Sabtu, 27 Jun 2020

MADEY SERANG MUHYIDIN





JELAS TUNTAS

TAPI  APAKAH

SUDAH TERLAMBAT



Muhyiddin khianat rakyat dan Pakatan, kata Dr Mahathir

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin telah khianat kepada rakyat yang menjatuhkan kerajaan kleptokrat pimpinan Najib Razak, kata Dr Mahathir Mohamad, dan kerana itu beliau tidak akan menyokong dan bekerjasama dengannya.

Dalam tulisan terbaharu di blognya, Dr Mahathir berkata Muhyiddin juga khianat kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang bersama Bersatu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Sejarah akan catat pengkhianatan Muhyiddin kepada rakyat yang telah beri kemenangan kepada PH.

“Saya tidak ingin bersama dengan Muhyiddin dan pengkhianatannya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir tulisan terbaharunya hari ini adalah untuk menjelaskan kenapa beliau tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin ketika ramai pihak menasihatinya supaya menyokong perdana menteri.

Dr Mahathir menjelaskan bagaimana beliau dan Muhyiddin “dan beberapa kawan lain” menubuhkan Bersatu khusus untuk menjatuhkan kerajaan Najib, dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

“Rakyat percaya inilah perjuangan kami dan rakyat beri kemenangan kepada kami bersama parti rakan lain.

“Tetapi Muhyiddin bersama dengan ahli Umno yang masuk Bersatu telah rancang untuk jatuhkan PH dan diri kerajaan baru bersama dengan kleptokrat yang kami telah kalahkan.

“Bagi saya ini adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat. Ia juga mengkhianati rakan dalam PH yang menjayakan perjuangan kami,” katanya.

Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Dr Mahathir menyifatkan Muhyiddin merancang komplot menjatuhkan PH bersama bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas ahli Parlimen Umno yang masuk Bersatu, Hamzah Zainuddin.

Azmin dan Hamzah kini menteri dalam kabinet Muhyiddin.

Dalam tulisannya hari ini, Dr Mahathir juga sekali lagi menepis dakwaan kononnya DAP menguasai kerajaan PH dan boleh menghancurkan orang Melayu.

Sebaliknya kata beliau, Muhyiddin menggunakan alasan itu untuk menakutkan orang Melayu supaya menyokong cita-citanya jadi perdana menteri, dengan sokongan Umno dan PAS.

Umno pula kata Dr Mahathir menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri supaya Najib, yang sedang dibicara di mahkamah terkait skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB), terlepas dari dipenjara.

Menurut Dr Mahathir, Najib mahu jadi perdana menteri sekali lagi, sementara Bersatu akan tamat riwayatnya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dalam PRU15 Umno akan lawan dengan Bersatu yang tinggal terkontang-kanting tanpa sokongan PH.

“Bukan sahaja Muhyiddin yang akan kalah tetapi semua calon Bersatu akan kalah. Maka tamatlah riwayat Bersatu dan bermaharajalela Umno dengan ‘Cash is King’nya,” katanya.

Bersatu kini berpecah dua, antara yang menyokong Muhyiddin dan Dr Mahathir, susulan pendirian parti keluar dari PH dan membentuk kerajaan bersama Umno dan PAS, serta dukungan parti-parti lain dari komponen BN serta dari Sabah dan Sarawak.

Dr Mahathir membantah keputusan langkah politik Muhyiddin, dengan menyifatkannya tidak mendapat mandat pimpinan tinggi parti.

Pertikaian itu kini berlarutan di mahkamah selepas Bersatu memberhentikan keahlian Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen yang menyokongnya dari parti pada 28 Mei lalu.

Empat ahli Parlimen itu ialah timbalan presiden Mukhriz Mahathir, ketua sayap pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Maszlee Malik, dan ketua bahagian Kubang Pasu, Amiruddin Hamzah.

Kes itu akan didengar pada 9 Julai ini. – 25 Jun, 2020.


MADEY GAGAL

KERANA ANWAR

BERJAYA TIPU

DAP AMANAH

KHALAS

Tiada ulasan: