Rabu, 18 Mei 2022

TIGA GENG LAWAN SABRI

 


PM ditekan adakan PRU15 tahun ini, kata penganalisis

SUKAR bagi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak membubarkan Parlimen tahun ini bagi memberi laluan pilihan raya baharu susulan pindaan perlembagaan Umno pada Ahad, kata penganalisis.

“Pindaan yang dilakukan pada Ahad bermakna pemilihan parti hanya akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ini juga bermakna Ismail Sabri tiada jalan untuk mencabar jawatan presiden sebelum pilihan raya. Oleh itu, beliau terpaksa mengikut keputusan kepimpinan membubarkan Parlimen,” kata Dr Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dengan pindaan itu, Ismail Sabri berkemungkinan akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) berakhir, kata Lau.


“Saya fikir kita boleh menjangkakan PRU15 pada suku ketiga tahun ini.”

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meraih kemenangan politik besar pada Ahad selepas perwakilan mengundi sebulat suara meminda perlembagaan parti semasa pemilihan.

Dengan pindaan itu, Majlis Tertinggi Umno kini boleh memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan atau hanya mengadakannya enam bulan selepas pilihan raya Parlimen.

Ini bermakna Zahid dan bakal pemimpin Umno kini boleh mengelak sebarang cabaran terhadap kepimpinan semasa pemilihan parti sehingga lima tahun atau lebih bergantung kepada pilihan raya negara.

“Ia beri tekanan kepada Ismail Sabri untuk membubarkan Parlimen kerana Zahid akan kekal sebagai presiden dan boleh memutuskan calon untuk PRU15. Ini termasuk pencalonan Ismail Sabri,” kata Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.

“Tetapi apa lagi yang boleh Ismail Sabri lakukan?” soalnya.

Mazlan berkata tidak ada gunanya Ismail Sabri menunggu pucuk pimpinan kerana Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan parti dengan mudah sehingga selepas PRU15 diadakan.

Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri selepas puak Zahid menggulingkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada Bersatu.

Kelebihan untuk Zahid

Bagaimanapun, apa yang baik untuk Zahid tidak semestinya baik untuk Umno, kata Mazlan.

“Pemilihan parti diadakan supaya ahli biasa boleh memilih kepimpinan dan hala tuju parti.

“Dengan membenarkan kepimpinan kekal sehingga lima tahun adalah untuk menafikan pihak lain daripada mencabar penyandang. Ini menghalang pemimpin lebih berkebolehan daripada mengambil alih, terutama apabila kepimpinan mempunyai isu integriti,” kata Mazlan.

Beliau berkata kebanyakan parti politik mengadakan pemilihan dalaman dalam kitaran tiga tahun tetapi pindaan pada Ahad akan membolehkan kepimpinan Umno sekarang kekal berkuasa sehingga lima tahun.

Selepas PRU14, Zahid dipilih sebagai presiden pada Jun 2018. Mengikut perlembagaan parti, Umno sepatutnya mengadakan pilihan raya pada 2021 tetapi Majlis Tertinggi memutuskan untuk menangguhkannya hingga ke penghujung 2022.

Justeru, puak Zahid cuba mendesak pilihan raya negara pada tahun ini supaya pucuk pimpinan sekarang boleh menentukan calon PRU15. 

Susulan pindaan perlembagaan pada Ahad, kepimpinan sedia ada boleh kekal berkuasa sehingga akhir 2023 kerana penggal Parlimen sekarang hanya tamat pada Julai 2023. 

Parlimen ke-14 mengadakan mesyuarat pertamanya pada 16 Julai 2018.

Mengenai perkara ini, Lau berkata alasan kestabilan yang digunakan kumpulan Zahid untuk merasionalkan pindaan itu adalah lemah.

“Menangguhkan pemilihan parti atas alasan kestabilan adalah tidak demokratik. Terutamanya, apabila kebanyakan parti politik utama sudah mengadakan  pemilihan sebelum PRU15,” kata Lau.

“Pindaan itu lebih kepada untuk menjaga kuasa Zahid daripada menstabilkan parti,” tambahnya.

Selain Umno, kebanyakan parti politik utama lain - PKR, PAS, Bersatu, DAP dan Amanah - semuanya sudah mengadakan atau sedang mengadakan pemilihan parti mereka sebelum PRU15. 

PAS, Bersatu dan Amanah mengadakannya tahun lepas manakala DAP pada Mac. PKR kini sedang mengadakan pemilihan parti sebelum PRU15. – 18 Mei, 2022.



GENG NAJIB

GENG PENJARA

AMIN

GENG ZAHID

GENG MAHKAMAH

AMIN

GENG KALAH

TAKDA KERUSI

AMIN

ADA TIGA GENG

MAHU PRU

SEKARANG

AMIN

SABRI 114

HANYA ADA

GENG MENTERI

KAH KAH KAH

BOLEHKAN SABRI

SELAMAT ? 

KAH KAH KAH

SABRI 114

BOLEH SELAMAT

AMIN

MASUKKAN

NAJIB DALM JIL

SEKARANG

SEMUA AKAN

SENYAP IKUT PM

AMIN

KHALAS

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hanya yg bodoh piang dan otak letak kat lutut kena kencing dgn kluster mahkamah ... kah kah kah