SATU LAGI
LANGKAH
PARTI ISLAM
DULU
UNTUK MADEY
KALI INI UNTUK
MUHYIDDIN
Usul undi percaya pada Muhyiddin, Pas yakin dapat sokongan majoriti
Pas mengemukakan usul undi percaya kepada Muhyiddin Yassin untuk dibentangkan serta dibahaskan dalam persidangan Parlimen yang akan bermula pada 13 Julai ini
Menurut Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan, usul ini dibuat bagi menzahirkan sokongan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin yang telah menunjukkan prihatin serta mengutamakan rakyat sejak menerajui pentadbiran negara pada Mac lalu.
Pas yakin kepimpinan Muhyiddin akan terus mendapat sokongan malah sanjungan dari rakyat jelata pelbagai kaum dengan perkhidmatan terbaik atas sokongan dan komitmen seluruh jentera kerajaan sama ada peringkat Persekutuan mahupun sebahagian besar kerajaan negeri.
Katanya, segala pakej rangsangan ekonomi yang digerakkan oleh kerajaan pula telah disambut baik oleh semua sektor yang bergerak serentak ke arah pemulihan ekonomi negara.
Pas amat yakin usul ini akan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen apabila dibentangkan nanti.
“Dengan sokongan yang bakal diberikan sudah pasti akan terus mewujudkan kestabilan negara dan kemakmuran bersama,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu membentuk kerajaan Perikatan Nasional.
PN dikatakan mempunyai majoriti tipis tiga kerusi parlimen sementara PH pula berusaha mengambil alih semula kerajaan persekutuan yang dibentuk daripada mandat rakyat pada PRU14 lalu.
PH dan sekutunya, yang digelar sebagai PH Plus, mendakwa memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan dan sebelum ini merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.
SEMENJAK ULAMA
PARTI ISLAM
MINAT NENAS
SARAWAK
PERJUANGAN PAS
MAKIN BERUBAH
KAH KAH KAH
TUGAS PARTI
ISLAM KINI
BUAT UNDI CAYA
KAH KAH KAH
INI PERJUANGAN
ISLAM
YANG SUCI
YANG AFDAL
BUKAN LAWAN
KLEPTOKRASI
KAH KAH KAH
TAPI JADI
PENGUMPUL
UNDI
KAH KAH KAH
UNTUK DAPAT
NENAS SARAWAK
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan