Isnin, 24 Februari 2020

HIGH NOON DI MALAYSIA






HIGH NOON

DI MALAYSIA
 

Malaysia di kancah krisis lepas Dr M letak jawatan


PELETAKAN jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri menghumban kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke kancah krisis selepas 37 ahli Parlimen mengumumkan keluar daripada gabungan parti itu.

Gabungan itu kini hanya mempunyai 102 ahli Parlimen, kurang 10 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar PH namun tetap menyokong Dr Mahathir sebagai perdana menteri.


Selepas letak jawatan PM, Dr Mahathir berundur dari Bersatu


DR Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), tidak lama selepas menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perletakan jawatannya diumumkan oleh Pejabat Pengerusi Bersatu dalam satu kenyataan sebentar tadi.

“Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Surat tersebut telah dihantar kepada Ibu Pejabat Bersatu hari ini,” kata kenyataan itu. 

PKR hilang 11 ahli Parlimen

SERAMAI 11  ahli Parlimen PKR keluar daripada parti dan memilih untuk menjadi calon bebas.

Bilangan itu termasuklah Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang dipecat.

Azmin adalah ahli Parlimen Gombak manakala Zuraida mewakili Ampang,

Seramai 11 ahli Parlimen memaklumkan pendirian mereka dalam satu kenyataan ringkas.
--------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tt, kenapa madey letak jawatan pengerusi bersatu? Pelik jugak. Dia tak restu pakatan nasional ada umno ke? Dia selalu bersurah umno dah mati. Ke guaner? Dari semlm aku tengok hanya jemin semburit jer yg kehulu kehilir melobi. Ini game azmin ke? Cerita la sikit, pls. Najib pun makin menyeringai aku tengok. Salah abam ke ni?