AKHIRNYA
SEMUA TERBARAI
AMIN
AKHIRNYA
KETUA UMUM
PRESIDEN PKR
TIDAK DIYAKINI
OLEH AHLI SENDIRI
AMIN
SEDIH SEDIH
IANYA SAMPAI
KE SINI
AMIN
Pemimpin Pemuda PKR desak Akmal Nasir letak jawatan
PEMIMPIN Pemuda PKR mendesak tindakan dikenakan ke atas ketua pergerakan itu Akmal Nasir dan beberapa lagi individu dalam pergerakan itu yang didakwa menghina Anwar Ibrahim.
Pemimpin Pemuda cabang Port Dickson, Shah Alam dan Gombak itu mendesak demikian atas perbualan Akmal dan beberapa pemimpin lagi dalam satu kumpulan sembang Whatsapp.
Mereka juga menuntut Akmal dan seorang lagi yang dinamakan, setiausahanya Shukri Razab serta pemimpin lain yang terlibat dalam perbualan menghina ketua umum PKR itu meletak jawatan.
Salah seorang daripadanya Ketua Pemuda PKR Shah Alam Sarawanan Selvarajoo juga berkata tindakan itu perlu disegerakan untuk mengelak satu lagi pengkhianatan dilakukan ke atas parti.
“... Paling terbaik ialah semua mereka yang terlibat, khususnya YB Ketua AMK Malaysia untuk letak jawatan dengan serta-merta.
“Parti kita telah melalui episod pengkhianatan yang tidak dapat dijangkakan dan ianya berlaku dengan cepat.
“Dalam perkara ini, jelas terdapat unsur yang seakan sama dan kita perlu menghindarinya sebelum keadaan menjadi semakin parah ...,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya selain Akmal dan Shukri, ia turut melibatkan Thiban Subbramaniam selaku timbalan ketua Pemuda PKR.
Timbalan Ketua Pemuda PKR Port Dickson Muhamad Affandi Abdul Malik pula mendesak lembaga disiplin meneliti tuduhan utama Akmal Nasir terhadap Anwar dalam perbualan itu.
Beliau merujuk dakwaan Akmal bahawa Anwar “mengenakan” anggota PKR sewaktu kongres parti tahun lalu melalui pergaduhan yang tercetus sewaktu perhimpunan itu.
Turut dibangkitkan adakah isu berkaitan agihan kerusi untuk pilihan raya negeri Sabah dan juga percaturan Anwar untuk mengambil alih kerajaan dengan sokongan 120 ahli Parlimen.
Muhamad Affandi berkata, kenyataan Akmal yang mempertikaikan tindakan Anwar itu dibuat melulu dan secara kebudak-budakan untuk memburuk-burukkan ketua umum mereka.
“Sudah pasti tuduhan berat ini memberikan gambaran imej yang negatif terutama di kalangan rakan-rakan Pakatan Harapan apatah lagi datangnya dari seorang pemimpin kanan PKR.
“AMK Port Dickson mendesak supaya kesemua nama-nama yang terlibat disiasat jawatankuasa disiplin dan diberikan hukuman sewajarnya,” katanya.
Akmal seterusnya dalam satu kenyataan semalam mengumumkan permohonan maaf kepada Anwar dan seluruh anggota PKR atas “kekhilafan” beliau dan pemimpin terbabit.
Beliau mengakui kandungan perbualan tersebut yang tular di media sosial itu menunjukkan keperibadian yang tiak baik dan menjelaskan ia hanya mengutarakan kekecewaan mereka.
Akmal yang juga ahli Parlimen Johor Bahru seterusnya mengikrarkan taat setia Pemuda PKR kepada Anwar.
“Kami telah berkongsi kekecewaan sebagai ahli parti yang mendukung semangat reformasi dan tidak berniat untuk menghina presiden atau sesiapa pun.
“Namun, keterlanjuran bahasa di dalam perbualan dimaksudkan amat dikesali,” katanya yang rela menerima sebarang tindakan dari lembaga disiplin parti. – 12 Disember, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan