Ahad, 5 September 2021

SSS - SABRI SANGAT SILAP

 





 SABRI SANGAT 

SILAP

KAH KAH KAH

LATIK  MENTERI

BERTARAF

SAMI VELU

KAH KAH KAH


Ismail Sabri mungkin tidak bertahan 100 hari, kata Kit Siang

TEMPOH Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri mungkin berakhir dengan pantas selepas melakukan beberapa kesilapan sejak memegang jawatan pada 21 Ogos, kata Lim Kit Siang hari ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata Ismail Sabri mungkin tidak mempunyai kesempatan 100 hari untuk membuktikan dirinya.

Ini merujuk kepada pengumuman Ismail Sabri yang beliau memberikan tempoh tiga bulan kepada dirinya sendiri dan menteri lain.

“Tetapi lebih separuh Kabinet ‘kitar semula’ Ismail Sabri kembali ke kementerian lama mereka. Mampukah setiap 17 menteri yang diberikan portfolio lama mereka memberitahu Parlimen ketika bersidang dalam masa seminggu, apa yang mereka boleh lakukan dalam tempoh 100 hari selapas gagal melakukannya selama 17 bulan lalu?” kata Lim.

Sementara itu, pemimpin DAP berkata perdana menteri sendiri melakukan beberapa kesilapan sejak mengangkat sumpah.

Ini termasuk pelantikan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Demokratik Progresif Tiong King Sing dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Richard Riot sebagai wakil khasnya.

Lim menambah yang pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Nasional juga merupakan kesilapan, begitu juga dengan keengganan Ismail Sabri menetapkan usul percaya sebagai perkara pertama mesyuarat Parlimen pada 14 September. – 5 September, 2021.

 SELAMATKAH

SABRI

KAH KAH KAH

BOLEHKAH GUNA

PERISAI 

PEGUAM NEGARA

KAH KAH KAH 



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita kena tengok asal usul dia, dari tahi kena tahi jugak, kah kah kah otak dah begitu dengan pencacai pengampu yang kurang cerdik jadi kah sorang sorang jadi tak cerdik, dikelilingi orang cerdik semua yang hanya tahu politik bab lain entah lagu mana, betul lah Mahathir nak Khairy sebab dia yang ada kelayakan intelek personaliti dari segala makhluk sejenis dalam parti United Establish Corrupt Party kah kah kah syukur alhamdulillah kah kah

Mat Tulih berkata...


Naik menyampah aku kaum politik hampeh ni.
Tak habih-habih nak berpolitik memanjang.
Tak kiralah politik kerajaan ke atau pembangkang ke.
Semuanya sama saja.
Tapi yang kerajaan ni aku ada nampak la buat kerja untuk rakyat, walaupun perlu ada penambahbaikan lagi.
Yang PH pembangkang ini tak sudah- sudah melalak suruh orang letak jawatan, cop orang sebagai gagal, kitar semula, bangang, derhaka dan sebagainya.
Korang pembangkang hebat sangat ke.
Cukup la 22 bulan korang memerintah dulu habis tunggang-langgang lintang-pukang Malaysia korang buat.
Sekarang sedap jer mulut apek tua ni cakap orang lain kitar semula.
Lim anak beranak, Anwar anak beranak, Madey anak beranak tak kitar semula ke?
Dah berpuluh tahun asyik muka yang sama saja.
Kalau nak ubah politik Malaysia ni, ubah muka-muka hampeh ni dulu.
Aku dan orang-orang yang sewaktu dengan aku hanya mahukan Malaysia ni aman, damai, selamat dan sejahtera supaya senang rakyat nak meneruskan kehidupan dan mencari rezeki yang halal dan diberkati.
Ahli-ahli politik yang hampeh ni lebih elok dihumban ke Laut China Selatan, biar diorang hidup di atoll menumpang belas ehsan China Merah.
Aku bukannya marah tapi nak melepaskan geram aje.