Isnin, 18 Mei 2020

NAJIB MERANCANG NAK BEBAS






BAHAYA

NAJIB MERANCANG

CARI JALAN 

NAK BEBAS

Najib Razak dalang pertukaran kerajaan Kedah, kata Mukhriz

MUKHRIZ Mahathir mendakwa Najib Razak dalang sebenar di sebalik gerakan politik yang membawa kepada runtuhnya kerajaan bersama Pakatan Harapan dan Bersatu di Kedah.

Katanya, Najib mendalangi gerakan itu untuk melepaskan diri daripada pelbagai tuduhan jenayah dan skandal yang dihadapinya melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Arahan untuk menjatuhkan saya di Kedah datangnya dari Presiden Bersatu (Muhyiddin Yassin) melalui, Setiausaha Agung parti, Hamzah Zainuddin, tetapi protagonis (sic) sebenar masih orang yang sama dengan dulu – Najib Razak. 

“Tujuannya tidak lain tidak bukan  untuk melepaskan dirinya dari tuduhan pecah amanah 1MDB, SRC International dan banyak lagi skandal,” katanya dalam sidang media di Alor Setar, mengumumkan peletakan jawatan serta merta sebagai menteri besar.

Mukhriz memberi contoh tindakan Putrajaya menggugurkan kes pengubahan wang haram terhadap anak tiri Najib, Reza Aziz yang minggu ini dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pendakwaan setelah memulangkan sebahagian wang yang terlibat.

Tindakan itu kini menjadi perang mulut antara Peguam Negara, Idrus Harun dan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, berhubung siapa sebenarnya yang bersetuju dengan keputusan menggugurkan pertuduhan terhadap Riza.

Najib dalam reaksi segera di Facebook, mendakwa Mukhriz berbohong dan meminta beliau membuktikan dakwaannya.

“Pemuda ini ada bukti tak bahawa saya terlibat? Sila keluarkan. Dalam bulan Ramadan ni pun dia sanggup berbohong macam ini,” tulis bekas perdana menteri.

Ini adalah kali kedua Mukhriz letak jawatan Menteri Besar Kedah di tengah jalan, selepas kali pertama pada 2016, apabila Adun BN diminta menarik balik sokongan kepadanya setelah beliau lantang mengkritik Najib berhubung skandal 1MDB.

“Ketika itu, hanya saya seorang yang digulingkan, manakala BN (Barisan Nasional) terus kekal sebagai kerajaan.

“Kali ini pula, bukan hanya saya sahaja, tapi seluruh kerajaan PH Kedah dijatuhkan,” katanya. 

Selepas sidang media Mukhriz, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor telah mendapat perkenan Sultan Kedah untuk dilantik sebagai menteri besar baharu.

Majlis pelantikan akan diadakan petang ini (Ahad) di Pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman. – 17 Mei, 2020.


NAJIB NAK

JADI PRESIDEN

UMNO 

AGAR  BEKUASA

BATAL SEMUA

TUDUHAN

APA RANCAGAN

MUHYIDDIN

UNTUK SELAMAT

HANYA SATU

BUKA BALIK

KES BUNUH

DAN SD AZILAH

SEMUA  BERES

AMIN


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau najib bebas ni semua salah PN. Errr... Atau salah abam jugak? Kahkahkah