Isnin, 12 Oktober 2020

RABU KERAJAAN BARU

 

KIRA PUNYA KIRA

CONGAK TOLAK

DARAF BAGI

RABU INI KERAJAAN

BARU

AMIN




Matematik sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ Anwar

Kiriman media sosial mengenai politik Malaysia menunjukkan orang ramai sama ada tidak peduli, bimbang atau memberontak disebabkan satu lagi rampasan kuasa secara aman pada tahun 2020, berikutan dakwaan terbaru Anwar Ibrahim memiliki angka untuk menumbangkan kerajaan.

Rakyat Malaysia mungkin tidak mempunyai cara lain untuk menilai kebenaran dakwaan itu, selain kenyataan dan penafian oleh ahli politik.

Anwar pada 23 September mendakwa memiliki angka, “kukuh dan meyakinkan”, untuk membentuk kerajaan persekutuan, memenuhi cita-citanya selama beberapa dekad untuk menjadi perdana menteri.

Beliau kemudian mendakwa dirinya telah mendapat sokongan ahli Parlimen yang mencukupi bagi memastikan kerajaannya majoriti Melayu.

Dengan berbuat demikian, Anwar menyedari mengenai hubungan utuh antara politik dan kaum – yang menunjukkan peraturan tak bertulis menuntut Melayu dominan dalam politik persekutuan.

Beliau memahami sesiapa yang mendakwa mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan mesti membuktikan ia datang daripada blok etnik ini.

Tetapi yang sinis terhadapnya menolak dakwaan Anwar, mengatakan beliau mencari perhatian media, yang selama ini membantunya terus kekal berada dalam politik Malaysia lebih dari dua dekad selepas kehilangan kuasa.

Ada juga yang secara terperinci menolak tuntutan itu, mengatakan dakwaan Anwar mempunyai majoriti “meyakinkan” pada masa sama dominan Melayu-Islam, langsung tidak masuk akal.

Jadi adakah Anwar bercakap benar?

Persektif yang lebih jelas mungkin dapat dilihat dengan mengkaji demografi ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Kami bahagikan ahli Parlimen kepada empat kumpulan besar etnik/kaum yang mungkin memberi kesan kepada politik persekutuan.

Mereka adalah Melayu-Islam, Bumiputera Bukan Melayu, Cina dan India.

Kami juga membahagikan ahli Parlimen berdasarkan beberapa andaian, dengan mengambil kira kenyataan terbaru kepada media oleh individu dan parti politik sebagai respons kepada dakwaan Anwar.

Andaian ini merangkumi perkara-perkara berikut:

1. Semua ahli Parlimen PKR, DAP dan Amanah akan menyokong Anwar.

2. Semua ahli Parlimen daripada PAS, GPS, Bersatu dan Pejuang termasuk Muda, dua parti pecahan Bersatu yang dipimpin Dr. Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak akan menyokong Anwar.

Sementara itu, dua parti lagi, Umno dan Warisan belum diketahui pendirian mereka, dengan anggotanya dijangka berpecah.

Berapa banyak daripada Umno?

Dalam kes Umno, blok Melayu-Islam terbesar, terdapat laporan media beberapa pemimpin menyokong rancangan Anwar.

Satu andaian, yang tidak dapat disahkan, mereka yang kini menghadapi tuduhan rasuah akan menyokong Anwar dengan harapan dapat melepaskan diri daripada sabitan.

Tujuh daripada 39 ahli Parlimen Umno berada dalam kategori ini:

1. Najib Razak
2. Ahmad Zahid Hamidi
3. Tengku Adnan Tengku Mansor
4. Abdul Azeez Abdul Rahim
5. Ahmad Maslan
6. Bung Moktar Radin
7. Mahdzir Khalid

Bedasarkan senarai di atas, Mahdzir, Bung, Ahmad Maslan dan Tengku Adnan secara terbuka sudah menafikan mereka akan menyokong Anwar.

Sementara, empat yang lain – Ahmad Nazlan Idris, Salim Shariff, Ahmad Jazlan Yaakub, Idris Jusoh, Tajuddin Abdul Rahman dan Shahidan Kassim juga menafikan bakal menukar kesetiaan.

Dalam kalangan ahli Parlimen Umno juga, sekurang-kurangnya 18 dikatakan berada dalam kumpulan yang dipimpin Menteri Luar Hishammuddin Hussein, yang dilihat mesra Bersatu dan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Itu menjadikan jumlah 28 ahli Parlimen Umno yang tidak akan berpihak kepada Anwar.

Kami mengandaikan, dengan bersangka baik kepada pihak Anwar, kesemua yang tinggal, berjumlah 11 orang, akan menyokongnya.

Dalam kalangan ahli Parlimen Umno juga, sekurang-kurangnya 18 dikatakan berada dalam kumpulan yang dipimpin Menteri Luar Hishammuddin Hussein, yang dilihat mesra Bersatu dan bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Parti di Sabah dan Sarawak

Warisan Sabah dipimpin Mohd Shafie Apdal, pesaing terkuat Anwar.

Namun, tidak semestinya ahli Parlimen parti itu tidak akan menyokong pemimpin PKR itu, mengambil kira manfaat ekonomi dan politik yang boleh dituntut daripada beliau.

Sekali lagi, dengan bermurah hati, diandaikan daripada lapan ahli Parlimen Warisan, akan ada yang memilih dan menentang, memberikan Anwar empat ahli Parlimen daripada parti ini.

Bagi wakil rakyat bebas dan parti yang memiliki satu-satunya ahli Parlimen, kami andaikan mereka akan menyokong Anwar.

Mereka termasuk seorang ahli Parlimen bebas di Sarawak, dan masing-masing satu daripada PBS, PBRS, Upko dan Star. Secara keseluruhan, lima lagi untuk Anwar daripada kategori ini.

Dalam kes GPS, semua indikasi menunjukkan parti yang memerintah Sarawak itu tidak akan menyokong sebarang gerakan menggantikan kerajaan Muhyiddin, selepas menerima royalti minyak menguntungkan negeri itu.

Sementara itu, kedua-dua ahli Parlimen PSB Sarawak, termasuk Baru Bian yang terkesan dengan Anwar, berkemungkinan tidak akan bekerjasama dengan Anwar.

Setakat ini, dari Malaysia Timur, Anwar mendapat sembilan ahli Parlimen yang berada di luar Pakatan Harapan (PH).

MCA dan MIC

Adalah selamat untuk mengandaikan dua ahli Parlimen MCA tidak akan bekerjasama dengan Anwar, kerana parti itu sangat membenci DAP, sekutu terdekat Anwar dalam PH.

Begitu juga dalam kes MIC, yang kekal setia bersama Barisan Nasional di sebalik kekalahan gabungan itu.

Kad skor setakat ini

Jika tekaan ini betul dan dengan sangkaan bermurah hati menyebelahi Anwar, kad skornya setakat ini adalah 111 ahli Parlimen, mengikut pecahan berikut:

PKR: 38 (21 Melayu-Islam)

DAP: 42 (2 Melayu-Islam)

Amanah: 11 (kesemua Melayu-Islam)

Umno: 11 (kesemua Melayu-Islam)

Warisan: 4 (diandaikan, Melayu-Islam)

Pelbagai parti dari Malaysia Timur: 5 (diandaikan, 0 Melayu-Islam)

113 daripada 222 kerusi dalam Dewan Rakyat bukanlah majoriti “kukuh”.

Ia juga bukan kerajaan sebahagian besar Melayu-Islam, kerana hanya akan ada 49 ahli Parlimen Melayu-Islam dan 62 ahli Parlimen bukan Islam.

Persoalan yang lebih besar adakah DAP akan berada di pihak yang sama dengan Umno, terutamanya dengan pemimpin seperti Najib dan Zahid?

Ia adalah satu tindakan bunuh diri mengambil kira DAP secara konsisten tidak mahu bekerjasama dengan Umno terutama Najib, yang tumbang kerana sokongan luar biasa daripada pengundi Cina.

Malah jika DAP memberikan Anwar undi percaya, besar kemungkinan parti itu akan menjauhi Kabinet, menjadikan kerajaan Anwar sebagai kerajaan minoriti.

Kesimpulannya misi Anwar untuk menjadi perdana menteri kelihatan lebih sukar daripada sebelumnya.

Dalam tempoh 48 jam akan datang bakal mengesahkan adakah ini merupakan kenyataan yang munasabah.


SAM ISKANDAR

JADI MENTERI APA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH 

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: