Sabtu, 12 Disember 2020

RAKYAT MARAH TENGKU FRAUD


 

RAKYAT AMAT

MARAH 

TENGKU FRAUD

DI BEBAS

AMIN 




SPRM digesa jelaskan keputusan melepaskan Ku Nan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak untuk menjelaskan keputusan melepaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dari pertuduhan rasuah membabitkan suapan bernilai RM1 juta.

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Faiz Fadzil ketika dihubungi berkata, alasan bahawa adanya perkembangan kes yang memerlukan siasatan lanjut sehingga membebaskan wakil rakyat Umno itu sama sekali tidak masuk akal.
 
Beliau turut mempertikaikan kewajaran melaksanakan siasatan lanjut walhal pemberi rasuah yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Tang Eng Boon telah mengaku bersalah menawarkan suapan.

“Biasanya, kes sebegini amat mudah bagi pihak pendakwaan membuktikan kes. Ironinya, pemberi rasuah telah mengaku salah, yang menerima rasuah tidak bersalah.

“Lagipun, untuk apa lagi siasatan lanjut sekiranya pemberi rasuah telah pun mengaku salah dan dihukum.

“Satu penjelasan komprehensif dan telus perlu dibuat oleh SPRM secara terbuka dengan seberapa segera supaya janji kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menjamin integriti tadbir urus benar-benar ditunaikan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan Tengku Adnan yang dikenali Ku Nan selepas pihak pendakwa raya menarik semula pendakwaan terhadapnya.

Ku Nan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Ku Nan).
 
Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu menurut Faiz yang juga seorang peguam, keadaan yang berlaku ketika ini mencalarkan kredibiliti SPRM dan institusi undang-undang negara, selain bakal menyaksikan negara sekali lagi diheret ke arah situasi korup yang kritikal.

Bahkan jelasnya, trend melepaskan bekas pimpinan negara daripada rasuah memberikan persepsi bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdesak untuk menyelamatkan kedudukan mereka sehingga sanggup melutut kepada Umno.

PEMBEBASAN

LEBIH BAHAYA

DARI RASUH

AMIN

IANYA HAKIS

KEYAKINAN

ORANG RAMIA

TERHADAP

PROSES HAKIM

NEGARA KITA

AMIN

RAKYAT MULA

TAK CAYA

PADA SPRM

AMIN



2 ulasan:

kluangman berkata...

Tunggu
Ini baru permulaan..

Awanama berkata...

Dalam kes ni rasanya kena tanya dengan AG, Sprm hanya siasat, keputusan sama ada nak dakwa di mahkamah atau nak lepaskan daripada tuduhan adalah bidang kuasa pejabat AG.. Maaf kalau Salah.