Jumaat, 2 Julai 2021

KERAJAAN MUHYIDIN AKAN JATUH

 


 BILA UMNO

TARIK DIRI

APA JADI?

KAH KAH KAH

MUHYIDIN AKAN

JATUH 

KHALAS



Ahli Majlis Tertinggi Umno akan tinggalkan Perikatan sebelum 1 Ogos, kata sumber

LEBIH 30 ahli Majlis Tertinggi Umno menandatangani usul untuk meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, menurut sumber.

Pimpinan Umno memanggil ahli Majlis Tertingginya untuk mereka menandatangani usul berkenaan yang akan dibentangkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.

Presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan persetujuan mereka pada mesyuarat dengan ahli Majlis Tertinggi di ibu pejabat parti yang turut dihadiri timbalan presiden parti Mohamad Hasan dan setiausaha agung parti Ahmad Maslan.

Umno mempunyai 42 ahli Parlimen dalam 222 kerusi Parlimen dan tindakan menarik sokongan akan menyebabkan kerajaan PN tumbang.

Langkah berkenaan adalah susulan daripada keputusan biro politik parti itu pada 21 Jun yang menuntut agar Parlimen bersidang semula dalam tempoh 14 hari.

Ahmad Zahid berkata kegagalan untuk bersidang merupakan satu penghinaan kepada institusi raja.

Katanya kerajaan perlu menghormati titah Agong dan Raja-Raja Melayu untuk Parlimen bersidang secepat mungkin.

“Umno berpendirian tegas untuk mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini.

“Kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah,” kata Zahid dalam satu kenyataan.

 JENG JENG JENG

APA STRATIJI

MUHYIDIN?

AMIN

HANYA SATU

DIRIKAN KERAJAAN

PERPADUAN

AMIN

HANTAR

TIM BANDUAN

KE SUNGAI BESI

AMIN

SEMUA PARTI

BEKERJASAMA

 LAWAN KOBID

KHALAS




Tiada ulasan: