Isnin, 12 Oktober 2020

KES ZAHID TAMBAH BERAT BILA ADA KENG

 


KES ZAHID 

MAKIN BERAT

BILA ADA KENG 

AMIN



Zahid tahu saya guna cek Yayasan Akalbudi bayar kad kreditnya, kata saksi

BEKAS setiausaha eksekutif kepada Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa bekas majikannya tahu beliau menggunakan cek Yayasan Akalbudi bagi pembayaran kad kredit bekas timbalan perdana menteri itu.

Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly berkata Ahmad Zahid mengetahui mengenai perkara tersebut kerana presiden Umno itu yang memberikan kebenaran.

“Tuan Haji  Zahid juga tidak pernah menarik balik arahan (guna cek Yayasan Akalbudi bayar kad kredit) tersebut.

“Setiap kali saya ajukan (kepada Tuan Haji Ahmad Zahid) cek (Yayasan Akalbudi) saya akan beri sekali penyata pembayaran,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPR)  Raja Rozela Raja Toran semasa pemeriksaan semula yang merujuk jawapan Mazlina ketika ditanya pembelaan bahawa beliau menyorok penyata kad kredit dan bank daripada Tuan Haji Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian pada hari ke-43 perbicaraan kes Tuan Haji Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Ketika ditanya Raja Rozela, ada atau tidak lain-lain dokumen yang ditunjukkan kepada Tuan Haji Ahmad Zahid atau disemaknya, saksi menjawab “ada, buku cek Maybank Yayasan Akalbudi”.

Saksi pendakwaan ke-90 itu juga berkata Tuan Haji Ahmad Zahid tidak pernah menyatakan apa-apa semasa menyemak kaki cek pada buku cek Maybank Yayasan Akalbudi tersebut.

Ketika ditanya TPR Lee Keng Fatt mengenai purata jumlah wang yang terdapat di dalam akaun Yayasan Akalbudi antara Jun 2016 sehingga beliau (Mazlina) tidak lagi berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif pada 2018, Mazlina menjawab “anggaran sebulan dalam ratusan ribu ke juta.”

Lee: Ada tunjuk penyata bank kepada Tuan Haji Zahid?

Mazlina: Ada

Lee: Berapa kerap?

Mazlina: Tuan Haji  Zahid akan buat ‘spot check’ (pemeriksaan mengejut) dalam setahun satu atau dua kali.

Tuan Haji Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.– 12 Oktober, 2020.

BUDAYA KENG

MAKIN MEREBAK

INI BAIK 

UNTUK NEGARA

AMIN





 

Tiada ulasan: