Ahad, 5 September 2021

ZAHID NAK KENA TERAJANG

 

 GEROMBOLAN

SEDANG BERAMUK

KAH KAH KAH

KALAU DULU

BILA BERAMUK

AKAN GUNA ISA

TANGKAP ORANG

LUAR & DALAM

KAH KAH KAH

SAMAS ISMAIL

KENA TANGKAP

DOLAH AHMAD

KENA TANGKAP

KAH KAH KAH

DATUK HARUN

KENA TANGKAP

KAH KAH KAH

SEMUA KERANA

GADUH DALAMAN

AMIN  




Imej Umno pulih jika Zahid undur, kata Papagomo


IMEJ Umno yang rakus merampas kuasa mampu pulih jika Ahmad Zahid Hamidi berundur semula daripada jawatan presiden, kata bekas exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ini kerana imej buruk Umno antara lain berpunca daripada sikap Zahid mengepalai usaha merampas semula Putrajaya bersama pengikut yang berdepan kes mahkamah, katanya.

Beliau khuatir tanpa sebarang tindakan memulihkan imej parti, Umno akan tewas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), katanya sewaktu ditemubual The Malaysian Insight.

“Kalau fikir kebaikan dan survival parti beliau kena letak jawatan,” katanya yang menjelaskan, imej negatif dibawa Zahid itu tidak membantu parti.

Katanya, Zahid perlu mengambil iktibar daripada pengalaman Umno dalam PRU14 apabila parti itu dihukum kerana mempertahan presidennya ketika itu Najib Razak yang dibelit skandal.

Waktu itu, pemimpin parti tidak mengendahkan suara rakyat berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Najib.

Oleh itu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak harus mengikut acuan lama yang menurut telunjuk presiden, katanya.

“Sebelum PRU14, isu Najib ramai bangkitkan termasuk akar umbi tapi tak jalan, rakyat hukum.

“Ini soal survival parti, Umno masih harapan Melayu. Kalau MKT masih ikut acuan lama yang sebabkan kita kalah PRU14, akar umbi takkan untung. Umno tak boleh bermain politik cara lama.”

Keputusan MKT Umno bulan lalu membawa kepada tindakan 15 ahli Parlimen parti itu termasuk Zahid menarik sokongan bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Kerajaan baharu kemudiannya dibentuk dengan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan.

Wan Muhammad Azri juga berkata, presiden Umno itu sepatutnya berundur selepas berjaya menggulingkan Muhyiddin dan membolehkan parti itu kembali menguasai kerajaan.

“Sekarang Muhyiddin sudah letak jawatan, Ismail Sabri sudah jadi perdana menteri, menteri Umno ramai, apa lagi beliau nak?

“Kita bercakap soal parti bukan individu, walaupun rakyat lihat Ismail Sabri perdana menteri, rakyat juga lihat siapa pemimpin Umno, Zahid yang ada kes mahkamah,” katanya.

Beliau seterusnya mencadangkan jawatan Zahid dipangku oleh timbalan presiden Umno waktu ini, Mohamad Hassan.

Beliau juga mengingatkan Umno bahawa parti itu berjaya menang beberapa pilihan raya kecil ketika Zahid bercuti selama enam bulan bermula 18 Disember 2018.

Pada waktu itu, jawatan presiden juga dipangku Mohamad, katanya yang membahasakan Adun Rantau itu sebagai Tok Mad.

Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya berundur selepas berjaya menggulingkan Muhyiddin Yassin dan membolehkan Umno kembali menguasai kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2021.
Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya berundur selepas berjaya menggulingkan Muhyiddin Yassin dan membolehkan Umno kembali menguasai kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 September, 2021.
“Zahid kalau sayangkan parti beliau kena letak jawatan. Umno membina balik reputasi bila beliau berehat dan Tok Mad pangku.

“Supaya imej kepada parti, kepimpinan Umno memulih, selagi beliau ada di situ rakyat akan lihat imej Umno bermasalah,” kata Wan Muhammad Azri.

Wan Muhammad Azri juga mencadangkan Ismail Sabri dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menyelamatkan imej gabungan parti itu.

“Umno kena diselamatkan, kita kena dapatkan persepsi positif daripada rakyat,” katanya.

Wan Muhammad Azri menjelaskan kritikan ke atas Zahid yang membawa kepada keputusan Lembaga Disiplin Umno pada Rabu yang menggantung keahliannya selama enam tahun.

Menurut lembaga itu, penggantungan itu kerana beliau mengeluarkan kenyataan tidak selari dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang menolak kerjasama dengan Bersatu.

Menurut Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Wan Muhammad Azri juga melanggar tata etika mematuhi arahan dan melaksanakan dasar parti.

Selain itu, beliau juga didapati gagal mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti, katanya dalam surat mengenai keputusan penggantungan keahlian itu.

Wan Muhammad Azri meraih populariti melalui serangan aktif ke atas pemimpin Pakatan Harapan di blog dan siaran di media sosial dengan nama Papagomo.

Serangan itu menyebabkan beliau disaman berkali-kali dan dipaksa membayar lebih RM1 juta atas kenyataan fitnah di platform berkenaan.

Popularitinya itu bagaimanapun membolehkan beliau meraih jawatan exco Pemuda dalam pemilihan 2018 yang diadakan selepas Umno kalah teruk dalam PRU14. – 5 September, 2021.


INGAT TAK

ANAK MUDA

BLACK METAL

JADI MANGSA

KAH KAH KAH

AYAH PIN JADI

MANGSA

KAH KAH KAH

PUNK ROCK 

JADI MANGSA 

AMIN

AWAS  

RAKYAT SENTIASA

 BERHATI HATI

KHALAS 



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PapaGomo anjing belaan, diguna untuk menyalak mengugut musuh politik, semua parti ada anjing yang tunggu tulang tapi akhir akhir ini anjing dah kepala besar lupa siapa tuan, siapa tauke kah kah kah bila anjing dapat penyakit gila kena tembak mati kalau tidak anjing gigit semua jadi gila kah kah kah