Jumaat, 2 Julai 2021

TANGKAP SEGERA MASUKAN KE PENJARA

 


IKUT CARA

KOREA SELATAN

AMIN

PRESIDEN RASUAH

TANGKAP MASUK

PENJARA

KHALAS

LOL LEK LOK LEK

MEREKA BUAT

 KACAU

AMIN

DUIT HARAM 

MEREKA MASIH 

BANYAK 

BOLEH BELI 

UNDANG UNDANG

DAN  PEGUAM

AMIN




SRC serah writ saman kepada semua defendan termasuk Najib, kata peguam

SRC International Sdn Bhd telah menyerahkan writ saman kepada semua enam defendan kecuali bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nik Faisal Ariff Kamil yang tiada di Malaysia. 

SRC International, di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak dan enam lagi atas dakwaan pecah amanah dan pelanggaran kewajipan statutori berkaitan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) kepada SRC.

Menurut seorang peguam daripada Rosli Dahlan Saravana Partnership yang bertindak bagi pihak SRC, writ saman itu telah diserahkan kepada Najib dan lima bekas pengarah SRC iaitu Suboh Md Yassin, Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Ismee Ismail dan Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.

“Writ terbabit diserahkan kepada semua defendan kecuali defendan ketiga (Nik Faisal) kerana beliau tidak ada di Malaysia,” kata peguam itu selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Fairuz Zainol Abidin yang diadakan secara maya hari ini.

Menurut peguam itu, writ saman tersebut akan diserahkan kepada Nik Faisal menerusi perkhidmatan gantian dan mahkamah menetapkan 3 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya bagi plaintif membentangkan perkembangan kes kepada mahkamah.

Menurut Aturan 60 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, perkhidmatan gantian merupakan kaedah secara tidak langsung untuk menyerahkan dokumen kepada individu yang didakwa sengaja mengelak, atau jika tidak praktikal untuk menyerahkan dokumen secara langsung kepada individu berkenaan.

SRC, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selaku plaintif, memfailkan writ saman pada 7 Mei tahun ini, mendakwa kesemua defendan berkomplot dan melakukan pecah amanah selain mendakwa bekas perdana menteri itu menyalahgunakan kuasa dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana SRC selain menyeleweng dana berkenaan.

Najib merupakan Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.

SRC yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), menuntut perisytiharan agar supaya semua defendan bertanggungjawab membayar kerugian dana pelaburan akibat penggunaan jumlah pinjaman itu selain ganti rugi am, teladan, tambahan dan faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SRC dalam writ samannya berkata pada Januari 2019, syarikat itu telah diletakkan di bawah jagaan pegawai daripada Kementerian Kewangan (pengurusan baharu), dan setelah meneliti serta menyemak rekod SRC, didapati pengarah terdahulu tidak mengambil sebarang langkah munasabah bagi memastikan pinjaman KWAP berjumlah RM4 bilion kepada SRC pada 2011 dan 2012 digunakan dengan betul bagi membiayai aktiviti pelaburan am syarikat tersebut dan keperluan modal kerja am.

Dakwa syarikat itu, pengarah terdahulu tidak memantau pelupusan RM3.6 bilion kepada SRC BVI (dana pelaburan dicadangkan) kononnya bagi SRC melaksanakan aktiviti pelaburan dalam sektor sumber tenaga di luar negara, serta gagal memantau keterdedahan kerajaan Malaysia berhubung jaminan yang diberikan kepada SRC selain gagal menyiasat tentang penyelewengan dana SRC.

“Pengurusan baharu itu turut mendapati sejumlah besar pengeluaran, pemindahan dan penggunaan pinjaman KWAP adalah secara penipuan atau salah,” menurut syarikat itu dalam writ samannya. – Bernama, 1 Julai, 2021.

 

KERAJAAN

MUHYIDIN

AKAN DINGATI

SEBAGAI KERAJAAN

BERANI

AMIN

TEGAS

MASUKKAN

TIM BANDUAN

DAN

TIM 

PENCURI DALAM

PENJARA

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

panji hitam katanya nak berkibar .. patut panji hitam ni puak lebai yang angkat .. sekali panji hitam diangkat sebab nak jatuhkan kerajaan lebai .. kah kah kah