Rabu, 13 Julai 2022

SALUT UNTUK SOSOK YANG BERANI



Siti Nuramira mengaku tidak bersalah hina Islam

SITI Nuramira Abdullah, wanita yang mengaku hafal Al-Quran sebelum membuka tudung semasa membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Islam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Siti Nuramira, 26, yang dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali. 

Dia dihadapkan ke mahkamah selepas perintah reman ke atasnya berakhir hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Siti Nuramira yang mengaku beragama Islam dan hafal 15 juzuk Al-Quran membuka tudung dan menanggalkan baju kurung semasa membuat persembahan, dan dengan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan agama.

Kesalahan itu dilakukan pada 4 Jun lalu, sekitar jam 6 petang bertempat di Restoran Crack House Comedy Club, Tingkat 1, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail di sini.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kesnya selesai.

Mahkamah juga menetapkan tertuduh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields setiap bulan sebelum atau pada 15 haribulan. Dia juga dilarang daripada memuat naik ke mana-mana platform media sosial sebarang kenyataan berhubung prosiding mahkamah.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula 18 Ogos ini.

Siti Nuramira diwakili tiga peguam iaitu Shaharudin Ali, R Sivaraj and Ramesh Chandran manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Najihah Farhana Che Awang.

Sementara itu, pasangannya Alexander Navin Vijayachandran didakwa di mahkamah berasingan di Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna kemudahan telekomunikasi.

Dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Dia boleh dihukum maksimum penjara setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Penulis bebas itu, 38, didakwa berkongsi hantaran di akaun Instagram miliknya pada 5 Jun lalu dengan niat untuk menghina orang lain.

Pertuduhan kedua berkata dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

Dia didakwa memuat naik kedua-dua kandungan di sebuah kondominium di Damansara Perdana.

Hakim Azrul Darus yang mengetuai kes itu menetapkan ikat jamin RM20,000 dan 1 September untuk sebutan kes.

Siti Nuramira dan pasangannya sebelum ini disiasat berhubung satu rakaman video tidak sampai seminit yang tular di media sosial, yang menimbulkan kegemparan umum.

Susulan rakaman yang tular dan laporan polis berkaitannya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan kelab komedi berkenaan ditutup sementara sejak 10 Julai.

Crackhouse Comedy Club dan sekumpulan pelawak bagaimanapun menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana mereka dihukum sama. Mereka mendakwa wanita itu dan pasangannya sengaja mensabotaj kelab komedi itu. – 13 Julai, 2022.

HEBAT 

KAH KAH KAH

BERANI

KAH KAH KAH

SALUT

KAH KAH KAH

AMIN

3 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Cian Siti NurAmira ..kok mlm tu di baraikan tetek nye tontu lobih torok lagi ..ni kiro tak achi ..kok Senik tunjuk Scud 3 inchi dio tak do sapo nak marah ..

Tanpa Nama berkata...

Tak ada hebat nya dan berani...hanya kerana dikeldaikan yakni ditunggang bersama lobak di umpan depan hidung...begitu ler keldai...dah tunggu kira seminggu lebih maka ada juga yang membaca keadaan bersama telahan aku...yakni ribut kecoh marah takyat bab telur dan ayam melambung dek beliung harga tetiba jatuh carta terus senyap....kira apa?

Mat Saleh kata False_flags, Damage_Control dan Attention_Diversion.....sebab tuh senang kena kelentong baik yang dikeldaikan mahu pun massa yang sekawan keldai...lanun bugis mat songel mat 3suku GPA mat transfer duit ke London mat polis transfer duit ke Aussie suma senyum kambing jer....

Tanpa Nama berkata...

Sapa Cui Bono dalam drama sketsa komedi ini ? Sapa sapa adakah benar menjaga agama sepenuhnya atau ada pihak nak cari makan konon lah, semua tahu bab agama bangsa sensitif kah kah otak logik tak boleh terima, pakcik makcik Felda tak boleh terima, rasuah tak jaga negara harga barang naik semua senyap sunyi ini cara atur mengatur isu b3sar untuk tutup isu panas d kah dah tengok banyak cerita politik luar negara pun sama, dapat isu baru isu lama tutup harga naik ekononi lemah semua hilangso sapa Cui Bono, laju jugak semua ambik tindakan popular bab rasuah Cyril billion tak sensitif pulak malah cium tangan adaq lagi kah kah kah Malaysiaku