Ahad, 5 Julai 2020

HARI KE 110






BERKHALWAT
AHAD 5/7/2020
KITA MASUK 
KE HARI 110 BERKHALWAT
LONGAR DAH LONGAR
BELUM LOHE
TAPI 
MASIH TAKUT NAK MASUK

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
GUA NAMPAK KUALA LUMPUR
CERAH 
CAHAYA MATAHARI 
MASIH MALU BERSELINDUNG

OKESTRA BURUNG
DI MONOPOLI OLEH
BALAM TERKUKUR MERBOK
BERSAMA TIONG
YANG LAIN ENTAH KEMANA
PIPIT UBAN PUN TAK KELIHATAN

DARI ATAS BUKIT 
SAYU SAYU 
JANTAN BERLAGU

6 EKOR BALAM
DUDUK TENGAH JALAN
MEMAGUT ENTAH APA

JIKA KITA 
NAK BERKEMBANG FIKRAH
JANGAN RISAU JIKA 
DILIHAT BODOH BANGANG

KEBOSANAN
YANG KITA ALAMI KETIKA PKP
SEBANRNYA
SEKOLAH UNTUK MENDIDIK
FIKRAH KITA
 JADI PEKASA

SEBENARNYA KEGELISAHAN
DAN KESUSAHAN  BUKAN BERTERUSAN
ADA HADNYA
TAPI JANGAN PULAK
DITAMBAH  DENGAN
YANG BUKAN BUKAN
MELALUI IMJINASI

INGATLAH 
PERJALANAN TANPA RINTANGAN
ADALAH
CIK GU YANG PALING CILAKA

YAKINLAH
APA YANG AGONG
APA YANG UNGGUL
LAHIR 
DARI PERTEMPURAN
TAPI
KALAU DIRASAKAN
SEMUA NYAMAN ENAK
SATU HABUK
TAK KAN BERUBAH
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT






Tiada ulasan: