Rabu, 18 Mac 2020

ANGKA KEMATIAN





AL-FATIHAH 
VIRUS INI

TAK KENAL AGAMA

PADRI IMAM

SEMUA SAMA

Malaysia lapor 2 korban Covid-19



MALAYSIA merekodkan dua kematian kerana wabak Covid-19 hari ini, termasuklah seorang lelaki yang hadir majlis tabligh di Masjid Seri Petaling.

Selain itu, jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 120 kes yang menjadikan 673 kes positif Covid-19 di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini. 

Dr Adham berkata lelaki berkenaan yang berusia 34 tahun mula bergejala sejak 5 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia hari ini.

“Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif Covid-19.


“Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini,” katanya. 

Kematian kedua pula melibatkan seorang pesakit berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak yang mempunyai sejarah masalah kesihatan dan dikesan bergejala pada 7 Mac lalu.

“Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pd 14 Mac.

“Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.” 

Menurutnya lagi, daripada 120 kes baharu hari ini, 95 kes ada kaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling. 

Bagaimanapun, 7 kes juga dilaporkan pulih menjadikan 49 kes Covid-19 Malaysia sembuh sepenuhnya. 

Beliau juga menggesa orang ramai supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan kegagalan mematuhinya boleh menyebabkan 

Pesalah didakwa di bawah Seksyen 25 Akta 342 yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan pertama iaitu penjara tidak lebih 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Akta juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan kedua dan berikutnya iaitu penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya lagi, kesalahan berterusan boleh didenda tidak melebihi RM200 bagi setiap kesalahan.

Sementara itu, Dr Adham juga menjelaskan pihaknya akan membuat pertimbangan untuk melakukan sidang media secara dalam talian berbanding sesi bertemu media setiap hari yang dilakukan kini di Putrajaya. 

“Kita tidak akan adakan sidang media setiap hari,” katanya. – 17 Mac, 2020.


WARAK ALIM

SEMBAHYANG

TAK WARAK

TAK ALIM

SEMUA SAMA

CARONA 

TAK PILIH

KHALAS
----------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yang berkumpul ramai2 kat sheraton haritu takde pulak dijangkiti covid19... oh! alangkah bagusnya kalau...

kahkahkah gurau jer, jgn marah! kahkahkah

izzy berkata...

Virus ni equal opportunity... big mistake benarkan orang KL balik kampung....