Sabtu, 27 Jun 2020

BERKHALWAT 102









BERKHALWAT 

HARI KE 102
SABTU 27/6/2020
BERKHALWAT MASUK
 KE HARI 102
KEADAAN MAKIN SELESA
TAPI WAJIB DIAKUI
KITA SEMUA MASIH
TAKUT
UNTUK BERGERAK
SAPERTI 4 BULAN DULU

PAGI INI DIPINTU HOKKIEN
GUA DISAMBUT
OLEH JANTAN
BUNYINYA MERDU
MACAM YANG KITA 
DENGAR  DI KAMPONG
LAUNGNYA KUAT
DAN
GUA RASA RUMAHNYA
TAK JAUH
DARI PINTU GUA MASUK
TERSOROK
DALAM HUTAN SIMPAN HOKKIEN

SAPERTI BIASA
OKESTRA UNGGAS  BERLAGU
YANG RANCAK
MASIH  LAGI 
BALAM TERKUKUR MERBOK

SEPASANG MERBAH
MUNGKIN BERGADUH
MUNGKIN BEREBUT BELALANG
HEBOH BISING

PETANG KELMARIN
GUA PERGI JENGOK
PROJEK BUNGLO TEMPUA
RUMAH MASIH HIJAU
DAH SIAPA
BUKAN UNTUK BERTELOR
INI BUNGLO HINGGAP 
UNTUK JANTAN

DALAM DUNIA INI
TIDAK ADA SIAPA SEBIJAK TEMPUA
JIKA ANAKNYA BERGELAP
SANG TEMPUA AKAN MENGAMBIL
KELIP KELIP
UNTUK MENERANG BILIK

JANTAN BUNGLO LAIN BENTUK
DARI BUNGLO BETINA

BAYANGKAN
TEMPUA MEMILIH BUMI KITA
WILAYAH KITA
UNTUK  HIDUP BEKELUARGA
SANG TEMPUA
TAK BERMINAT 
DENGAN
PARIS ATAU LONDON

DALAM HIDUP INI
JIKA KITA MAHU 
MEMBAWA PENCERAHAN
MAKA
KITA WAJIB BERSEDIA
UNTUK DILABEL 
BODOH BANGANG
DAN 
KAKI DEDAK

KITA TIDAK
AKAN MERDEKA JIKA
KITA TIDAK MENJADI TUAN
PADA DIRI KITA SENDIRI

KERANA ITU
KITA WAJIB BERGUMBIRA
DENGAN APA YANG KITA ADA
BUKAN KECEWA BERSEDIH
DENGAN APA 
YANG KITA TIDAK ADA

KUNCI HIDUP INI
IALAH BERKAWAN
DENGAN SOSOK
YANG MEMBAWA PENCERAHAN
MENJADI KAWAN MEREKA
UNTUK TERUS 
MENGASAH FIKRAH

SELAMAT BERKHALWAT

AGARINI
UNTUK DIJADIKAN E

INI SENTI

Tiada ulasan: