Rabu, 18 Mac 2020

YANG SUSAH LAGI SUSAH



SERANGAN 

VIRUS CARONA 

MENYEBABKAN

YANG SUSAH

TAMBAH SUSAH

Bagaimana dengan kami, soal kumpulan B40 kepada Putrajaya

RAKYAT Malaysia dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40) terpaksa bertahan dengan lebih banyak masalah susulan perintah kawalan pergerakan oleh Putrajaya berkuat kuasa hari ini bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 yang kini meragut dua nyawa.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka mengadu pendapatan mereka akan tambah terjejas dengan perintah kawalan pergerakan kerana kebanyakan mereka berada dalam kategori perkhidmatan tidak penting dan terpaksa menutup perniagaan untuk sementara waktu.

Putrajaya pada Isnin mengumumkan semua perkhidmatan tidak penting ditutup.

Perkhidmatan penting yang  terus dibuka adalah melibatkan air, elektrik, telekomunikasi, pos, pengangkutan, minyak dan gas, perbankan, penjagaan kesihatan, farmasi, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan dan makanan.

Perintah kawalan pergerakan yang berakhir pada 31 Mac dilaksanakan selepas Malaysia mencatat 315 kes Covid-19 pada Ahad dan Isnin yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 553 kes.

Angka terkini berjumlah 673 jangkitan dengan dua kematian.

The Malaysian Insight menemui sekurang-kurangnya 10 individu dalam kumpulan B40 di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sarawak dan hampir semua berkata mereka menjangka pendapatan berkurangan separuh sebelum perintah ditarik balik pada 31 Mac.

Seorang penjual mi wantan, yang hanya memberi namanya sebagai Kam Chuan, memberitahu The Malaysian Insight beliau tidak mempunyai pilihan selain menutup gerai di Taman Len Seng, Cheras, hari ini, kerana menjangkakan tiada pelanggan yang datang. – 18 Mac, 2020

TIDAK ADA

PILIHAN

KERAJAAN WAJIB

BANTU


----------

Tiada ulasan: