KENYATAAN MEDIA
TUAN EMPUNYA ANJING
Saya Hishamuddin Rais memelihara anjing. Malah dari zaman kanak-kanak lagi saya telah memelihara binatang. Saya ada pengalaman memelihara tupai, musang dan kura-kura.
Di rumah keluarga kami di Jelebu sentiasa ada kucing peliharaan. Arwah ayah saya - yang belajar di Sekolah Pondok Lebai Maadah Batu Kikir - ada juga memilihara anjing. Jadi memilihara anjing ini bukan satu yang asing dalam budaya suku Biduanda Negeri Sembilan.
Kelmarin saya terbaca berita tentang peguam Shafee Abdullah yang mewakili Najib Razak dalam kes pengalihan wang haram SRC (AMLA). Peguam telah patah tangan. Beliau diberitakan telah diserang atau hasil terkaman anjing. Yang menerkam ialah anjing peliharaan peguam Shafee sendiri.
Justeru kes SRC - pembicaraan Najib ditangguh.
Saya merasa pelik bin hairan. Ini kerana dalam sejarah pemeliharaan anjing, tidak pernah saya terbaca Tuan Anjing diserang oleh anjing peliharaannya sendiri. Dalam pengetahuan saya anjing ialah binatang peliharaan yang amat setia kepada tuannya.
Dunia akan terus mengingati Hachiko saekor anjing milik Profesor Hidesaburo Ueno dari Tokyo Imperial University. Setiap petang - hujan, panas atau bersalji - si Hachiko akan datang menunggu tuannya Profesor Ueno pulang dari Univeriti di stesen Shibuya Tokyo.
Hachiko dipelihara oleh Profesor Euno semenjak tahun 1924. Hubungan intim antara Profesor Ueno dengan Hachiko ini tamat pada 25 May 1925. Pada petang hari itu, Profesor Ueno yang dinanti oleh Hachiko tidak pulang pulang.
Profesor Ueno telah meninggal dunia ketika memberi kuliah di universiti.
Dari petang itu - setiap petang selama 9 tahun Si Hachiko akan datang menunggu kesampaian Prof Ueno. Akhirnya Hichoko sendiri mati dalam penungguan pada 8 Mac 1935.
Hari ini tugu Hachiko telah didirikan dihadapan stesen kereta api Shibuya Tokyo.
Hanya sekali dunia diperanjatkan dengan berita seorang tuan empunya anjing yang telah mati diserang oleh anjingnya sendiri.
Ini berlaku pada pada bulan September 2011 di Manado Indonesia. Tuan empunya anjing telah pergi bercuti selama dua minggu. Dia telah tidak meninggalkan makanan dan minuman untuk anjingnya yang terkurung dalam rumah.
Bila pulang dari becuti di diserang oleh anjing piliharan yang lapar dan dahaga.
Justeru saya menjadi hairan lagi pelik kenapa Tuan Peguam ini diserang oleh anjingnya sendiri. Atau diterkam dengan bagitu kasar hingga mengakibatkan tangan patah.
Berita peguam ini bertambah pelik apabila peguam Shafee Abdulah ini dapat pula hadir dalam satu kes yang lain pada hari yang sama.
Maka saya terfikir apakah Sang Peguam ini sedang melancarkan perang biologi.
Apa dia perang biologi ini?
Mahathir telah berumur 93 tahun. Najib Razak baru melintas 65 tahun. Dalam konteks biologi Najib masih muda.
Dalam perang biologi secara saintifik Mahathir Muhamad pasti akan tewas. Lagi cepat Mahathir tewas lagi baik. Apabila Mahathir tewas maka besar kemungkinan Najib boleh membuat ‘perjanjian baru’ dengan kerajaan baru yang dipimpin oleh sosok yang berkemungkinan bersimpati dengan Najib.
Justeru memperlambat kes Najib berjalan adalah sebahagian dari taktik perang biologi. Memperlambatkan Najib menerima hukuman adalah perang biologi. Lagi lambat Najib masuk penjara lagi baik.
Inilah yang saya takrifkan Perang Biologi.
Justeru saya sebagai pemelihara anjing marah dan merasa terkilan binatang yang paling setia kepada manusia telah dijadikan sebab untuk digunakan sebagai senjata perang biologi.
Terima Kaseh
Hishamuddin Rais
Tuan Ezi dan Tak Tak
---------------
7 ulasan:
Bicara Najib Razak ditangguhkan sebab anjing. Siapa anjing dalam kes Najib Razak?
Patut TT bela babi baru betul...anjing da biasa sgt...bela babi la TT..kah kah kah..jap lagi nagis la tu TT kat bucu katil..hehehhe
Kalau aljuburi masa kes dia dulu mcmana bos...ke masa tu kira mcmana ? Byk kali tangguh TT last sangkut jugak ayor mani dalam jubo..cer cite cer cite....ala sejat jilat PHdapig ni TT da jadi makin kaki jilat...takkn tak nampak menteri semua Bodoh2
Dalam mana2 perang ..tak kira guna parang terbang, guno hanjing, guno bom atom ..guno bomoh ..senjato biologi .. Madey totap monang. Boto.. Sang Mappadulong, baru usio 66 ..tapi ..tapi Madey baru 54 ..paham tak ..jantung Madey pada 1982 baru 17 tahun.
kepala bana mufti..pasal apa tidak dihukum hudud si syafiee yg bela anjing ni? bukan ke bela anjing ini rumah tidak dimasuki wang rasuah..ops silap malaikat tak masuk rumah..baru gua faham nape syafie bela anjing sb malaikat tidak bole mencatit segala wang rasuah dan segala mak nenek dosa yg dilakukan manusia..tp lu lain bro..anjing lu kepunyaan org asli.bukan baka baik..bukan baka org ada2..hanya org kaya yg bole membeli hukum dgn wang..yg miskin wajib dikenakan kekangan..
Sy pernah bela kura kura ,ia jugak binatang yg paling setia bg sy..
mungkin ni DSAI punya kerja ni. projek sailang lah ni. kan TT kan?
apa2 yang jadi dlm politik kt malaysia skrg ni semua salah DSAI. kihkikihkih
Catat Ulasan