Khamis, 28 Julai 2022

AMERIKA DUA KALI TURN NAIK KE BULAN

 



Polis selesai ambil keterangan kes kematian 2 remaja dalam MPV


POLIS selesai merakam keterangan 15 individu termasuk ahli keluarga dan rakan berhubung siasatan kes dua remaja yang ditemukan mati dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di ruang parkir di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada Mei lepas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim berkata hasil keterangan daripada semua individu terbabit mendapati kedua-dua remaja itu tiada kaitan dengan mana-mana penghuni kodominium atau pemilik parkir berkenaan. 

“Kita masih (dalam proses) melengkapkan siasatan antaranya latar belakang kedua-dua remaja itu dan persekitaran mereka, selain masih menunggu laporan perubatan bagi mengetahui punca kematian. 

“Keterangan dan siasatan itu perlu bagi mendapatkan kesimpulan kes sebelum melengkapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kuala Lumpur di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Istiadat penganugerahan itu disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Azmi berkata siasatan punca kematian dua remaja itu mengambil masa yang lama kerana melibatkan agensi berbeza selain pihaknya masih menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Kimia.

Media sebelum ini melaporkan, dua remaja dikenali sebagai Ahmad Danish Hakeem Hanafiah dan Akmalharith Damia Zainul, masing-masing berusia 19 tahun dilaporkan hilang oleh keluarga masing-masing di Klang dan Shah Alam.

Kedua-dua remaja itu ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah MPV di ruang parkir bawah tanah sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras 29 Mei lepas.
 – Bernama, 28 Julai, 2022.

WOIT

LAMBAT BETUL

NAK SELESAI

KES INI

KAH KAH KAH

DI AMERIKA DAH

DUA KALI TURUN

NAIK KE BULAN

KAH KAH KAH

SEMENJAK MEI

NAK MASUK OGOS

KES TAK TUNTAS

AMIN

SIMPATI PADA

KELUARGA YG

MENUNGGU NAK

TAHU PASAL APA

ANAK MEREKA

DITEMUI  MATI

AMIN

KENA RACUN?

KENA BUNUH?

BUNUH DIRI ?

DI CEKIK HANTU

KUBUR CHERAS?

KAH KAH KAH

WOIT

NI MACAM 

KES NAJIB

ADA  TANGGUH

TANGGUH

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke America dah turun naik bulan 2x? Ada berita dulu America turun naik bulan palsu kat Hollywood. Baru baru ini, rocket gagal keluar api.