Ahad, 22 Ogos 2021

BETUL KE PEKARA INI ?

 

BETUL KE INI?

SAJA TANYA

AMIN

KERANA MASUK

AKAL UNTUK

DI LIHAT YB

ANGKAT TANGAN

TANDA SETUJU

SOKONG

 DI PARLIMEN

AMIN

NANTI JADI

MACAM 

KES MUHYIDIN

CARA DILANTIK

TAK JELAS

GELAP LAGI KABUR

AMIN




Usul undi percaya untuk kukuhkan PM bukan sahkan lantikan YDPA

KUALA LUMPUR- Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang mahukan usul Undi Percaya Perdana Menteri dibawa ke Dewan Rakyat dengan segera hanyalah untuk mengukuhkan kedudukan seorang perdana menteri atau kerajaan.

Usul itu menurut Pakar Perlembagaan, Prof.  Dr. Shamrahayu A. Aziz, bukan untuk memberi pengesahan kepada perkenan yang telah diberikan baginda.

Katanya, dalam satu hantaran di Facebook hari ini berkata, pelantikan perdana menteri adalah sah setelah mendapat perkenan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Ini disusuli pula dengan upacara menandatangani suratcara pelantikan, sumpah taat setia dan sumpah simpan rahsia yang kemudiannya lantikan tersebut hendaklah diwartakan.

“Kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong adalah amat berwibawa dan ia tidak perlu disahkan oleh mana-mana pihak, termasuk Parlimen. Maksudnya tiada sesiapa pun boleh mempertikaikannya.

“Ianya adalah kuasa budi bicara Baginda. Membenarkan pelantikan perdana menteri wajib disahkan oleh parlimen dalam apa cara sekalipun ia akan merendah-rendahkan kuasa budibicara/perkenan baginda.

“Parlimen adalah badan yang patut menurut dan taat kepada perkenan baginda,” tegasnya.

Tambah Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA itu lagi, tiada peruntukan dalam Perlembagaan tentang undi percaya kerana ianya adalah amalan atau adat perlembagaan yang tidak mengikat sehinggalah menjadi suatu undang-undang dengan cara dikanunkan atau diiktiraf oleh mahkamah.

Bagaimanapun, beliau bersetuju pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong supaya usul undi percaya perdana menteri itu dikemukakan di Parlimen kerana ianya satu langkah yang baik untuk mengukuhkan satu-satu kerajaan.

“Saya mengambil berat tentang fungsi perkenan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong kerana saya tidak mahu kemudian hari nanti orang ramai atau para pemain demokrasi menyatakan perkenan Yang di-Pertuan Agong tersebut boleh disahkan oleh Parlimen.

“Seterusnya, penegasan saya ialah, undi percaya bukan untuk menjadikan perkenan Yang di-Pertuan Agong atas lantikan Perdana Menteri itu sah.

“Ini kerana Parlimen tidak diberikan kuasa oleh Perlembagaan untuk memberi pengesahan kepada kuasa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya lagi.

 

YB DI PARLIMEN

ANGKAT TANGAN

ADALAH BUKTI

AMIN

BETUL  SAHEH

UNDI INI  AKAN

KUKUHKAN

LAGI LANTIKAN

AMIN

TAKDA 

DAKWA DAKWI

KHALAS

KALAU TAK ADA

UNDI PERCAYA

MACAM MACAM

HAL TIMBUL

KHALAS 

MACAM ADA

 SOROK MOROK 

GELAP MELAP

KHALAS



Tiada ulasan: