Jumaat, 12 Julai 2019

HAJI DAN HAJJAH DIFITNAH








TUAN HAJI NAJIB

HAJJAH ROSMAH

DIFITNAH
LIHAT BUKTI

HANYA EMPAT

DIKENAL PASTI

YANG LAIN

SEMUA PLASTIK

Hanya 4 daripada 44 barang kemas Rosmah dikenal pasti

SELEPAS meneliti gambar 12,000 barang kemas yang dirampas dari kediaman berkait  Tuan Haji Najib Razak, sebuah firma mendakwa hanya empat daripada 44 barangan yang dihantar kepada  Hajjah Rosmah Mansor dikenal pasti.

Peniaga berlian Lubnan Samer Halimah yang memfailkan saman RM60 juta terhadap Hajjah Rosmah Jun lalu hanya berjaya mengenal pasti cincin bertatah berlian berbentuk pir bernilai AS325,000, cincin bertatah berlian berbentuk oval, gelang bertatah berlian berbentuk oval (AS$444,000) dan gelang bertatah berlian zamrud (AS$220,500) menerusi gambar.

Peguam David Gurupatham memberitahu Malaysiakini, dalam kenyataan saman yang dipinda bahawa hanya empat barangan sahaja yang berada di bawah jagaan polis.

David yang mewakili Global Trading SA firma Halimeh menambah, kenyataan tuntutan yang dipinda akan difailkan tidak lama lagi bagi memasukkan barangan kemas yang hilang bernilai AS$13,672,500. 

Samer menyaman Hajjah Rosmah kerana didakwa gagal membayar 44 barang kemas yang kini di bawah jagaan polis selepas dirampas dalam satu serbuan di premis dikaitkan dengan suaminya  Tuan Haji Najib Razak.

Pada 7 Mei, Pejabat Peguam Negara telah mengemukakan satu notis pelucuthakkan bagi beratus-ratus barang termasuk beg tangan mahal dan 27 kenderaan dirampas daripada bekas perdana menteri, Tuan Haji Najib Razak, isterinya  Hajjah Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat.

Mengenai barangan yang tidak dirampas atau tidak dalam senarai itu David berkata, kliennya akan meneruskan tindakan sivil untuk mendapatkan semula barang kemas atau nilai tunai yang setara daripada Hajjah Rosmah.

Samer, yang mempunyai pelanggan selebriti termasuk Angelina Jolie dan Oprah Winfrey, memiliki Global Royalty Trading yang berpangkalan di Beirut, memfaikan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lepas.

Polis merampas lebih 12,000 barangan kemas yang merupakan sebahagian daripada siasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Bhd beberapa minggu selepas pilihan raya 9 Mei tahun lepas, apabila Pakatan Harapan merampas kuasa.

Polis juga merampas ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang, jam tangan dan 27 kenderaan daripada Tuan Haji Najib, Hajjh Rosmah, tiga anaknya dan 13 individu serta beberapa syarikat.

Nilai keseluruhan barangan yang dirampas dianggarkan oleh polis antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion, menjadikannya rampasan terbesar dalam sejarah negara. – 11 Julai, 2019


INI KERJA

JAHAT YAHUDI

HINA WANITA

ISLAM SYUMUL

WARAK 

DAH NAIK HAJI

INI PROJEK

MALUKAN ISLAM

MALUKAN 

BANI MELAYU


-------

Tiada ulasan: