Jumaat, 22 Mei 2020

APA DAIM KATA TENTANG MADEY





MADEY KENA

TEKANAN


Dr Mahathir terpaksa buat keputusan segera, kata Daim


TIDAK adil menyalahkan Dr Mahathir Mohamad kerana melakukan kesilapan dengan meletak jawatan sebagai perdana menteri, kata Daim Zainuddin.

Beliau memberitahu The Malaysian Reserve bahawa Dr Mahathir menyatakan dengan jelas dalam video di Facebook yang beliau tidak mempunyai banyak pilihan selain meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan ketua Bersatu.

Bekas menteri kewangan itu berkata kerana pada waktu itu, Bersatu menolak Dr Mahathir dan enggan mengikut nasihat serta rayuannya untuk kekal bersama Pakatan Harapan (PH).

“Hanya selepas itu, beberapa orang di dalam Bersatu memintanya menarik balik perletakan jawatan beliau sebagai ketua PH.

“Beliau bercakap mengenai prinsip, tetapi segalanya sudah terlambat.

“Ia bukanlah begitu mudah, sama ada beliau melakukan kesilapan atau tidak. Anda perlu memahami apa yang berlaku pada masa itu.

“Beliau tidak ada masa untuk mempertimbangkan semua jalan. Beliau harus membuat keputusan dengan cepat,” kata Daim semasa wawancara dengan The Malaysian Reserve hari ini.

Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Februari, yang juga mendorong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa parti itu daripada PH, yang mengakibatkan jatuhnya pakatan pemerintah.

Muhyiddin kemudian menjadi perdana menteri pada 1 Mac dengan sokongan Umno, PAS,  pakatan pemerintah Sarawak GPS dan beberapa pihak bebas dari Sabah. – 22 Mei, 2020.


ANWAR

TIPU AMANAH

DAN DAP

I HAVE

THE NUMBER

SABOTAJ MADEY

KHALAS


2 ulasan:

Ducati berkata...

Geng penyamun mestilah sokong rakan sepenyamun!!!!

Tanpa Nama berkata...

Jikalau ikut pandangan blog TT, semua pehak tipu Di episod ini. Tak payah cakap pasal pehak Yang kena tertipu , mereka tak penting sbb mereka tak tau apa yg baik atau pun yg buruk. Kebenaran Tu subjektif. Selamat Hari Raya, comrade . Kita terus berjuang atas landasan berlainan - maaf zahir Dan batin.