Rabu, 26 Januari 2022

RASUAH PROJEK 9 BILION - LAGI BANYAK DARI KAPAL SELAM SCORPENE

 



SPRM temui petunjuk baharu siasatan kontrak perolehan LCS, dua CEO ditahan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat semalam susulan penemuan petunjuk baharu dalam siasatan ke atas kontrak perolehan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) oleh Bousted Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Menurut sumber SPRM, individu yang masing-masing berusia 49 dan 79 tahun merupakan CEO syarikat yang terlibat dalam projek tersebut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini petang semalam.

Sumber itu berkata kedua-dua individu itu disyaki melakukan penyelewengan dan menerima rasuah menerusi pembayaran yang dibuat kepada tiga syarikat di luar negara.

Salah seorang daripada mereka juga disyaki menerima rasuah daripada subkontraktor yang dilantik bagi mengendalikan projek tersebut, menurut sumber itu.

Sumber itu berkata siasatan kes tersebut tertumpu kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima rasuah dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.


Pada 21 Nov lepas, Presiden Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid membuat laporan kepada SPRM berhubung projek pembinaan enam kapal LCS yang gagal diserahkan mengikut jadual.

Projek bernilai RM9.128 bilion itu dianugerahkan kepada BNS oleh kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dengan RM6 bilion sudah dibayar bagi tujuan pembinaan keenam-enam kapal tersebut secara serentak.— BERNAMA

SAPA MENTERI

PERTAHANAN

MASA LULUS

PROJEK INI

AMIN

INI KERJA 

KHIANAT

AMIN

PROJEK 

TENTERA LAUT

UNTUK JAGA

PERAIRAN NEGARA

KAPAL TAK SAMPAI

KHALAS

ZAMAN RAJA

MELAKA KHIANAT

MACAM INI

WAJIB DISULA

ANAK BERANAK

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejak akhir akhir ini rajin pulak SPRM kerja siang malam kah kah ada apa apa ker??? Atau projek menipu tipu tutup mata rakyat belaka, sekian lama rasuah bergelaja macam kencing Manis tapi baru nampak woit kah kah baik baik belaka semua Dari Kepala ke bawah semuanya baik belaka, kah kah kah