargaan,” tulis Zaharudin dalam facebook beliau.

Tulisan itu dipercayai memberikan isyarat jelas bantahan para penyokong Pas termasuk yang berada di sekeliling Hadi sendiri terhadap penerimaan wang dari Umno oleh pemimpin Pas.

Zaharudin dikatakan telah menyerang pendirian sesetengah pemimpin Pas yang menyatakan tidak salah menerima wang dari Umno.

Ia selari dengan serangan Sarawak Report terhadap Pas bahawa ada pemimpin Pas yang menerima wang dari Umno sehingga dikatakan berjumlah RM90 juta.

 BEBEZA DARI

NAIK ABODOH

AJEN CIA

--------------------

Tiada ulasan: